1.0
PENGENALAN
Prinsip Keadilan Asasi ialah taraf
minimum berkaitan pembuatan keputusan adil yang dikenakan ke atas mana-mana
individu atau badan yang mempunyai tugas yang bertindak secara kehakiman.
Kebanyakan negara-negara yang menggunakan dasar pentadbiran secara demokratik
moden, termasuklah Malaysia yang telah banyak melibatkan fungsinya untuk
meningkatkan ekonomi di kalangan rakyatnya. Peranan yang terlalu banyak sebagai
penggerak kepada ekonomi negara dan kuasa dari masa ke masa telah menyebabkan
berlakunya masalah seperti salah guna kuasa atau ultra virus kepada kuasa yang diberi. Oleh itu, sangat penting
untuk sesebuah kerajaan tidak mengulangi kesilapan tersebut. Sehubungan dengan
itu, Prinsip Keadilan Asasi perlu diperkenalkan bagi memastikan agar pihak
pentadbiran bertindak dengan cara yang betul dan menjamin hak individu supaya
tidak terjejas[1].
2.0
PRINSIP KEADILAN ASASI
Di dalam Undang-undang Pentadbiran,
terdapat dua prinsip asas yang membawa kepada keadilan asasi iaitu peraturan
pertama ialah Hak untuk di dengar (audialterempartem)
dan prinsip kedua ialah Tidak pilih kasih (nemojudex
in causa sua). Hak untuk didengar ialah prinsip yang memberi peluang kepada
orang yang dituduh untuk membela diri. Peluang untuk membela diri ini perlu diberikan
dengan sepenuhnya untuk memberi peluang kepada pihak yang didakwa supaya mereka
betul-betul bersedia bagi membuat pembelaan terhadap tuduhan yang dikenakan[2].
Di bawah prinsip Hak untuk didengar terbahagi kepada dua unsur iaitu Notis dan
Perbicaraan. Notis ialah pemberitahuan tentang kes yang dilakukan oleh tertuduh
ia bertujuan untuk memastikan tertuduh tahu akan kesalahan yang dibuat dan
dapat bersedia dengan pembelaan.Perbicaraan ialah Peluang untuk membela diri
sama ada melalui lisan atau bertulis[3].
Seterusnya, prinsip keadilan asasi
kedua ialah prinsipTidak pilih kasih (nemojudex in causa sua). Prinsip ini
bermaksud seseorang yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu kes tidak boleh
mengadili kes tersebut. Pihak yang mengadili kes seperti hakim dan penjawat
awam yang mempunyai kuasa budi bicara untuk membuat sesuatu keputusan perlulah
bebas daripada membuat keputusan yang berat sebelah dan wujud prasangka.
Kepentingan dan pihak yang mengadili sesuatu kes mewakili institusi yang
menginginkan objektif tertentu atau pertalian tertentu atau sebagainya[4]. Selain
itu, Menurut M.P Jain[5] ,
Prinsip tidak berat sebelah ini lahir melalui dua maxim iaitu seseorang
individu tidak boleh menjadi hakim dalam setiap tindakannya sendiri. Maxim
pertama ini terpakai bukan hanya kepada hakim atau pengadil sendiri yang
terlibat dalam kes-kes berkenaan, tetapi ianya cukup memadai sekiranya hakim
atau pengadil tadi ada kepentingan di dalam sesuatu kes tersebut. Maxim kedua
ialah keadilan bukan hanya perlu dilakukan, malah harus ditunjukkan bahawa ia
telah berlaku. Di sini bermaksud, elemen berat sebelah (bias) yang wujud hanya
memadai sekiranya ada syak wasangka yang dapat diterima ramai berkenaan
kredibiliti pihak hakim atau pihak yang membuat keputusan untuk berlaku adil.
Tugasan
ini akan menumpukan kepada prinsip keadilan asasi iaitu Hak untuk didengar (audialterampartem). Di mana prinsip ini
memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk membela diri. Dengan
memfokuskan kepada unsur perbicaraan yang dilakukansama
ada secara lisan atau bertulis.
3.0
KES BERKAITAN UNSUR PERBICARAAN DI MALAYSIA
Antara penggunaan konsep Keadilan Asasi
di Malaysia ialah kes Owi Cheng Ian
lwn Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja
Malaysia &Ors[6], perayu
merupakan seorang yang berpangkat ketua inspektor, telah dibuang kerja daripada
perkhidmatan pasukan polis. Perayu menegaskan bahawa pihak berkuasa tidak
mematuhi kehendak prosedur dan pembuangan kerjanya sepatutnya tidak sah, perayu
telah memfailkan satu permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi. Walau
bagaimanapun, permohonannya ditolak. Perayu telah mengemukakan hak keadilan
beliaudi mana beliau tidak diberikan peluang untuk didengar penjelasan semasa
pembelaannya.Berdasarkan isu tersebut perayu perlulah diberikan hak untuk
membela diri beliau semasa pembelaan di buat bagi memenuhi prinsip (audialterempartem) di mana peluang harus diberikan kepada orang yang
dituduh untuk membela diri. Tindakan Mahkamah tidak memberi peluang kepada
tertuduh untuk membela diri semasa pembelaannya dibuat adalah tidak sah di
dalam prinsip Keadilan Asasi. Selain itu, menurut perkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukkan bahawa peluang munasabah untuk didengar perlu diberikan kepada
tertuduh. Hak untuk didengar adalah hak asasi kepada keadilan asasi. Ia memberi
peluang kepada suatu pihak untuk memberi penjelasan terhadap tuduhannya.
Seterusnya,
melibatkan kes Abdul Ghani Che Mat lwn Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis &Ors[7].Perayu
merupakan seorang Timbalan Penguasa Polis yang berkhidmat dengan Polis DiRaja
Malaysia. Pada 13 September 2011, responden kedua, iaitu, pihakberkuasa
tatatertib, telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada perayuuntuk dibuang
kerja atau diturunkan pangkat di bawah perkara 37 Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Perayu dituduh kerana memberi akses satu thumb drive kepadateman
wanitanya yang mengandungi maklumat sulit berkenaan pasukanpolis dan mengadakan
hubungan intim dengan teman wanitanya diantara Februari 2008 dan Disember 2009.
Pihak berkuasa tatatertibmendapati perayu bersalah terhadap kedua-dua
pertuduhan dan dibuangkerja pada 26 Julai 2013. Melalui keputusan tersebut
perayu telah memfailkanpermohonan untuk membuat semakan kehakiman bagi
membatalkan keputusan pihakberkuasa tatatertib tetapi permohonan tersebut telah
ditolak oleh Mahkamah Tinggi. Berdasarkan rayuanyang dibuat perayu menghujahkan
bahawa pihak berkuasa tatatertib telah gagal membenarkan permohonan yang dibuat
olehperayu untuk mengadakan satu pendengaran lisanatau siasatan lanjut dan
menubuhkan satu jawatankuasa siasatan serta memeriksa saksi-saksinya yang
terlibat. Mahkamah telah memutuskan bahawa pemecatan seseorang pegawai awam
daripada tugasnya tidak boleh diambil dengan mudah. Pihak berkuasa tatatertib
telah menafikan hakperayu untuk mencabar kes terhadapnya dengan membuat satu
keputusan yang cepat untuk memecatnya beliau di bawah perkara 37(4)
Peraturan-Peraturan tanpamengadakan pendengaran lisan dan menubuhkan
jawatankuasa siasatan. Ini jelas merupakan satu pelanggaran di bawah perkara 135(2)
Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah memutuskankeputusan yang dibuat sangat rumit
dan mengambil masa yang lama tetapi keadilan asasi tidak boleh dikorbankan atas
alasan hendak bertindak cepat. Pihak berkuasa tatatertib di sini telah
bertindak secara tidak munasabah apabila ia menolak permohonan perayu untuk
pendengaran lisan dengan menubuhkan jawatankuasa siasatan. Maka, keputusan
tersebut adalah ultra viresdi
bawahperkara 135(2) Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan kepada kes
tersebut perayu tidak diberikan hak untuk didengar melalui pendengaran secara
lisan oleh pihak berkuasa tatatertib ini telah melanggar prinsip keadilan
asasi.
Kesimpulannya, prinsip keadilan asasi
adalah satu asas yang penting wujud di dalam sistem Undang-undang Pentadbiran
di Malaysia. Oleh itu, pelaksanaannya tidak boleh diambil dengan mudah oleh
badan-badan kehakiman atau separa kehakiman seperti tribunal, lembaga
tatatertib dan sebagainya. Badan kehakiman perlu membuat keputusan dengan
berhemah dengan mengambil kira segala aspek keadilan asasi supaya tertuduh
boleh membuat pembelaan semasa perbicaraan. Notis juga perlu diberikan kepada
tertuduh supaya tertuduh boleh menyediakan pembelaan terhadap dirinya. Unsur
perbicaraan juga perlu diberikan perhatian oleh badan separa kehakiman supaya
tertuduh dapat melakukan perbicaraan sama ada secara lisan atau bertulis. Di
harap badan separa kehakiman bertindak dengan lebih cekap dan melihat segenap
sudut supaya keputusan yang dibuat adil kepada tertuduh.
Rujukan
Azlin
Ali, FarizaRomli&HaslindaAnuar, Undang-undang
Pentadbiran, Sintok: Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan,2006.
FarizaRomli,
NuarrualHilalMdDahlan&Rusniah Ahmad,
Prinsip Keadilan Asasi Dalam
Undang-Undang Berkaitan Prosedur Perbicaraan Tatatertib Di Jabatan Polis:Suatu Analisa, Universiti
Utara Malaysia Journal of Legal Studies,
UUMJLS 6 (2012):145.
M.P
Jain, Administrative Law of Malaysia and
Singapore, Edisi 4, Kuala Lumpur: Lexis Nexis,
2011.
[1]Azlin Ali,
FarizaRomli&HaslindaAnuar, Undang-undang
Pentadbiran, (Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan,2006), 73.
[2]FarizaRomli,
NuarrualHilalMdDahlan&Rusniah Ahmad,
Prinsip Keadilan Asasi Dalam Undang-Undang Berkaitan Prosedur
Perbicaraan Tatatertib Di Jabatan Polis:Suatu Analisa, Universiti Utara Malaysia
Journal of Legal Studies, UUMJLS 6 (2012):148.
[3]Azlin Ali,
FarizaRomli&HaslindaAnuar, Undang-undang
Pentadbiran, (Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan,2006), 79.
[4]FarizaRomli,
NuarrualHilalMdDahlan&Rusniah Ahmad, Prinsip Keadilan Asasi Dalam Undang-Undang
Berkaitan Prosedur Perbicaraan Tatatertib Di Jabatan Polis:Suatu Analisa,Universiti Utara Malaysia Journal of Legal
Studies, UUMJLS 6(2012):149.
[5] Jain M.P., Administrative Law of Malaysia and Singapore,
Edisi 4, (Lexis Nexis, 2011), 325.
[6] [2015] 1 CLJ 245.
[7][2017] 2 CLJ 209.
No comments:
Post a Comment