KONSEP
PENGGANGURAN
Pengangguran ialah individu yang tidak
mempunyai pekerjaan atau sedang mencari pekerjaan yang berumur di antara 15
tahun hingga 64 tahun yang digelar sebagai tenaga buruh. Pengangguran ialah
terbahagi kepada dua iaitu orang-orang yang menganggur secara aktif dan tidak
aktif. Penganggur secara aktif ialah orang yang tiada pekerjaan tetapi sedang
aktif mencari pekerjaan. Penganggur secara tidak aktif ialah orang yang
menganggur secara aktif tetapi ia tidak mencari pekerjaan secara aktif. Selain
itu, penganggur secara aktif ialah orang yang tidak mempunyai pekerjaan dan
pekerjaan tersebut tidak layak untuk mereka. Pengangguran jenis ini, mereka
hanya mencari pekerjaan sekiranya mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik
tetapi bukan kerana menganggur atas sebab tertentu seperti cuaca buruk atau
menunggu masa untuk melaporkan diri untuk bekerja. Selain itu, terdapat juga
keadaan pengangguran secara sukarela iaitu satu keadaan di mana mereka ingin
bekerja tetapi tidak memperoleh pekerjaan (RohayaYahya, 1985:152).
Selain
itu, di dalam penawaran tenaga buruh terdapat jumlah pekerjaan yang mewakili
permintaan tenaga buruh, Walaupun jumlah pekerjaan sama dengan jumlah tenaga
buruh yang ada, keadaan ini akan mewujudkan pengangguran kerana ada sesetengah
pekerjaan tidak sesuai dengan tenaga buruh tersebut. Sehubungan dengan itu,
pengusaha cuba sedaya upaya untuk menempatkan pekerja yang sesuai dengan
kemahiran mereka. Dengan erti kata lain,
orang yang sedang mencari pekerjaan akan mencari pekerjaan yang baik dan sesuai
dengan kehendak mereka. Di dalam jangka masa mereka mencari pekerjaan ia
dipanggil sebagai pengangguran geseran. Pengangguran geseran berlaku disebabkan
oleh buruh yang tidak bermobiliti hal
ini bermaksud buruh tidak ada kebolehan untuk membuat kerja lain atau tidak
mampu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari peluang
pekerjaan (RohayaYahya, 1985:152-153).
Dalam pembangunan ekonomi terdapat dua
aspek penting yang perlu diambil kira iaitu guna tenaga dan kadar pengangguran.
Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik jika kadar
pengangguran di negara tersebut mempunyai nilai yang rendah. Sekiranya
pengangguran tinggi maka di negara tersebut mempunyai lebihan penawaran guna
tenaga. Masalah pengangguran terus menjadi masalah utama ekonomi sekiranya
nilainya terus meningkat kerana pengangguran akan mengurangkan kuasa beli
pengguna. Hal ini disebabkan, mereka tidak mempunyai pendapatan untuk membeli
keperluan asas dan tidak mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
(NorhayatiBaharin, IshakYussof& Rahman Ismail, 2012:209-210).
NorhayatiBaharin,
IshakYussof& Rahman Ismail, (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangguran di Malaysia. Jurnal Ekonomi. (1), 209-227.
RohayaYahya, (1985), Konsep Asas Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
No comments:
Post a Comment