TINJAUAN KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAMBAIAN WARGA EMAS DI MALAYSIA
Peningkatan populasi warga tua masa kini telah
menyebabkan warga tua sering diabaikan oleh anak-anak mereka sendiri atau
masyarakat. Warga tua memerlukan individu untuk menjaga mereka kerana sering
menghadapi masalah kesihatan dan membuatkan mereka hilang keupayaan dari aspek
fizikal. Pada masa yang sama mereka sering diabaikan. Hal ini dapat dilihat
dalam kajian yang dilakukan oleh Noraini, Khadijah, Ponmusamy dan Zainah (2015)
terhadap isu pengabaian dalam kalangan warga emas oleh anak-anak dewasa. Objektif
utama kajian mereka ialah untuk memahami pengalaman warga emas yang diabaikan
oleh anak dewasa dalam komuniti, meneroka faktor yang mendorong berlakunya
pengabaian dan mengkaji peranan pekerja sosial bagi menangani masalah
pengabaian dalam komuniti. Metodologi dalam kajian ini merangkumi rekabentuk
kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual terhadap responden bagi memperoleh
maklumat yang berkaitan dengan fenomena pengabaian warga emas dalam kalangan
anak dewasa. Lokasi kajian dikenal pasti melalui kerjasama dengan pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu melalui program ‘Home Help Services’. Persampelan
dalam kajian iaitu pengkaji telah menemu bual seramai lima orang informan yang
mempunyai kriteria pemilihan sampel yang sama dalam kajian iaitu warga emas
yang berumur 60 tahun keatas, warga emas yang tinggal bersendirian dan warga
emas yang mengalami pengabaian dari segi fizikal, emosi, serta kewangan dan
material. Dalam proses pengurusan data, pengkaji telah mentranskripkan data
dalam bentuk skrip temu bual dan diasingkan mengikut tema-tema yang telah
ditentukan. Analisis termatik digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam tentang fenomena pengabaian yang berlaku dalam
kalangan warga emas oleh anak dewasa. Hasil kajian yang diperolehi melalui
kajian yang dijalankan iaitu faktor utama yang mendorong kepada berlakunya
pengabaian warga emas oleh anak dewasa ialah kerenah warga emas yang
membebankan anak dewasa, anak-anak mereka terlalu mementingkan kerjaya sehingga
anak-anak mereka tinggal berjauhan daripada kediaman ibu bapa mereka.
Seterusnya, menurut kajian yang dijalankan olehRosnah dan Habibie
(2001) di mana kajian beliau membincangkan tentang persepsi wanita terhadap
penjagaan warga tua dan cadangan untuk meningkatkan usaha menjaga golongan
warga tua di dalam keluarga. Seramai 197 responden wanita telah di temu bual di
daerah Tuaran, Sabah di tiga buah kampung iaitu kampung Serusup, kampung Pekan
Nabalu dan kampung Lava-lava. Wanita dipilih secara rawak daripada kumpulan
etnik Bajau, Kadazandusun dan Melayu kumpulan. Soalan Soal selidik terdiri daripada
10 item untuk menjaga orang tua. Keputusan menunjukkan bahawa 59.4% wanita
memberi sokongan kewangan dan bahan kepada ibu bapa mereka. Perubatan rawatan
dan ubat untuk warga tua yang sakit sangat diperlukan. Anak lelaki dan anak perempuan
biasanya menjaga ibu bapa mereka yang sakit bersama-sama. Malahan mereka
mempunyai pengalaman buruk dalam menjaga orang tua, sebagai contoh kelakuan
yang mudah marah dan sensitif; tetapi 52.3% wanita sanggup menghabiskan masa
selama sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk menjaga warga tua. Sekitar
87.3% wanita berkata mereka memperoleh bantuan daripada ahli keluarga dalam
menjaga orang tua selain mendapat bantuan jiran-jiran dan kakitangan perubatan.
Hasil kajian menunjukkan 85.8% wanita
tidak berniat untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua.
Kira-kira 75.1% wanita berkata mereka melibatkan orang tua di dalam membuat
keputusan dan 70.1% wanita merasakan bahawa hubungan keluarga menjadi berjauhan
disebabkan oleh gaya hidup dan sibuk dengan kerjaya masing-masing. Cadangan
untuk meningkatkan usaha penjagaan warga tua akan dilakukan masa hadapan.
Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh
Surina (2006), Antara faktor-faktor pengabaian warga emas di negara ini ialah
keranakesibukan tugas harian terutamanya anak-anak di dalam mencari kesenangan
hidup. Mereka lebih mementingkan kerjaya dan kemewahan hidup lebih daripada ibu
bapa sendiri. Kedua,anak-anak merasakan satu bebanan jika sekiranya tumpuan
yang lebih diberikan kepada ibu bapa mereka. Ketigakeluarga terdekat merasakan
bukan menjadi tanggungjawab mereka menjaga warga emas. Keempat,disebabkan terlalu
ghairah mengejar kemajuan tanpa mengambil kira warga emas yang sudah tidak
berkeupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan oleh
Bidin dan Yusoff (2015), yang bertujuan mengkaji pengalaman orang tua di
Malaysia yang telah mengalami penganiayaan di peringkat domestik. Kaedah temu bual bersemuka secara mendalam dilakukan
kepada 10 orang yang berumur 60 tahun ke
atas dan menetap di Rumah Seri Kenangan iaitu sebuah rumah penjagaan warga tua di
PengkalanChepa, Kelantan. Setiap sesi temu bualmengambil masa dalam purata 15
hingga 30 minit dan dihentikan apabila maklumat mencapai tahap dikehendaki.
Pemerhatian terhadap ciri-ciri fizikal orang tua telah dilakukan semasa temuduga
itu. Penemuan menunjukkan bahawa majoriti orang tua telah mengalami satu atau lebih
banyak penganiayaan. Bentuk penganiayaan yang dilaporkan adalah penganiayaan
emosi dan penyalahgunaan kewangan. Individu yang melakukan perbuatan tersebut
ialah anak-anak dewasa atau pasangan mereka. Melalui pemerhatian yang dilakukan,
kajian ini mendapati bahawa mangsa mempunyai kecacatan fizikal dan penyakit
kronik.
Selain
itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Wan Ibrahim dan Zainab (2010),
membicarakan tentang perubahan struktur keluarga penduduk desa telah
menyebabkan penduduk warga tua yang tinggal di kawasan desa secara bersendirian
tanpa sokongan serta penjagaan daripada anak-anak mereka. Tujuan kajian
dilakukan untuk meneroka dan menganalisis profil sosial serta demografi dan
juga pola pengaturan tempat kediaman warga tua secara lebih terperinci di
kawasan desa. Bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku dan kesinambungan
corak kehidupan warga tua di lokasi kajian. Lokasi kajian terletak di daerah
Limbongan yang berada di kawasan Pasir Puteh di negeri Kelantan oleh
penyelidik. Untuk mencapai objektif kajian ini penyelidik telah berjaya memilih
seramai 214 orang warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas dan merupakan
warga tua berbangsa Melayu yang tinggal di kawasan daerah Limbongan.
Pengumpulan data bagi kajian ini akan menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah. Hasil kajian menunjukkan
kebanyakan warga tua adalah kumpulan dalam masyarakat yang ketinggalan dari
segi ekonomi akibat tahap pendidikan yang rendah.Selain itu, proses pembandaran
yang pesat berlaku di mukim yang berdekatan dengan kawasan pusat bandar telah
menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang baru kepada warga tua yang tinggal
di kawasan daerah Limbongan. Ramai di antara mereka mula terlibat dalam
perniagaan kecil-kecilan dan buruh bergaji di kawasan mukim akibat daripada
proses pembandaran yang pesat.Satu lagi aspek yang timbul daripada pembandaran
ialah bertambahnya golongan warga tua yang hidup bersendirian.Secara
keseluruhan warga tua masih menerima sokongan dan penjagaan daripada anak-anak
dan mereka berpuas hati dengan sokongan yang mereka terima.
Di samping itu, berdasarkan kajian dibuat oleh
Aishah dan Katiman (2012) berkenaan pengalaman subjektif tentang warga tua apabila
mereka kerap merasa diri terpinggir, diabaikan, didera dan dilabel sebagai
negatif oleh orang lain terutama golongan muda. Kajian ini mempunyai dua
objektif utama, iaitu memahami pengalaman hidup warga tua dan menganalisis
pengaruh pengalaman tersebut terhadap persepsi mereka tentang diri sendiri.
Perbincangan ini diasaskan kepada kajian kualitatif yang dilakukan dalam jangka
masa setahun dari Jun 2009 ke Mei 2010 dengan menggunakan kaedah temu bual
mendalam kepada 20 orang informan yang terdiri daripada warga tua wanita
seramai 17 orang dan tiga orang informan lelaki yang berumur 65 tahun ke atas dan mempunyai
pelbagai jenis penyakit dan gander. Informan dipilih dengan menggunakan kaedah
pensampelan bertujuan di tiga daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Kuala
Langat dan Sepang. Setiap informan ditemu bual secara mendalam sebanyak tiga
kali yang hasilnya dianalisis berasaskan tema yang ditetapkan seperti
penderaan, beban, keterasingan, autonomi, sumber keseronokan, nilai dan emosi
contohnya perasaan takut dan sepi. Hasil kajian menunjukkan bahawa warga tua
mengalami masalah kehilangan autonomi warga tua tercabar sekiranya mereka tidak
mampu mengurus diri mereka sendiri. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati
terdapat perubahan nilai dan sumber keseronokan lama, warga tua juga mengalami masalah
keterasingan, sepi dan takut majoriti informan yang tinggal bersama anak mereka
atau bersendirian menyatakan bahawa mereka terasa terasing, sepi serta takut. Selain
itu, hasil kajian juga mendapati penderaan juga berlaku terhadap warga tua yang
telah ditemu bual. Penderaan yang di maksudkan itu melibatkan perbuatan
meninggalkan warga tua secara bersendirian. Seterusnya, kajian juga mendapati
terdapat kesedaran keperluan rohani di kalangan warga tua. Terakhir hasil
kajian yang diperolehi mendapati warga tua merasakan diri mereka menjadi beban
sosial kepada anak-anak.
Menurut kajian yang dilakukan olehSaadia, Yasir danSharjeela (2012),
kajian ini bersifat kualitatif untuk meneroka jenis penderaan terhadap warga
tua di daerah Gujrat. Kajian bertujuan untuk menentukan ciri-cirisosio
demografi warga tua dan jenis penderaan. Sampel yang digunakan dalam kajian
dilakukan terhadap 13 responden lelaki dan wanita di mana usia mereka ialah 60
tahun dan ke atas. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur
untuk mengumpul data. Sebuah panduan temu bual disediakan untuk temu bual
separa struktur selepas mengkaji ulasan karya dan teori keganasan sedia ada. Analisis
tema dilakukan berpandukan data yang susun dari temu bual. Tema utama yang dibangkitkan
ialah penderaan psikologi dan kewangan. Bagaimanapun pengabaian dan penderaan
fizikal turut wujud. Dapatan menunjukkan kebanyakan responden yang telah
menghadapi satu jenis penderaan turut menghadapi jenis penderaan lain.
Kajian yang dijalankan oleh Conner (2010), menyiasat
dan jenis corak penderaan warga tua oleh penjaga berbayar dalam jangka masa
panjang dan mengenal pasti peranan beberapa faktor risiko untuk jenis penderaan. Dapatan berdasarkan
pemerhatian secara rawak mudah pada tahun 2005 terhadap kenalan individu yang
terlibat dalam penjagaan jangka panjang. Kajian tersebut mengumpul kadar
kejadian dan kadar kejadian bersyarat bagi setiap enam jenis penderaan fizikal,
penjagaan, emosi, kata-kata, pengabaian dan material. Dapatan dari kajian ini
mendapati kalangan warga tua yang pernah mengalami penderaan sekurang-kurangnya
satu jenis penderaan, lebih separuh (51.4%) pernah mengalami jenis penderaan
yang lain masalah fungsi fizikal mengehadkan aktiviti seharian dan masalah gelagat merupakan faktor yang
penting bagi setiap tiga jenis penderaan dan pelbagai jenis penderaan.
Seterusnya, menurut kajian yang dilakukan oleh Wan
Ibrahim (2006), yang melakukan analisis perubahan di dalam sesebuah institusi
keluarga, khususnya tentang kewujudan ibu tunggal yang akan memberi implikasi
terhadap masa depan warga tua di dalam masyarakat. Berasaskan sampel kajian
terhadap 500 orang ibu tunggal di Kelantan, Terengganu dan Pahang, kajian ini
mendapati majoriti besar ibu tunggal ini berada dalam golongan yang mempunyai
sosioekonomi yang rendah dan mempunyai pelbagai masalah harian. Oleh itu,
status wanita sesuai sebagai seorang penjaga utama kepada warga tua, ibu
tunggal yang mempunyai pelbagai masalah di dalam masyarakat dijangka
meninggalkan cabaran ke atas warga tua. Untuk memastikan tradisi wanita sebagai
penjaga utama kepada warga tua tidak hilang, kajian ini berpendapat bahawa
masyarakat yang menyayangi warga tua haruslah dipupuk.
Sehubungan
dengan itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Norizan, Wan ibrahim, Sulaiman
dan Wan Salihin (2011), yang melakukan
kajian yang membincangkan berkenaan aktiviti ekonomi warga tua yang terpinggir
dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu. Warga tua
secara umumnya menjadi golongan yang terpinggir yang tetap meneruskan pekerjaan
tradisi. Hasil kajian mendapati kegiatan ekonomi warga tua masih lagi tertumpu
kepada aktiviti penangkapan ikan dan pelbagai pekerjaan tradisional yang lain,
seperti menjual hasil tanaman dan mengusahakan gerai makanan.
Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Norliati
dan Suriati(2016), yang mengkaji tentang perasaan kesunyian yang memberi kesan
terhadap kesihatan warga tua di kawasan luar bandar di Pahang. Di mana warga
tua sering berasa sedih akibat daripada hidup bersendirian kerana kematian
suami atau isteri, tidak mempunyai anak, dan penghijrahan anak ke kawasan lain
kerana perkahwinan, pekerjaan atau belajar. Kajian ini akan meneroka perasaan
kesunyian yang dihadapi oleh penduduk warga tua dan bagaimanakah kesunyian
tersebut menjejaskan kesihatan diri mereka di kawasan luar bandar di Jerantut,
Pahang, Malaysia. Kajian ini juga meneroka tentang peranan anak-anak, jiran dan
masyarakat luar bandar yang memainkan peranan untuk mengurangkan perasaan sedih
dan sunyi di kalangan warga tua. Pengumpulan data dilakukan kepada penduduk
warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas, yang tinggal secara bersendirian
atau dengan pasangan di luar bandar Jerantut. Melalui hasil keputusan kajian
menunjukkan bahawa warga tua yang terpaksa hidup secara bersendirian akan
sering mengalami perasaan kesunyian dan mengalami sindrom sarang kosong.
Manakala warga tua lelaki yang tinggal secara bersendirian lebih cenderung
untuk berasa kesunyianjika dibandingkan dengan warga tua perempuan. Selain itu,
perkahwinan semula selepas pasangan meninggal dunia adalah lebih tinggi dalam
kalangan warga tua lelaki berbanding warga tua perempuan yang sedikit di
kawasan kajian. Di samping itu, jiran berperanan membantu warga tua menghadapi perasaan
kesunyian, sekali gus dapat mengurangkan perasaan kemurungan serta kesedihan adalah
sangat penting di kawasan luar bandar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada
pengetahuan berkenaan kebajikan penduduk warga tua yang tinggal secara
bersendirian di kawasan luar bandar. Kasih sayang serta komunikasi terhadap
anak-anak mereka, baik sama ada yang menetap dekat atau pun jauh dari segi
geografi, serta fungsi jiran serta masyarakat di luar bandar, adalah sangat
penting dalam membantu mengurangkan perasaan kesunyian serta kemurungan yang
dihadapi dalam kalangan warga tua, Oleh itu, ia akan meningkatkan kesejahteraan
warga tua dari aspek sosial dan psikologi bagi warga tua yang menetap di
kawasan luar bandar.
Seterusnya, menurut kajian yang dilakukan oleh Jane,Nai
dan Sor (2014), yang mengkaji tentang faktor yang mempengaruhi tahap kesunyian
warga tua dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan menggunakan data pada
tahun 2004. Berdasarkan kajian penduduk dan keluarga Malaysia, sampel kajian
yang dipilih ialah etnik Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa yang berumur
60 tahun ke atas dan mempunyai anak.Jadual
bersilang dan teknik regresi digunakan dalam analisis kajian ini. Dalam
kalangan kumpulan etnik, orang Melayu yang lebih cenderung berasa kesunyian
berbanding etnik Cina dan India. Perasaan kesunyian adalah disebabkan oleh
faktor umur, status, perkahwinan, tahap pendidikan dan batasan fizikal. Di
kalangan warga tua, perasaan kesepian adalah disebabkan oleh perselisihan faham
dengan anak-anak dewasa dan kurangpenyertaan dalam program keagamaan. Perubahan
sosio demografi telah menghancurkan sistem sokongan keluarga tradisional
terhadap warga tua. Sementara keselamatan sosial masih tidak mencukupi. Kajian
ini menunjukkan peranan penting yang perlu dimainkan oleh keluarga dalam
mengurangkan kesepian di kalangan warga tua.
RUJUKAN
Aishah, M. &Katiman, R.(2012). Warga tua Melayu
di pinggir wilayah metropolitan, Selangor: Pengalaman dan persepsi tentang diri. Malaysian Journal of Society and Space. 8(6), 1-14.
Bidin, A. &Yusoff,
M.(2015). Experience of Domestic Abuse among Malaysian Eldery. Journal Social Sciences &
Humanities. 23, 107-118.
Conner, T.(2010). Elder
Abuse in Long-Term Care: Types, Patterns, and Risk Factors .SAGE Juornal .22, 5,
523-527.
Jane, K. L.T., Nai, P. T.
&Sor, T. N. (2014). Family Support and Loneliness among Older Persons in Multiethnic Malaysia. The
Scientific World Journal. 10, 1-11.
Noraini, C. Sharif.,
Khadijah, A., Ponnusamy, S. &Zainah, Z.(2015). Pengalaman dan faktor pengabaian warga emas dalam komuniti. Journal
of social sciences and
Humanities. 10(1), 118-134.
Norizan, G., Wan Ibrahim,
W. A., Sulaiman, Y. & Wan Salihin, W. A.(2011). Mereka yang Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga
Tua dalam Arus Pembangunan Pelancongan
di Pulau Perhentian. Jurnal
Pembangunan Sosial. 14, 139-155.
Norliati, N.
&Suriati, G. (2016). Loneliness And Its Impacts To The Health Of Elderly In Rural
Pahang. International Journal Of Environment, Society and Space, 4(1),
29- 37.
Rosnah, I. &Habibie,
I. (2001). Persepsi Wanita Terhadap Penjagaan warga Tua. jurnal pembangunan sosial. 7, 55-73.
Saadia, D., Yasir, S.
&Sharjeela. (2012). Exploratory Study Of The Nature Of Violence Against Elderly In District Gujrat,
Pakistan. SAVAP International Journal. 2(3), 661- 669.
Surina, N. (2006).
Keprihatinan yang luntur terhadap Warga Emas. Jurnal Intelek, 4(1), 95- 105.
Wan Ibrahim, Wan. A.
&Zainab, I. (2010). Mengenali Warga Tua Desa di Malaysia:Profil Sosial dan Pengaturan Tempat Kediaman. Journal of
Governance & Development.
6, 22-39.
Wan Ibrahim, W.A.(2006). Fenomena
Ibu Tunggal dan Masa Depan Warga Tua Desa di Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial. 9, 85-108.
No comments:
Post a Comment