Tuesday, 11 September 2018

Konsep Negara Maju & Negara Membangun


Konsep Negara Maju & Negara Membangun

Kestabilan ekonomi merupakan aspek penting untuk menuju ke arah negara maju. Hal ini kerana, ia dapat meningkatkan pendapatan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, ia boleh menyumbang kepada kualiti hidup rakyat serta mampu menyediakan pelbagai kemudahan prasarana untuk warganegaranya. Ekonomi juga mempunyai dua aspek penting yang perlu difahami iaitu pembangunan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan ekonomi merupakan meliputi skop yang lebih luas dan bukan sahaja merujuk kepada peningkatan keluaran pendapatan atau keluaran pendapatan per kapita sahaja tetapi juga melibatkan perubahan struktur ekonomi yang melibatkan proses pembangunan yang akan menghasilkan faedah pembangunan manakala pertumbuhan ekonomi pula bermaksud peningkatan dalam keluaran negara atau keluaran negara per kapita dan sekiranya pengeluaran barangan dan perkhidmatan sesebuah negara meningkat, negara itu dikatakan mengalami pertumbuhan ekonomi. Merujuk kepada pertumbuhan ekonomi zaman moden lebih banyak penggunaan teknologi yang lebih efisyen dalam proses pengeluaran, industri, urbanisasi dan pertumbuhan penduduk. Oleh itu, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi merupakan dua aspek penting dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara kerana ia perlu mengambil kira aspek peningkatan keluaran produk akhir oleh negara tersebut. Perubahan sektor sesebuah negara daripada satu sektor kepada sektor yang lain misalnya dari sector pertanian kepada pembuatan akan merangsang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang baik untuk sesebuah negara.
Seterusnya, penulisan ini akan membincangkan berkenaan dengan definisi  sebuah negara maju dan ciri-cirinya, serta menentukan sama ada sesebuah negara itu diklisifikasikan sebagai negara maju atau negara membangun

Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), negara maju boleh dilihat melalui pengukuran tahap kemajuan sesebuah negara yang merangkumi aspek ekonomi, infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar. Negara maju juga mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik dan mampu mengeluarkan pelbagai jenis produk di dalam bidang industri sama ada industri pembuatan atau pengeluaran. Antara petunjuk sebuah negara maju ialah menggunakan sumber alam sepenuhnya. Negara-negara maju mempunyai kemajuan teknologi yang mampu mencipta satu teknologi baru untuk kegunaan manusia dan keupayaan modal yang tinggi akan membolehkan masyarakat di negara itu memanfaatkan sumber alam secara optimum tanpa ada pembaziran dan digunakan sebaiknya serta memanfaatkan sumber daya alam yang telah ada sebagai tenaga alternatif untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber sedia, misalnya pemanfaatan tenaga air atau matahari untuk menggantikan tenaga fosil.

Selain itu, sebuah negara maju juga dapat mengatasi masalah kependudukan. Sebuah negara maju mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi di kalangan rakyat di negara itu. Oleh itu, rakyat di negara tersebut mampu menjana pendapatan yang mencukupi kerana negara tersebut mempunyai pelbagai peluang pekerjaan yang wujud hasil daripada kemajuan ekonomi di dalam industri sama ada huluan dan hiliran. Sehubungan dengan itu, peluang ekonomi yang terbuka luas juga membolehkan rakyat di negara tersebut menceburi pelbagai bidang perniagaan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Sehubungan dengan itu, sebuah negara maju mempunyai industri yang menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat di mana produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi. Sehubungan dengan itu, sebuah negara maju akan menarik pelaburan asing ke dalam negara tersebut untuk melabur dalam sektor industri yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara hasil daripada eksport barangan tersebut ke luar negara manakala di sektor perkhidmatan juga mampu memberi kesan kepada ekonomi negara tersebut melalui penyediaan pelbagai sektor perkhidmatan. Selain itu, sebuah negara yang maju tidak terlalu bergantung pada hasil pertanian kerana sektor pertanian tidak membawa pulangan yang tinggi dari segi pendapatan malahan sebuah negara maju perlu menerapkan pelbagai teknologi yang canggih yang mampu meningkatkan pengeluaran hasil daripada industri sekunder dan industri pertanian agar berkembang dengan pesat.
Seterusnya, sebuah negara maju juga mempunyai tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi. Tingginya kualiti penduduk mendorong semakin tingginya produktiviti masyarakat yang akan meningkatkan pendapatan per kapita dan pendapatan negara. Selain itu, sebuah negara maju menjalankan aktiviti eksport yang berasaskan hasil industri yang dikeluarkan oleh negara tersebut dan mempelbagaikan jenis-jenis perkhidmatan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Sebuah negara yang maju  tidak bergantung kepada sumber alam sepenuhnya, tetapi dengan pengetahuan yang ada negara tersebut mampu menghasilkan produk daripada sumber alam misalnya penghasilan produk seperti lilin, sabun, minyak masak daripada kelapa sawit.(lasa yahya, AmranIdris, Ismail Kosman.,2014:7)
           
Seterusnya, kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi juga merupakan salah satu petunjuk negara maju. Kerajaan di sesebuah negara mampu menyediakan prasarana bagi warganya untuk memudahkan rakyat di negara tersebut bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Pembinaan sebuah jaringan jalan raya yang terancang mampu mewujudkan satu sistem perhubungan yang baik antara bandar dan luar bandar. Selain itu, kemudahan awam juga telah menjadi satu keutamaan kepada sebuah negara maju agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar. Oleh itu, wujudnya tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga masyarakatnya untuk memelihara dan memanfaatkan prasarana tersebut untuk kegunaan orang lain. 

Selain itu, sebuah negara maju mempunyai kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang dan penghormatan terhadap hak asasi manusia. Masyarakat di negara maju umumnya memiliki disiplin yang tinggi dalam mematuhi undang-undang negara tersebut dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang. Selain itu, penghormatan terhadap hak asasi manusia juga menjadi satu aspek penting agar mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan apa-apa tindakan selagi tidak melanggar undang-undang. Selain itu, negara maju juga menghormati hak-hak golongan minoriti, misalnya golongan Orang Kurang Upaya dan warga emas yang perlu diberikan keutamaan. Sehubungan dengan itu, sebuah negara maju juga mempunyai prinsip akauntabiliti dalam melakukan sebarang tugas dan memegang amanah supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mempunyai sifatketerbukaan dalam apa-apa jua tindakan dan pengambilan keputusan.

Seterusnya, tingkat pendidikan relatif tinggi merupakan salah satu faktor petunjuk negara maju. Kemajuan tingkat pendidikan salah satu indikator penting yang menunjukkan kualiti pendidikan di sesebuah negara itu dari aspek teknologi dan prasarana yang lengkap di pusat-pusat pengajian yang mampu memberi keselesaan kepada warga negara tersebut. Selain itu,  penduduknya memiliki kesedaran tinggi akan kepentingan pendidikan yang mampu memberi manfaat kepada kehidupan mereka untuk mempelbagaikan bidang ilmu di dalam aspek pendidikan dan mempunyaiketinggian tingkat pendidikan penduduk yang ditunjangioleh sistem dan kualiti pendidikan yang baik yang mampu melahirkan warganegara yang berpendidikan tinggi.

Selain itu, sebuah negara maju mempunyai tingkat pendapatan penduduk relatif tinggi. Kemajuan tingkat pendidikan serta penguasaan teknologi oleh majoriti penduduk menjadikan tingkat pendapatan penduduk tinggi. Penduduk tidak lagi bergantung kepada sektor pertanian sebagai penghasilan utama, tetapi juga di sektor industri perkhidmatan dan perdagangan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti eksport barangan ke luar negara. Selain itu, Variasi pekerjaan di berbagai-bagai sektor juga membolehkan penduduk memperoleh pelbagai bidang pekerjaan sama ada di sektor industri atau perkhidmatan dan akan menjana pendapatan penduduk yang tinggi akan menyebabkan pendapatan per kapita yang juga tinggi.

Seterusnya, tingkat kesihatan yang tinggi juga merupakan satu petunjuk negara maju. Penduduk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi sehingga kesedaran masyarakat mempunyai rasa akan kepentingan kesihatan juga tinggi.Selain itu, pembangunan prasarana kesihatan yang berkualiti juga disediakan yang memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi terkini dalam sektor perubatan. Tingkat kesihatan yang baik dapat dilihat daripada angka kematian penduduk yang rendah dan angka jangka hayat penduduk yang tinggi serta rendahnya angka kematian bayi.(lasa yahya.,et al,2014:8)

Konsep Negara Membangun
. Selain itu, negara membangun juga mempunyai beberapa ciri-ciri tersendiri antaranya mempunyai pendapatan per kapita yang rendah di kalangan penduduknya, bergantung pada sumber pertanian sahaja sebagai salah satu sumber ekonomi negara, mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi, mempunyai penduduk yang pesat dan sebagainya. Seterusnya, negara membangun juga dikatakan sebuah negara dunia ketiga atau negara yang baru sahaja merdeka dan berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara tersebut. Oleh itu, semua negara mempunyai usaha untuk mencapai ke arah negara maju dan perlunya pertumbuhan ekonomi yang baik untuk meningkatkan pendapatan negara bagi menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana, kesihatan dan pendidikan yang baik untuk warganegara tersebut.









No comments:

Post a Comment