1.0 PENGENALAN
Cukai merupakan harta atau wang yang
perlu dibayar oleh golongan rumah tangga serta firma kepada pihak
kerajaan.Cukai adalah komponen paling utama kepada sumber pendapatan
kerajaan.Merujuk kepada aliran sesuatu pusingan hasil pendapatan negara, cukai
ialah bocoran, hal ini kerana, sekiranya sektor sesebuah rumah tangga dicukai
maka pendapatan isi rumah tidak diterima oleh sesebuah firma kerana hasil
tersebut tidak dibelanjakan.Untuk pihak firma, jika mereka dicukai, maka
separuh daripada pendapatannya tidak dilaburkan serta mengurangkan pendapatan
untuk faktor-faktor pengeluaran (Haslinda, 2012).
Terdapat pelbagai jenis cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan
antaranya ialah cukai pendapatan iaitu cukai langsung yang dikenakan terhadap
pendapatan individu. Terdapat juga cukai-cukai yang lain seperti cukai import
dan eksport, cukai barang dan perkhidmatan, cukai eksais, cukai harta dan cukai
keuntungan syarikat. Cukai yang dikenakan akan menjadi hasil kerajaan untuk
melakukan pembangunan dan kebajikan sosial rakyat di sesebuah negara. Cukai
yang dikenakan mempunyai kadar tertentu dan akan berubah dari masa ke masa.
Sehubungan dengan itu, tugasan ini akan memilih cukai eksais
sebagai cukai yang akan dianalisis. Negara Filipina telah dipilih sebagai
negara yang akan dikaji. Tugasan ini juga akan membincangkan tentang tujuan
cukai eksais yang dikenakan terhadap barang-barang tertentu dan klasifikasi
cukai. Seterusnya, tugasan ini akan melihat kesan cukai yang dikenakan kepada
rakyat sama ada menjurus kepada aspek positif dan negatif. Terakhir, tugasan
ini akan melihat kepada pencapaian umum yang telah dicapai oleh negara yang
dikaji.
2.0 LATAR BELAKANG
Filipina
merupakan sebuah negara yang makmur di Asia Tenggaraselepas Jepun pada tahun
1960an. Pada dekad tersebut, Filipina sebenarnya mempunyai potensi menjadi
salah satu kekuatan utama ekonomi di Asia.
2.1
Geografi
Manila
merupakan ibu Negara atau turut dikenali sebagai Queezon City. Keluasan
Filipina adalah sekitar 186.370,47 km2 dengan wilayah perairan
seluas 1.830 km2. Filipina terletak di wilayah Asia Tenggara yang
diapit laut Filipina dan LautCina Selatan dan disebelah timur bersempadan dengan
Vietnam (Sugiharyanto, 2007) . Keadaan geografi Filipina hamper keseluruhan
dihampari kawasan pergunungan danpesisir yang landai dan sempit.Titik terendah
negara ini terletak di laut Filipina pada kedalaman 0 m manakala titik tertinggi
terletak di gunung Apo pada ketinggian 2.954 m. Filipina terdiri daripada 7100 pulau yang
terhampar dari utara keselatan dan timur ke barat. Antara pulau yang besar di negara
ini adalah Pulau Luzon, Pulau Mindanao, Pulau Mindoro, Pulau bohol, Pulau Palawan, dan Pulau
Cebu.
Pada
umumnya iklim di Filipina adalaht ropika iaitu sama dengan Malaysia. Namun begitu,
kedudukan geografi Filipina yang bergunung-ganang dan menyebabkan negara ini sering
dilandabencana alam. Ribut taufan antara bencana yang paling banyak melanda
negara ini dengan kekerapan sebanyak lima keenam kali setahun. Selain itu, bencana lain yang
terpaksa dihadapi oleh Filipina adalah gempa bumi, gelongsoran tanah dan letusan
gunung berapi. Suhu udara di Negara ini adalah pada anggaran 24-30 darjah celcius
manakala taburan hujan turun antara 1.275 mm – 4.000 mm setahun.
2.2 Demografi
Filipina
berada pada rangking ke-12 dunia dengan jumlah penduduk seramai 100,981,437
penduduk pada tahun 2015. Dua per tiga daripada keseluruhan penduduk tinggal di
Pulau Luzon dan Manila menjadikan jumlah tersebut berada pada turutan ke-11 dalam
jumlah penduduk yang tinggal di kawasan metropolitan. Majoriti penduduk
Filipina iaitu sebanyak 92 peratus menganut agama Kristian. Sebanyak 5.6
peratus daripada keseluruhan penduduk menganuti agama Islam menjadikan Islam agama kedua terbesar yang dianuti
di Negara ini. Kebanyakan Muslim Filipina tinggal di kawasan pulau iaitu
Mindanao, Pahlawan dan Kepulauan Sulu atau wilayah yang lebih
dikenali sebagai Wilayah Bangsamoro.
Orang-orang
Filipina dikenali dengan nama Filipino yang berasal dari Taiwan dan bercampur dengan
orang-orang Tiongkak Selatan, PolinesiadanSepanyol/Amerika. Orang Filipono terbahagi
kepada 12 kelompok etnolinguistik dengan kumpulan yang terbesar adalah Tagalog,
Cebuano, dan Ilocano. Penduduk asli Filipina adalah suku kaum Aeta, namun kaum ini
sudah mengalami kemerosotan populasi sehinggatinggal sekitar 30 ribu orang pada
tahun 2015. Bagi aspek pertuturan dan bahasa, Filipina mengamalkan Tagalog
sebagai Bahasa Rasmi atauBahasa Kebangsaan selain Bahasa Inggeris.
2.3
Sistem Kerajaan
Filipina
mengamalkan bentuk pemerintahan kesatuan (unitary),iaitu
sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Hanya satu badan yang mempunyai kuasa
memerintah iaitu di peringkat kerajaan pusat keseluruh daerah-daerah di seluruh
negara.
Presiden
Filipina merupakan ketua kerajaan, ketua Negara dan panglima besar bagi
angkatan tentera.Presiden akan dipilih melalui undian popular pada setiap enam tahun
dan bebas untuk melantik dan mengetuai kabinet sendiri. Kongres dwidewan
Filipina terdiri daripada Dewan Perwakilan Filipina(House of Representatives) dan Senat (Senate) .Kongres dwi dewan merupakan Parlimen atautempat yang
menggubal undang-undang yang terdiri dari dua dewan di mana setiap dewan mempunyai
ahli dan cara pemilihannya yang tersendiri. Anggota dua dewan yang disebut tadi
di pilih oleh pengundi. Sebanyak 24 senator yang akan mentadbir dan menjawat
jawatan selama enamtahun di Senat manakala Dewan Perwakilan Filipina terdiri dari
tidak lebih dari 250 anggota kongres selama 3 tahun. Kuasa kehakiman terletak
di bawah Mahkamah Agung. Mahkamah Agung diketuai oleh KetuaMahkamahAgungdan 14
Hakim Agung dan semuanya dilantik oleh Presiden berdasarkan pencalonan Majlis Kehakiman
dan Peguam.
2.4
Sistem Agihan Kuasa Cukai
Sistem
agihan cukai di Filipina dikutipoleh Bureau
of Internal Revenue (BIR) iaitu sebuah jabatan yang menguruskan hasilcukai
kerajaan Filipina. Terdapat agensi-agensi dibawah BIR yang telahditubuhkan bagi membantu
jabatan ini memungut hasil cukai. Secara keseluruhan, cukai dikutip oleh
kerajaan pusat. Antaranya ialah cukai tanah, cukai pendapatan individu, cukai
pendapatan korporat, cukai eksais dan lain-lain.
Jadual
1: Senarai bidang kuasa cukai di Filipina
Senarai
Cukai Kerajaan Pusat Kerajaan Tempatan
|
Cukai
Pendapatan Individu /
|
Cukai
Korporat
/
|
Duti
Eksais
/
|
Cukai
setem
/
|
Cukai
Derma (Donor’s Tax) /
|
Cukai
Tanah (Estate Tax) /
|
CukaiPeratusan(Percentage Tax) /
|
Cukai
Nilai Ditambah (Added Value Tax) /
|
Sumber: Bureau of
Internal Revenue (2017)
3.0 ANALISIS CUKAI
Pada
bab ini, ia akan melihat kepada definisi cukai eksais, tujuan cukai,
klasifikasi cukai, kadar bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk yang
dikenakan cukai eksais dan prinsip-prinsip cukai.
3.1 Definisi Cukai Eksais
Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan ke atas pengeluaran,
penjualan atau penggunaan komoditi di sesebuah negara.Cukai eksais juga
merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport ke
sesebuah negara atau di kilangkan di sesebuah negara.
3.1.1 Definisi
Operasi
Tugasan ini akan membincangkan konsep cukai eksais dalam perspektif
Negara Filipina. Antara cukai eksais yang dikenakan di negara Filipina ialah
seperti Produk alkohol, rokok, produk tembakau, petroleum, produk mineral dan
automobil serta kenderaan bermotor. Cukai eksais dikenakan kepada individu atau
pengimport yang melakukan urus niaga jual beli barang di negara tersebut. Cukai
ini dikenakan dalam nilai yang berbeza bagi setiap barang. Misalnya terdapat
barangan yang dikenakan cukai secara khusus iaitu berdasarkan kuantiti barangan
import. Terdapat juga barang yang dikenakan cukai secara Ad
Volorem iaitu berdasarkan harga barang import (Bureau of Internal Revenue, 2017).
3.2 Tujuan Percukaian
Tujuan cukai
dikenakan adalah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.Pengutipan cukai
dilakukan oleh kerajaan untuk menambah hasil kerajaan dan untuk digunakan
menyediakan perkhidmatan sosial kepada masyarakat serta melakukan pembangunan
di dalam sesebuah negara. Kerajaan mempunyai sasaran setiap tahun untuk memungut
hasil cukai dan sasaran tersebut kebanyakkanya dapat dicapai contohnya kerajaan
Filipina berjaya mencapai sasaran pengutipan cukai pada tahun 2015 iaitu
sebanyak Philipines In Pesos (PHP)
158,319.21 Million dan sasaran kutipan yang ingin dicapai pada tahun tersebut
ialah sebanyak PHP 140,438.00 Million (Bureau
of Internal Revenue, 2017) . Sehubungan dengan itu, ini menunjukkan bahawa kerajaan
mempunyai keberkesanan pentadbiran dalam memungut cukai di negara tersebut.Oleh
itu, pungutan cukai adalah sangat penting bagi kerajaan sesebuah negara sebagai
dana untuk
menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan dapat menjalankan
projek-projek mega seperti pembinaan kereta api, jalan raya, jambatan yang
menghubungkan kawasan Bandar dan pendalaman, landasan kapal terbang, Institusi
pendidikan dan sebagainya.
Seterusnya, cukai
eksais dikenakan adalah bertujuan untuk mengubah gelagat pengguna. Cukai eksais
yang dikenakan oleh pihak kerajaan meliputi barang-barang tertentu yang boleh membawa
kesan negatif terhadap masyarakat secara amnya. Antara barangan yang dikenakan
ialah produk alkohol, rokok, tembakau,petroleum dan sebagainya. Barang-barang
ini jika tiada kawalan oleh pihak kerajaan akan member kesan buruk kepada
masyarakat seperti penyakit akibat merokok manakala alkohol boleh menyebabkan kadar
kemalangan meningkat akibat memandu ketika mabuk.Oleh itu, kerajaan wajib
mengenakan cukai eksais bagi menambah pendapatan, menjaga kesihatan dan
ketenteraman awam.
3.3 KLASIFIKASI CUKAI
Klasifikasi
atau pengelasan cukai dibuat berdasarkan tiga kategori, iaitu teknik atau
kaedah pembayaran cukai, asas cukai, dan struktur kadar cukai. Di Filipina,
cukai dikategorikan kepada dua kategori asas, iaitu cukai kebangsaan dan cukai
tempatan. Cukai eksais termasuk dalam cukai kebangsaan. Cukai kebangsaan
dibayar kepada kerajaan melalui Bureau of Internal Revenue (BIR), di mana
sistem percukaian National Internal
Revenue Code 1997atau Republic Act
No. 8424, atau dikenali sebagai Tax
Reform Act 1997, seperti yang dipinda. Tariff import dan eksport yang
dikenakan oleh Jabatan Kastam di bawah Republic
Act No. 1937 atau dikenali sebagai Tariff and Customs Code of the Philippines(seperti
yang dipinda) juga boleh dianggap sebagai cukai kebangsaan.
3.3.1 Teknik Percukaian
Namun,
dalam konteks teknik atau kaedah pembayaran cukai, cukai eksais di Filipina
adalah sejenis cukai tidak langsung. Dalam menilai sama ada cukai tersebut
cukai langsung atau tidak langsung, ianya harus dilihat sama ada bebanan cukai
tersebut boleh dipindahkan kepada pihak lain ataupun tidak, iaitu dengan
menilai insiden cukai. Dalam insiden cukai, terdapat insiden undang-undang dan
insidenekonomi. Insiden undang-undang merujuk kepada pihak yang
bertanggungjawab untuk menyampaikan cukai kepada kerajaan manakala insiden
ekonomi ialah pihak yang menanggung kesan atau kerugian akibat daripada sesuatu
cukai. Bagi cukai eksais, bebanan cukai yang ditanggung oleh pengimport boleh
dipindahkan kepada pihak ketiga dengan cara menaikkan harga jualan kepada
pengguna. Jadi, apabila insiden ekonomi tidak sama dengan insiden
undang-undang, cukai eksais dikategorikan sebagai cukai tidak langsung. Sebagai
contoh, seorang pengguna membeli rokok dengan harga yang telah dikenakan cukai,
pengguna tersebut tidak membayar secara langsung duti eksais tersebut kepada
kastam.
3.3.2 Asas Percukaian
Asas
cukai adalah item atau aktiviti ekonomi yang dinilai untuk menentukan nilai
atau tanggungan cukai. Asas cukai bagi duti eksais adalah urusvniaga, iaitu
penentuan cukai yang dikenakan dibuat berdasarkan urus niaga jual beli yang
dijalankan. Duti eksais hanya dikenakan pada pihak yang melakukan urusniaga
yang merentasi sempadan, nilainya ditentukan melalui pengkelasan dua jenis
cukai iaitu cukai spesifik dan cukai ad valorem. Bagi cukai spesifik, jumlah
cukai yang dikenakan adalah berdasarkan berat, kapasiti, isipadu atau mana-mana
pengukuran unit fizikal yang lain. Nilai tanggungan cukai ad valorem pula
ditentukan berdasarkan harga jualan atau nilai tertentu barang yang diimport
dalam urusniaga yang berlaku.
3.3.3 Struktur Kadar Cukai
Struktur
kadar cukai eksais yang dikenakan terhadap barang-barang import adalah tidak
seragam, bergantung kepada jenis barang. Produk yang diimport diklasifikasikan
mengikut kategori tertentu, iaitu produk alkohol (distilled spirits, wines, dan fermented
liquors), produk tembakau (tembakau dan rokok), produk petroleum, produk
automobile dan barang bukan keperluan, serta produk mineral.Struktur kadar
cukai eksais bagi produk-produk ini melibatkan struktur proposional dan dan
stuktur progresif sahaja. Secara amnya, tariff cukai yang ditentukan oleh
kerajaan mengambilkira kesan produk-produk import tersebut terhadap kehidupan
rakyatnya. Sekiranya dinilai secara tahunan (2013 hingga 2015), produk-produk
yang mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan sepertialkohol dan tembakau,
struktur cukainya akan menjadi progresif. Manakala untuk tempoh satu tahun,
kebanyakan kadar cukai bagi produk yang dikenakan cukai eksais adalah bersifat
proporsional, kecuali produk automobil yang kadarnya bersifat progresif.
3.4 TREND KADAR CUKAI EKSAIS
Dalam bahagian ini, tugasan ini akan menganalisis trend bayaran cukai yang dikenakan oleh BIR
terhadap barangan seperti minuman keras, arak, tembakau, rokok, curut, produk
petroleum, mineral dan automobil serta kenderaan bermotor.
Salah satu produk yang dikenakan cukai eksais di Filipina ialah
produk minuman keras. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan terhadap produk
minuman keras iaitu secara Ad Valorem
dan khusus.
Jadual 2: Bayaran Cukai Eksais Minuman Keras Tahun 2013-2017
Minuman keras 2014 2015 2017
|
Cukai Ad
Valorem 15% 20% 20%
Berdasarkan harga
Runcit bersih
dan
Tidak termasuk
duti
Eksais dan cukai
Nilai tambah
|
Cukai Khusus- PHP
20.00 PHP20.00 PHP 21.63
setiap liter
|
Sumber: Bureau of Internal Revenue (2017)
PHP: Philippines in pesos
Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan kadar cukai Ad Velorem dan khusus yang dikenakan terhadap produk minuman keras dari tahun 2014-2017.
Bayaran cukai Ad Velorem pada tahun
2014 ialah sebanyak 15 peratus dan pada tahun 2015, kadar cukai telah meningkat
kepada 20 peratus, peningkatan sebanyak 5 peratus dari tahun 2014. Pada tahun 2017,
bayarannya masih kekal pada 20 peratus. Seterusnya,
bagi bayaran cukai khusus untuk produk minuman keras dari tahun 2014 dan 2015
ialah sebanyak PHP 20.00. Pada tahun 2017, bayaran cukai ini telah meningkat
kepada PHP 21.63 peningkatan sebanyak PHP 1.63 daripada tahun sebelumnya iaitu
pada tahun 2015.
3.4.2 Produk Arak Dan Minuman Keras
Cukai eksais juga dikenakan terhadap produk arak dan minuman keras
di negara Filipina. Bayaran Cukai yang dikenakan terhadap barangan tersebut
menunjukkan perubahan setiap tahun mengikut jenis Arak dan Minuman Keras.
Jadual
3: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Arak dan
Minuman Keras Tahun 2013-2015
Arak
2013 2014 2015
|
Php 500.00 atau kurang PHP 250.00
PHP 260.00 PHP 270.40
|
Php 500.00 atau lebih PHP 700.00 PHP 728.00 PHP 757.12
|
Arak yang mengandungi PHP 30.00 PHP 31.20 PHP 32.45 4% alcohol kebawah
|
Arak
yang mengandungi PHP 60.00 PHP 62.40 PHP 64.90 14% alcohol ke atas
dan tidak melebihi 25% alkohol
|
Minuman Keras
|
Php 50.60 ke bawah PHP 15.00
PHP 17.00 PHP
19.00
|
Php 50.60 ke atas PHP 20.00
PHP 21.00 PHP
22.00
|
Minuman keras yang PHP 28.00 PHP 29.12 PHP 30.28 dibancuh dan dijual
dikilang mikro atau syarikat kecil
seperti pub dan restoran
|
Sumber:
Bureau of Internal Revenue (2017)
Berdasarkan jadual 3, menunjukkan bayaran
cukai eksais terhadap produk Arak. Bagi
produk Arak yang bernilai PHP 500.00 atau kurang, kadar cukai yang dikenakan
terhadap produk tersebut meningkat setiap tahun. Pada tahun 2013, kadar cukai
yang dikenakan ialah sebanyak Php 250.00 dan kadar ini telah meningkat kepada
PHP 260.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 10.00. Pada tahun
2015, kadar cukai ini telah meningkat
kepada PHP 270.40 daripada PHP 260.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP
10.40. Bagi produk arak yang berharga PHP 500.00 atau lebih pada tahun 2013
ialah PHP 700.00. Pada tahun 2014, bayaran ini telah meningkat kepada PHP
728.00, peningkatan sebanyak PHP 28.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai eksais
terhadap produk tersebut telah meningkat kepada PHP 757.12, meningkat sebanyak
PHP 29.12 daripada PHP 728.00 pada tahun 2014. Seterusnya, bagi produk Arak
yang mengadungi 14 peratus alkohol dan ke bawah cukai yang dikenakan terhadap
produk ini pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 30.00. Pada tahun 2014, ia telah
meningkat kepada PHP 31.20, peningkatan sebanyak PHP 1.20 daripada tahun 2013.
Pada tahun 2015, bayaran cukai terhadap Arak yang mengandungi 14 peratus
alkohol ke bawah telah meningkat kepada PHP 32.45, peningkatan sebanyak PHP
1.25 daripada tahun 2014. Bagi produk Arak yang mengandungi 14 peratus alkohol
ke atas dan tidak melebihi 25 peratus alkohol bayaran cukai eksais yang
dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 60.00. Jumlah ini telah meningkat
kepada PHP 62.40 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 2.40. Pada tahun
2015, bayarannya telah meningkat kepada PHP 64.90, meningkat sebanyak PHP 2.50
daripada tahun 2014.
Berdasarkan jadual 3, menunjukkan bayaran cukai eksais yang
dikenakan terhadap jenis-jenis minuman keras dari tahun 2013 hingga 2015. Bagi
minuman keras yang berharga PHP 50.60 ke bawah, cukai yang dikenakan terhadap
barangan tersebut pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 15.00 dan jumlah ini telah
meningkat kepada PHP 17.00 pada tahun
2014, meningkat sebanyak PHP 2.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah
meningkat kepada PHP 19.00 daripada PHP 17.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak
PHP 2.00. Seterusnya, bayaran cukai eksais bagi minuman keras yang berharga PHP
50.60 ke atas pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 20.00. Pada tahun 2014, bayaran
cukai telah meningkat kepada PHP 21.00, kenaikan sebanyak Php 1.00. Pada tahun
2015, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 22.00, meningkat sebanyak PHP
1.00. Bagi minuman keras yang dibancuh dan dijual di kilang mikro atau syarikat
kecil seperti pub dan restoran kadar cukai yang dikenakan pada tahun 2013 iaitu
sebanyak PHP 28.00 dan nilai ini telah meningkat kepada PHP 29.12 pada tahun
2014, peningkatan sebanyak PHP 1.12. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah
meningkat kepada PHP 30.28 daripada PHP 29.12 pada tahun 2014, peningkatan
sebanyak PHP 1.16.
3.4.3 Produk Tembakau
Produk tembakau merupakan
produk yang dikategorikan sebagai produk yang dikenakan cukai eksais. Cukai yang
dikenakan terhadap produk tembakau adalah
berdasarkan setiap Kilogram.
Jadual 4: Bayaran cukai eksais
terhadap produk tembakau 2013-2015
ProdukTembakau,
2013 2014 2015
(Setiap
Kilogram)
|
Tembakau yang dipintal PHP 1.75 PHP 1.82 PHP 1.89 dengan tangan atau apa-apa cara lain selain cara pegeringan dan pengawetan |
Tembakau
yang PHP 1.75 PHP 1.82 PHP 1.89
Disediakan tanpa
Menggunakan mesin
Atau alat tanpa
ditekan
Atau dipanaskan
|
Potongan, ketipan, PHP 1.75 PHP 1.82 PHP 1.89
Sapuan tembakau
|
Sumber: diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)
Berdasarkan Jadual 4, menunjukkan bayaran cukai eksais yang
dikenakan terhadap produk tembakau bagi tahun 2013 hingga 2015. Bagi tembakau
yang dipintal dengan tangan atau apa-apa cara lain selain cara pegeringan dan
pengawetan kadar cukai yang dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 1.75.
Pada tahun 2014, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 1.82, peningkatan
sebanyak PHP 0.07. Pada tahun 2015, kadar cukai bagi produk tembakau ini telah
meningkat kepada PHP 1.89 daripada PHP 1.82 pada tahun 2014, meningkat sebanyak
PHP 0.07. Seterusnya, untuk produk tembakau yang disediakan tanpa menggunakan
mesin atau alat tanpa ditekan atau dipanaskan bayaran cukai yang dikenakan pada
tahun 2013 ialah sebanyak PHP 1.75. Pada tahun 2014, bayaran cukai ini telah
meningkat kepada PHP 1.82, peningkatan sebanyak PHP 0.07. Pada tahun 2015,
bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 1.89 daripada PHP 1.82 pada tahun
2014, meningkat sebanyak PHP 0.07. Seterusnya, untuk produk potongan, ketipan,
sapuan tembakau bayaran cukai yang dikenakan ialah sebanyak PHP 1.75 pada tahun
2013. Pada tahun 2014 bayaran cukai ini telah meningkat kepada PHP 1.82
meningkat sebanyak 0.07. Pada tahun 2015, bayran cukai ini telah menunjukkan
peningkatan kepada PHP 1.89 daripada PHP 1.82 pada tahun 2014, meningkat
sebanyak PHP 0.07.
3.4.4 Produk
Curut
Produk curut merupakan salah satu produk yang dikenakan cukai
eksais. Terdapat dua jenis bayara cukai yang dikenakan ke atas produk tersebut
iaitu secara Ad Velorem dan khusus.
Selain itu, bayaran cukai yang dikenakan berubah setiap tahun.
Jadual
5: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Curut Tahun 2012-2014
Curut 2012 2013 2014
|
Cukai
Ad velorem, 10% 20% 20%
Berdasarkan
Harga runcit
bersih (tidak termasuk cukai eksais dan cukai nilai tambah) |
Cukai
Khusus, Setiap PHP 5.00 PHP 5.20 PHP 5.41
Satu curut
|
Sumber:
diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)
Berdasarkan Jadual 5,
menunjukkan kadar cukai Ad Velorem
bagi produk curut dari tahun 2012 hingga 2014. Pada tahun 2012, cukai yang
dikenakan sebanyak 10 peratus. Pada tahun 2013 dan 2014 cukai yang dikenakan
adalah sama iaitu sebanyak 20 peratus , peningkatan sebanyak 10 peratus
daripada tahun 2012. Seterusnya, bagi bayaran cukai khusus bagi produk
curut tahun 2012 ialah sebanyak PHP 5.00. Pada tahun 2013, bayaran yang
dikenakan telah meningkat kepada PHP 5.20, peningkatan sebanyak PHP 0.20
daripada tahun 2013. Pada tahun 2014, bayaran cukai yang telah meningkat kepada
PHP 5.41, peningkatan sebanyak PHP 0.21 daripada tahun 2013.
Bayaran cukai
eksais turut dikenakan terhadap produk rokok yang dikira berdasarkan setiap pek
rokok yang dijual. Bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk rokok
menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Jadual 6: Bayaran cukai eksais bagi produk rokok tahun 2013-2015
Rokok, setiap pek 2013 2014 2015
|
Rokok yang
dibungkus PHP 12.00 PHP 15.00
PHP 18.00
Menggunakan tangan
|
Rokok yang dibungkus - - -
Menggunakan mesin
Bagi setiap pek :
|
PHP 11.50 dan PHP 12.00 PHP 17.00
PHP 21.00
Kebawah
|
PHP 11.50 dan PHP 25.00 PHP 27.00 PHP 28.00
keatas
|
Sumber:
diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)
Berdasarkan kepada Jadual 6, menunjukkan bayaran cukai yang
dikenakan terhadap produk rokok. Bagi rokok yang dibungkus menggunakan tangan,
bayaran cukai eksais yang dikenakan pada 2013 ialah sebanyak PHP 12.00. Pada
tahun 2014, bayaran cukai yang dikenakan terhadap rokok yang dibungkus
menggunakan tangan telah meningkat kepada PHP 15.00, peningkatan sebanyak PHP
3.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai masih menunjukkan peningkatan iaitu
sebanyak PHP 18.00 daripada PHP 15.00 pada tahun 2014, meningkat sebanyak PHP
3.00. Seterusnya, bagi produk rokok yang dibungkus menggunakan mesin bagi
setiap pek yang berharga PHP 11.50 dan ke bawah bayaran cukai eksais yang
dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 12.00. Pada tahun 2014, bayaran cukai
telah meningkat kepada PHP 17.00 daripada PHP 12.00 pada tahun 2013,
peningkatan sebanyak PHP 5.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah meningkat
kepada PHP 21.00 daripada PHP 17.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP
4.00. Seterusnya, bagi produk rokok yang dibungkus menggunakan mesin bagi
setiap pek yang bernilai PHP 11.50 dan ke atas bayaran cukai eksais yang
dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 25.00. Pada tahun 2014, bayaran
cukai eksais telah meningkat kepada PHP 27.00 daripada PHP 25.00, peningkatan
sebanyak PHP 2.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai terhadap produk rokok yang
dibungkus menggunakan mesin bagi setiap pek yang bernilai PHP 11.50 dan ke atas
telah meningkat kepada PHP 28.00 daripada PHP 27.00 pada tahun 2014,
peningkatan sebanyak PHP 1.00.
3.4.6 Produk Petroleum
Produk petroleum merupakan salah satu
produk yang dikenakan cukai eksais di negara Filipina. Bayaran cukai yang
dikenakan adalah berdasarkan setiap liter dan kilogram produk petroleum yang
dibeli. Terdapat produk petroleum yang tidak menunjukkan perubahan dari segi
bayaran cukai untuk setiap tahun seperti Petroleum mempunyai plumbum dan tidak
mempunyai plumbum, minyak pelincir dan gris serta Asfalt.
Jadual
7: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Petroleum Tahun 1990, 2012 Dan 2013
Petroleum
(setiap liter)
1990 2012 2013
|
Petro tanpa plumbum PHP 2.52 PHP 5.35 PHP 5.35
|
Petro mempunyai plumbum PHP 2.52 PHP 4.35 PHP 4.35
|
Diesel PHP
0.45 PHP 1.63 PHP 0.00
|
Minyak tanah PHP 0.50 PHP 0.60 PHP 0.00
|
Minyak tanah yang PHP 2.38 PHP
3.67 PHP 3.67
Digunakan oleh
Penerbangan
|
Minyak pelincir dan gris PHP 4.50 PHP 4.50 PHP
4.50
|
Naphtha PHP 2.28 PHP 4.80 PHP 4.35
|
Gas cecair petroleum PHP 0.05 PHP 0.05 PHP 0.00
|
Minyak bahan bakar PHP 0.00
PHP 0.30 PHP 0.00
Bunker
|
Wax dan
petrolatum PHP 4.50 PHP
3.50 PHP 3.50
(Sekilogram)
|
Asfalt (sekilogram) PHP 0.56 PHP 0.56 PHP 0.56
|
Sumber: diubahsuai
daripada Bureau of Internal Revenue (2017)
Berdasarkan Jadual 7, menunjukkan bayaran
cukai eksais terhadap produk petroleum. Bagi produk petro tanpa plumbum,
bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 adalah sebanyak PHP 2.52. Pada
tahun 2012 dan 2013, bayaran cukai yang dikenakan ialah sebanyak PHP 5.35,
peningkatan sebanyak PHP 2.83 daripada tahun 2012. Bagi produk petro yang
mempunyai plumbum, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 ialah sebanyak
PHP 2.52. Pada tahun 2012 dan 2013 bayaran cukai yang dikenakan ialah sebanyak
PHP 4.35, peningkatan sebanyak PHP 1.83 daripada tahun 1990. Bayaran cukai bagi
produk diesel pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 0.45. Jumlah ini telah
meningkat kepada PHP 1.63 pada tahun 2012, peningkatan sebanyak PHP 1.18. Pada
tahun 2013, tiada sebarang bayaran yang dikenakan terhadap produk diesel.
Bayaran cukai bagi minyak tanah pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 0.50. Pada
tahun 2012, bayaran cukai tersebut telah meningkat kepada PHP 0.60, peningkatan
sebanyak PHP 0.10. Pada tahun 2013, tiada sebarang cukai terhadap produk
diesel. Bayaran cukai bagi minyak tanah yang digunakan untuk tujuan penerbangan
pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 2.38. Pada tahun 2012 dan 2013, bayaran
cukai terhadap produk tersebut telah meningkat kepada PHP 3.67, peningkatan
sebanyak PHP 1.29 daripada tahun 1990. Seterusnya, bagi produk minyak pelincir
dan gris pada tahun 1990, 2012 dan 2013 bayaran cukai yang dikenakan ialah
sebanyak PHP 4.50 dan bayaran ini tidak berubah sepanjang tahun. Bagi produk
naphtha bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 2.28.
Pada tahun 2012, bayaran cukai tersebut telah meningkat kepada PHP 4.80,
peningkatan sebanyak PHP 2.52 daripada tahun 1990. Pada tahun 2013, bayaran
cukai terhadap produk naphtha telah menurun kepada PHP 4.35, penurunan sebanyak
PHP 0.45 daripada PHP 4.80 pada tahun 2012. Seterusnya, bagi produk gas cecair
petroleum bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 dan 2012 ialah sebanyak
PHP 0.05. Pada tahun 2013, bayaran cukai tersebut telah menurun kepada PHP 0.00
bermaksud tiada bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk gas cecair
petroleum. Bagi produk minyak bahan bakar bunker, bayaran cukai yang dikenakan
pada tahun 1990 dan 2012 ialah sebanyak PHP 0.30. Pada tahun 2013, tiada
bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk tersebut iaitu PHP 0.00.
Seterusnya, bagi produk Wax dan Petrolatum bayaran cukai yang dikenakan pada
tahun 1990 ialah sebanyak PHP 4.50 sekilogram. Pada tahun 2012 dan 2013 jumlah
bayaran cukai tersebut telah menurun kepada PHP 3.50, penurunan sebanyak PHP
1.00. Terakhir, bagi produk asfalt, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun
1990, 2012 dan 2013 ialah sebanyak PHP 0.56 untuk sekilogram dan jumlah bayaran
cukai ke atas produk ini tidak menunjukkan sebarang perubahan sepanjang tahun.
3.4.7 Produk Mineral
Produk mineral merupakan produk yang
turut dikenakan bayaran cukai eksais. Antara produk tersebut ialah arang batu
dan kok, semua jenis produk mineral, mineral bukan logam dan sumber kuari, gas
asli dan gas cecair, serta petroleum asli.
Jadual 8: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Mineral
Tahun 2013-2015
JenisProduk 2012 2013 2014
|
Arang batu dan
kok PHP 10.00 PHP 10.00 PHP 10.00
(setiap tan metrik)
|
Semua produk
mineral 1.5% 2% 2%
, mineral
bukan logam
dan sumber
kuari
|
Gas asli dan gas cecair PHP 0.05 PHP
0.00 PHP 0.00
|
Petroleum
asli 2% 3% 3%
|
Sumber: diubahsuai daripada Bureau of
Internal Revenue (2017)
Berdasarkan Jadual 8, menunjukkan bayaran
cukai eksais bagi produk meineral dari tahun 2012 hingga 2014. Bagi produk
Arang batu dan kok, pada tahun 2012, 2013 dan 2014, jumlah bayaran cukai
tersebut adalah tetap iaitu sebanyak PHP 10.00. Seterusnya, bagi semua produk
mineral, mineral bukan logam dan sumber kuari bayaran cukai yang dikenakan pada
tahun 2012 ialah sebanyak 1.5 peratus. Pada tahun 2013 dan 2014, bayaran cukai
yang dikenakan telah meningkat kepada 2 peratus. peningkatan sebanyak 0.5 peratus daripada tahun
2012. Bagi semua produk Gas asli dan gas cecair, bayaran cukai yang dikenakan
pada tahun 2012 ialah sebanyak PHP 0.05. Pada tahun 2013 dan 2014, jumlah
bayaran cukai tersebut telah menurun kepada PHP 0.00, ini bermaksud tiada
bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk tersebut untuk yang seterusnya.
Terakhir, untuk produk petroleum asli, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun
2012 ialah sebanyak 2 peratus .
Pada tahun 2013 dan 2014, bayaran cukai tersebut telah meningkat kepada 3
peratus , peningkatan sebanyak 1
peratus daripada tahun 2012.
3.4.8 Produk
Automobil Dan Kenderaan Bermotor
Produk automobil dan juga kenderaan bermotor adalah salah satu
produk yang dikenakan bayaran cukai eksais di negara Filipina. Bayaran cukai
dikenakan adalah berdasarkan kepada harga kenderaan tersebut.
Jadual 9: Bayaran Cukai Eksais Yang Dikenakan Terhadap Produk Automobil
Dan Kenderaan Bermotor 2002, 2003 Dan 2018
Bermula Sehingga 2002 2003
2018
|
0 PHP 600,000 15% 2% 4%
|
PHP
600,001 PHP
1,100,000 35% 20% 40%
|
PHP 1,100,001 PHP 2,100,000 50% 40% 100%
|
PHP 2,100,001 lebih 100% 60% 200%
|
Sumber: diubahsuai
daripada Bureau of Internal Revenue (2017)
3.5 PRINSIP PERCUKAIAN
Sistem
cukai yang baik dinilai berdasarkan beberapa prinsip asas percukaian. Sesebuah
sistem cukai yang dikatakan berkesan apabila ianya memenuhi beberapa prinsip
asas, seperti keupayaan menjana hasil, ekuiti, kecekapan ekonomi dan
keberkesanan pentadbiran. Cukai eksais memenuhi prinsip ekuiti, ianya dilihat
dari dua pendekatan iaitu teori faedah dan teori keupayaan membayar. Bagi
kedua-dua teori ini, cukai eksais menggunakan kaedah ekuiti menegak di mana
beban cukai yang dibayar berbeza antara individu.
Bagi
teori faedah, jumlah cukai yang dibayar oleh pengguna akan bertambah sekiranya
faedah yang diperoleh daripada barang yang dikenakan duti eksais bertambah.
Contohnya, perokok tegar akan membayar lebih banyak cukai sekiranya mereka
membeli lebih banyak rokok. Cukai yang dibayar dianggap sebagai kos terhadap
faedah yang diterima daripada penggunaan produk yang dibeli. Bagi teori
keupayaan membayar pula, individu yang mempunyai pendapatan dan kekayaan yang
lebih tinggi mempunyai keupayaan membayar cukai yang tinggi. Sebagai contoh,
seorang ahli perniagaan di Filipina membeli kereta Ferrari yang di import
meskipun dikenakan duti eksais yang tinggi kerana beliau mempunyai kemampuan
membayar yang tinggi.
Pelaksanaan sesuatu sistem
percukaian dikatakan cekap dan berkesan apabila ianya memcapai keberkesanan kos
pentadbiran, iaitu kos pentadbiran untuk pelaksanan cukai lebih kecil
berbanding jumlah kutipan cukai yang dapat dicapai. Sebagai contoh, di
Filipina, Laporan Tahunan Bureau of Internal Revenue bagi tahun 2015 melaporkan
kos operasi untuk pelaksanaan keseluruhan cukai bagi tahun tersebut adalah
sebanyak 6.917 Billion Peso, manakala jumlah kutipan cukai eksais mencecah
158.32 Billion Peso. Kos operasi pentadbiran lebih kecil berbanding hasil
kutipan cukai, bermaksud sistem pentadbiran cukai mencapai prinsip keberkesanan
pentadbiran apabila kos sentiasa lebih kecil berbanding hasil.
4.0 ANALISIS IMPLIKASI DUTI EKSAIS
Cukai adalah merupakan suatu cara pihak kerajaan mengumpul hasil
daripada individu, syarikat atau badan lain untuk
membiayai perbelanjaan negara seperti pembangunan sosio-ekonomi. Sistem kutipan
cukai berbeza mengikut negara dan budaya serta berubah dari masa kesemasa mengikut perubahan tahun.
Cukai
eksais dikenakan kepada masyarkat untuk menyekat penggunaan barangan oleh sesetengah
golongan masyarakat kerana barangan tersebut boleh menjejaskan kesihatan seperti
rokok dan minuman keras.
4.1.1 Produk tembakau & rokok
Cukai
eksais yang dikutip dari produk berbahaya seperti tembakau dan curut melonjak
20 peratus pada tahun 2013 hingga 2015,
berikutan pelaksanaan kadar cukai yang lebih tinggi pada 2015. Data daripada
BIR menunjukkan bahawa kutipan cukai eksais daripada produk tembakau pada tahun
2013 sebanyak PHP 1.75 meningkat ke PHP 1.82 tahun 2014 dan meningkat ke PHP 1.89 tahun 2015. Cukai eksais daripada produk
rokok juga turut meningkat dari tahun
2013 hingga 2015. Peningkatan cukai ini menambahkan belanjawan kerajaan. Selain
itu, kadar cukai yang lebih tinggi diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan produk berbahaya dan mempromosikan kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat di
Filipina.
Filipina
adalah salah satu daripada pengguna
tembakau terbesar di Filipina itu sendiri
iaitu di Wilayah Pasifik Barat dengan lebih daripada 19 juta perokok. Oleh sebab itu,
harga rokok di Filipina adalah antara yang paling rendah di dunia.Hampir 30
peratus orang Filipina menggunakan beberapa jenis produk tembakau. 47.7 peratus
adalah pengguna lelaki manakala 9 peratus adalah pengguna wanita. Selain itu,
Penggunaan tembakau dalam kalangan belia
memberikan masalah besar di Filipina kerana hampir 23 peratus daripada umur 13 hingga15
tahun menggunakan produk tembakau. Kadar penggunaan tembakau yang tinggi menyumbang kepada
bilangan kematian awal iaitu kira-kira 87,600 orang setiap tahun bersamaan 240 orang setiap hari dan kos penjagaan
kesihatan yang tinggi. Oleh itu, harga tembakau yang lebih tinggi tidak
menggalakkan belia untuk mula rokok dan menggalakkan perokok sedia ada untuk berhenti.
4.1.2
Produk Alkohol
Bayaran
cukai eksais bagi produk alkohol jenis minuman keras adalah kekal 20 peratus dari
tahun 2013 hingga 2015. Manakala, produk alkohol jenis arak meningkat dari tahun 2013 hingga 2015. Peningkatan
cukai ini menambahkan belanjawan kerajaan. Selain itu, peningkatan kadar
bayaran cukai ini mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan kesihatan dalam
kalangan penduduk di Filipina. Hal ini kerana, pengguna kurang membeli produk
alkohol. Menurut Pia Ranada (2016), jumlah jenayah yang dilaporkan adalah
semakin meningkat. Sebagai contoh pada tahun 2015, menurut Polis Negara
Filipina (PNP) bilangan jenayah yang dilaporkan meningkat sebanyak 46 peratus dalam tempoh 5
bulan pertama berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Trend yang sama
diperhatikan pada tahun 2014. Menjelang
akhir 5 bulan pertama tahun itu, insiden
jenayah meningkat sebanyak 18 peratus berbanding
tahun 2013. Bagi 2014, jumlah jenayah yang dilaporkan adalah 1.2 juta, meningkat
daripada 1 juta pada tahun 2013. Pada tahun 2012, hanya 218,000 jenayah dilaporkan.
Jadual 10:
Indeks jenayah pada tahun 2012-2015
Maklumat 2012 2013 2014
|
Laporan Kes Jenayah 217,812 1,033,833 1,161,188
|
Indeks Jenayah 129,161 457,944 492,772
|
Kadar Jenayah 226 1053 1,004
|
Sumber: diubahsuai dari Philippine Statistics Authority, (2015)
4.1.3 Bahan Petroleum
Kadar kenaikan cukai eksais akan menjadi beban kepada setiap pengguna dan isi
rumah di Filipina. Contohnya, Pengangkutan awam menggunakan diesel. Oleh kerana cukai ke atas
diesel yang tinggi akan menyebabkan tambang pengangkutan awam tersebut menjadi
lebih tinggi dan peningkatan kos terhadap kenderaan yang mengangkut barang,
akan menyebabkan harga jualan barang
tersebut juga akan naik. Selain itu, setiap isi rumah akan menggunakan gas masak atau minyak tanah untuk
kegunaan harian. Apabila cukai terhadap gas masak naik, harga jualannya turut
akan naik.
Selain itu, peningkatan kadar cukai ke atas
petroleum menyebabkan kenaikan harga
petroleum, seterusnya menyebabkan pengurangan pencemaran udara dan kesesakan di
jalan raya. Walaupun kadar bayaran kenaikan cukai terhadap petroleum tinggi,
ekonomi Filipina akan terus meningkat.
4.1.4 Automobil
dan Kenderaan Bermotor
Kesan terhadap automobil akibat daripada kenaikan
kadar cukai eksais ialah harga kereta akan menjadi sangat mahal, dan syarikat-syarikat
kereta perlu menyusun semula belanjawan mereka dan kemungkinan akan berlakunya penurunan
pembelian kereta.
Bagi
pembeli perlu mendapatkan wang untuk membeli kereta baru, kereta lama mesti dijual
terlebih dulu.Kerana kereta baru akan lebih mahal tahun depan, kereta terpakai
mungkin akan memberi harga yang lebih baik juga, terutama bagi mereka yang
tidak mampu membeli kereta baru lagi. Beberapa impak yang akan diberikan kepada
penjualan kereta iaitu contohnya,sebuah kereta berhargaPHP 600,000. Sekiranya kerajaan
menambah cukai eksais yang dicadangkan, kenaikan tersebut adalah kira-kira PHP 60,000 hingga P80,000. Jadi,pembeli
yang mempunyai anggaran P600,000 akan membuat pilihan untuk membeli kereta terpakai.
Selain itu, Cukai eksais terikat untuk menaikkan harga
kereta. Jika harga kereta menjadi lebih mahal, pelanggan yang memerlukan kereta akan memilih model yang
mereka mampu, atau model yang mahal
tetapi mendapat pinjaman daripada bank. Oleh kerana cukai yang dikenakan terhadap
kereta, bank-bank yang menyediakan pinjaman untuk memudahkan pembeli membeli
kereta telah meningkat.
4.1.5
Bahan Mineral
Filipina merupakan Negara kelima paling kaya mineral di dunia. Kira-kira
30 juta hektar kawasan tanah di Negara ini dianggap sebagai kawasan yang
mungkin ada untuk mineral metalik. Aktiviti perlombongan untuk mendapatkan sumber
mineral mempunyai kesan dalam merosakkan sumber semulajadi, seperti pemusnahan
habitat semula jadi spesies haiwan yang berlainan. Pembuangan bahan kimia dalam
perlombongan juga boleh mencemarkan kawasan yang berhampiran tapak perlombongan
tersebut. Aktiviti perlombongan juga member
kesan kepada penduduk di Filipina yang akan kehilangan aktiviti pertanian dan sumber
rezeki mereka akibat daripada.
4.2 Kerajaan
Kerajaan mengutip beberapa jenis cukai, antaranya, personal income taxes, value-added
tax, estate and donor’s tax, other percentage taxes, excise taxes, and
documentary stamp taxes. Pungutan ini dikutip
ke atas semua jenis cukai pendapatan, kecuali apabila dikecualikan oleh BIR
Cukai termasuk semua perbelanjaan kerajaan, seperti menjalankan agensi-agensi
yang membolehkan kita untuk mengunakan keperluan asas dan perkhidmatan awam. Apabila
hasil cukai yang dipungut rendah dan kerajaan membataskan bajetnya untuk perkhidmatan
yang disediakan.
Berdasarkan rajah 10 , secara
keseluruhannya duti eksais di Filipina member sumbangan sebanyak 5 peratus pada
tahun 2015 daripada sumber hasil yang kerajaan pusat perolehi.
4.3 Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi telah ditakrifkan sebagai peningkatan berterusan
keupayaan produktif negara. Pertumbuhan ekonomi di Filipina mencatatkan pertumbuhan
ekonomi terbaik di Asia. Cukai di anggap sebagai
bocoran dari aliran pusingan pendapatan negara kerana keuntungan firma akan di
kurangkan selepas dikenakan cukai keuntungan syarikat.
Sebagai contoh, kadar cukai tinggi yang dikenakan ke atas muniman keras
misalnya akan menjejaskan rantaian syarikat kerana syarikat sekarang akan kurang
memproseskan akohol, permintaan untuk minuman keras rakan berkurang dan pekerjaan akhirnya akan kehilangan
pekerjaan dan realiti yang paling menyedihkan ialah syarikat asing yang mencari untuk melabur dalam industry akohol
akan menjauhkan diri merekadari melabur di syarika tersebut.
Jika, kadar cukai eksais yang dikenakan terhadapsesuatu barangan adalah
rendah, maka pelabur asing akan berminat untuk melabur di Negara tersebut dan pendapat
negara tersebut juga akan meningkat.
5.0 KUTIPAN CUKAI BAGI PRODUK
ALKOHOL, PETROLEUM, TEMBAKAU DAN LAIN-LAIN
Antara
cukai eksais yang dikenakan ialah alkohol, tembakau, petroleum, alkohol. Berdasarkan
rajah 11, kutipan ini menurun daripada 1.7 peratus daripada KDNK pada tahun
2001 kepada 0.9 peratus daripada KDNK pada tahun 2012. Keputusan ini adalah
berdasarkan kekurangan indeks inflasi seperti alkahol dan tembakau semasa separuh
pertama tahun 2000 dan untuk produk petroleum sejak tahun 1998. Selain itu,
sebagai sebahagian daripada mitigasi, langkah-langkah untuk pakej penggerak pendapatan
2006 kadar cukai untuk produk petroleum telah dikurangkan (dengan kadar cukai untuk
diesel dan minyak tanah dikurangkan kepada sifar). Akibatnya, kutipan cukai
eksais untuk petroleum merosot daripada 0.6 peratus daripada KDNK pada tahun 2001 kepada 0.1 peratus pada tahun 2012.
Pembaharuan
cukai "dosa", iaitual kohol dan tembakau, telah diluluskan oleh kongres
di Filipina akhir tahun 2012 dan berkuatkuasa pada tahun 2013. Pembaharuan menaikkan kadar cukai untuk produk
dan kehendak ini menjana pendapatan baru sebanyak 0.3 peratusdaripada KDNK. Lebih-lebih
lagi, ia memperkenalkan peningkatan tahunan automatif daripada 4 peratu suntuk kadar
cukai tertentu untuk mengikuti inflasi, dan penyatuan secara beransur-ansurdalam
produk pelbagai kategori hargauntuk bir, sulingan dan rokok, sejajar dengan cadangan
bantuan teknikal IMF.
Rajah 11 : Hasil
kutipan cukai eksais Filipina 2001-2012
Sumber: diubahsuai daripada Bureau of
Internal Revenue (2017)
6.0 PENCAPAIAN NEGARA FILIPINA
Tiada produk tembakau yang dihasilkan di Filipina dan yang
dihasilkan untuk eksport hendaklah dikeluarkan dari tempat pembuatannya atau dieksport
tanpa menghantar bon eksport bersamaan dengan jumlah cukai eksais yang perlu dibayar
jika dijual dalam negara. Walau bagaimanapun, produk tembakau untuk dieksport boleh
dipindahkan dari tempat pembuatan ke kemudahan terikat, apabila memunggah bon
pemindahan, sebelum mengeksport. Produk tembakau yang diimport ke Filipina dan negara asing tidak
akan dibenarkan masuk tanpa melampirkan bon yang bersamaandengan jumlah cukai kastam,
cukai eksais dan nilai tambah yang kena dibayar jika dijual di dalam negara.
Pengilang dan pengimport produk tembakau hendaklah, dalam tempoh 30 hari dan dalam
tempoh lima hari setiap bulan selepas itu, mengemukakan kepada Pesuruhjaya suatu
pernyataan bersumpah mengenai jumlah jualan bagi setiap sesuatu jenama produk tembakau
yang dijual untuk tempoh tigabulan sebelum ini.
7.0 KESIMPULAN
Secara
kesimpulanya, cukai eksais yang dikenakan oleh kerajaan Filipina berubah setiap
tahun dan terdapat sesentengah barang tidak menunjukkan perubahan dari segi
kadar cukai. Cukai eksais yang dikenakan adalah bertujuan untuk meningkatkan
pendapatan negara dan mengubah gelagat pengguna misalnya untuk mengurangkan
ketagih rokok dan arak di kalangan rakyat di negara tersebut. Sehubungan dengan
itu, cukai eksais yang dikenakan akan meningkat saban tahun supaya barangan
seperti arak dan rokok mengalami kenaikan harga sekaligus dapat mengurangkan
kadar penghisap rokok dan peminum arak. Selain itu, hasil cukai eksais yang
dikenakan cukai telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk melakukan pembangunan
sosioekonomi rakyat di negara tersebut.
No comments:
Post a Comment