Wednesday, 12 September 2018

Kompenen Perbelanjaan Negara

 KOMPONEN PERBELANJAAN NEGARA

 Komponen perbelanjaan ini dibahagikan kepada dua jenis perbelanjaan utama iaitu perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.

PERBELANJAAN MENGURUS

Perbelanjaan mengurus juga dikenali sebagai perbelanjaan penggunaan. Perbelanjaan tersebut  digunakan untuk membiayai aktiviti aktiviti harian kerajaan yang bersifat berulang-ulang atau berterusan seperti membayar gaji dan bil utiliti serta membeli bekalan. Perbelanjaan jenis ini dapat dibahagikan dengan lebih khusus kepada dua bentuk iaitu perbelanjaan tanggungan dan perbelanjaan perbekalan.

Perbelanjaan tanggungan

Bentuk perbelanjaan ini telah diperuntukkan di bawah Perkara 98, Perlembagaan. Ia dipertanggungkan terus kepada Kumpulan wang Disatukan. Ia diadakan untuk membiayai komitmen kerajaan kepada beberapa pihak yang diberi kedudukan istimewa dan juga untuk mengurangkan pengaruh kerajaan ke atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh pihak-pihak tersebut. Antara contoh perbelanjaan ini termasuk pembayaran elaun DiRaja, gaji Ketua Hakim dan Hakim-hakim, gaji Ketua Audit Negara, perbelanjaan Suruhanjaya-suruhanjaya dan bayaran pencen serta  ganjaran. Perbelanjaan tanggungan tidak memerlukan kelulusan Parlimen untuk dikeluarkan daripada Kumpulan wang Disatukan sebaliknya hanya memerlukan tandatangan Menteri Kewangan di waran peruntukan.

Perbelanjaan perbekalan 

Bentuk kedua iaitu perbelanjaan perbekalan merupakan semua jenis perbelanjaan yang dilakukan bagi membiayai aktiviti-aktiviti harian agensi-agensi kerajaan. Dalam melaksanakan tanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan yang penting kepada masyarakat, pihak kerajaan menanggung kos yang banyak dan berterusan. Ia perlu membayar gaji kakitangan awam, membeli barang-barang bekalan, membayar bil-bil utiliti, menyewa kelengkapan dan banyak lagi

 Perbezaan diantara perbelajaan tanggungan dan perbekalan adalah dari segi kelulusan. Perbelanjaan   perbekalan tidak dipertanggungkan terus kepada Kumpulan wang Disatukan seperti perbelanjaan tanggungan. Oleh itu, ia memerlukan kelulusan Parlimen melalui Rang Undang-undang Perbekalan  (Bajet) sebelum sebarang perbelanjaan dapat dilakukan. Di antara contoh perbelanjaan umum di bawah kategori ini adalah emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pembelian aset, pemberian dan kenaan tetap.

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

 Perbelanjaan pembangunan atau dikenali sebagai perbelanjaan modal. Sifatnya tidak berulang dan pulangan akan dapat diperolehi dalam jangka panjang. Contohnya, pembinaan sekolah, lapangan terbang, jalan raya dan hospital. Pengagihan perbelanjaan pembangunan ini dibuat mengikut sektor-sektor seperti ekonomi, sosial, keselamatan dan pentadbiran am. Perbelanjaan ini diasingkan daripada perbelanjaan mengurus disebabkan beberapa ciri tertentu,  antaranya:

 i. Ia melibatkan sejumlah peruntukan yang besar

ii. Aliran wang keluar dan masuk berlaku bagi jangka panjang

iii. Perbelanjaan ini biasanya dibiayai melalui pinjaman yang besar, sama ada dari dalam mahupun luar negara.

 iv. Memerlukan penyeliaan dan penyelenggaraan di masa akan datang


Rujukan

Samihah, K., Alida, Abdullah & Subri, H. Pentadbiran Kewangan. Pusat pendidikan Professional dan Lanjutan : Sintok

Tuesday, 11 September 2018

Konsep Negara Maju & Negara Membangun


Konsep Negara Maju & Negara Membangun

Kestabilan ekonomi merupakan aspek penting untuk menuju ke arah negara maju. Hal ini kerana, ia dapat meningkatkan pendapatan serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, ia boleh menyumbang kepada kualiti hidup rakyat serta mampu menyediakan pelbagai kemudahan prasarana untuk warganegaranya. Ekonomi juga mempunyai dua aspek penting yang perlu difahami iaitu pembangunan ekonomi dan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan ekonomi merupakan meliputi skop yang lebih luas dan bukan sahaja merujuk kepada peningkatan keluaran pendapatan atau keluaran pendapatan per kapita sahaja tetapi juga melibatkan perubahan struktur ekonomi yang melibatkan proses pembangunan yang akan menghasilkan faedah pembangunan manakala pertumbuhan ekonomi pula bermaksud peningkatan dalam keluaran negara atau keluaran negara per kapita dan sekiranya pengeluaran barangan dan perkhidmatan sesebuah negara meningkat, negara itu dikatakan mengalami pertumbuhan ekonomi. Merujuk kepada pertumbuhan ekonomi zaman moden lebih banyak penggunaan teknologi yang lebih efisyen dalam proses pengeluaran, industri, urbanisasi dan pertumbuhan penduduk. Oleh itu, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi merupakan dua aspek penting dalam membangunkan ekonomi sesebuah negara kerana ia perlu mengambil kira aspek peningkatan keluaran produk akhir oleh negara tersebut. Perubahan sektor sesebuah negara daripada satu sektor kepada sektor yang lain misalnya dari sector pertanian kepada pembuatan akan merangsang pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang baik untuk sesebuah negara.
Seterusnya, penulisan ini akan membincangkan berkenaan dengan definisi  sebuah negara maju dan ciri-cirinya, serta menentukan sama ada sesebuah negara itu diklisifikasikan sebagai negara maju atau negara membangun

Menurut Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), negara maju boleh dilihat melalui pengukuran tahap kemajuan sesebuah negara yang merangkumi aspek ekonomi, infrastruktur, manusia, rakyat dan alam sekitar. Negara maju juga mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik dan mampu mengeluarkan pelbagai jenis produk di dalam bidang industri sama ada industri pembuatan atau pengeluaran. Antara petunjuk sebuah negara maju ialah menggunakan sumber alam sepenuhnya. Negara-negara maju mempunyai kemajuan teknologi yang mampu mencipta satu teknologi baru untuk kegunaan manusia dan keupayaan modal yang tinggi akan membolehkan masyarakat di negara itu memanfaatkan sumber alam secara optimum tanpa ada pembaziran dan digunakan sebaiknya serta memanfaatkan sumber daya alam yang telah ada sebagai tenaga alternatif untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber sedia, misalnya pemanfaatan tenaga air atau matahari untuk menggantikan tenaga fosil.

Selain itu, sebuah negara maju juga dapat mengatasi masalah kependudukan. Sebuah negara maju mempunyai pendapatan per kapita yang tinggi di kalangan rakyat di negara itu. Oleh itu, rakyat di negara tersebut mampu menjana pendapatan yang mencukupi kerana negara tersebut mempunyai pelbagai peluang pekerjaan yang wujud hasil daripada kemajuan ekonomi di dalam industri sama ada huluan dan hiliran. Sehubungan dengan itu, peluang ekonomi yang terbuka luas juga membolehkan rakyat di negara tersebut menceburi pelbagai bidang perniagaan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

Sehubungan dengan itu, sebuah negara maju mempunyai industri yang menjadi teras perekonomian dan berkembang dengan pesat di mana produk industri dan perkhidmatan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi. Sehubungan dengan itu, sebuah negara maju akan menarik pelaburan asing ke dalam negara tersebut untuk melabur dalam sektor industri yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara hasil daripada eksport barangan tersebut ke luar negara manakala di sektor perkhidmatan juga mampu memberi kesan kepada ekonomi negara tersebut melalui penyediaan pelbagai sektor perkhidmatan. Selain itu, sebuah negara yang maju tidak terlalu bergantung pada hasil pertanian kerana sektor pertanian tidak membawa pulangan yang tinggi dari segi pendapatan malahan sebuah negara maju perlu menerapkan pelbagai teknologi yang canggih yang mampu meningkatkan pengeluaran hasil daripada industri sekunder dan industri pertanian agar berkembang dengan pesat.
Seterusnya, sebuah negara maju juga mempunyai tingkat dan kualiti hidup masyarakat tinggi. Tingginya kualiti penduduk mendorong semakin tingginya produktiviti masyarakat yang akan meningkatkan pendapatan per kapita dan pendapatan negara. Selain itu, sebuah negara maju menjalankan aktiviti eksport yang berasaskan hasil industri yang dikeluarkan oleh negara tersebut dan mempelbagaikan jenis-jenis perkhidmatan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Sebuah negara yang maju  tidak bergantung kepada sumber alam sepenuhnya, tetapi dengan pengetahuan yang ada negara tersebut mampu menghasilkan produk daripada sumber alam misalnya penghasilan produk seperti lilin, sabun, minyak masak daripada kelapa sawit.(lasa yahya, AmranIdris, Ismail Kosman.,2014:7)
           
Seterusnya, kemudahan prasarana yang moden dan mencukupi juga merupakan salah satu petunjuk negara maju. Kerajaan di sesebuah negara mampu menyediakan prasarana bagi warganya untuk memudahkan rakyat di negara tersebut bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Pembinaan sebuah jaringan jalan raya yang terancang mampu mewujudkan satu sistem perhubungan yang baik antara bandar dan luar bandar. Selain itu, kemudahan awam juga telah menjadi satu keutamaan kepada sebuah negara maju agar dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama di kawasan bandar. Oleh itu, wujudnya tahap kesedaran yang tinggi dalam kalangan warga masyarakatnya untuk memelihara dan memanfaatkan prasarana tersebut untuk kegunaan orang lain. 

Selain itu, sebuah negara maju mempunyai kesedaran dan kepatuhan kepada undang-undang dan penghormatan terhadap hak asasi manusia. Masyarakat di negara maju umumnya memiliki disiplin yang tinggi dalam mematuhi undang-undang negara tersebut dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang. Selain itu, penghormatan terhadap hak asasi manusia juga menjadi satu aspek penting agar mereka mempunyai kebebasan untuk melakukan apa-apa tindakan selagi tidak melanggar undang-undang. Selain itu, negara maju juga menghormati hak-hak golongan minoriti, misalnya golongan Orang Kurang Upaya dan warga emas yang perlu diberikan keutamaan. Sehubungan dengan itu, sebuah negara maju juga mempunyai prinsip akauntabiliti dalam melakukan sebarang tugas dan memegang amanah supaya tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya dan mempunyai sifatketerbukaan dalam apa-apa jua tindakan dan pengambilan keputusan.

Seterusnya, tingkat pendidikan relatif tinggi merupakan salah satu faktor petunjuk negara maju. Kemajuan tingkat pendidikan salah satu indikator penting yang menunjukkan kualiti pendidikan di sesebuah negara itu dari aspek teknologi dan prasarana yang lengkap di pusat-pusat pengajian yang mampu memberi keselesaan kepada warga negara tersebut. Selain itu,  penduduknya memiliki kesedaran tinggi akan kepentingan pendidikan yang mampu memberi manfaat kepada kehidupan mereka untuk mempelbagaikan bidang ilmu di dalam aspek pendidikan dan mempunyaiketinggian tingkat pendidikan penduduk yang ditunjangioleh sistem dan kualiti pendidikan yang baik yang mampu melahirkan warganegara yang berpendidikan tinggi.

Selain itu, sebuah negara maju mempunyai tingkat pendapatan penduduk relatif tinggi. Kemajuan tingkat pendidikan serta penguasaan teknologi oleh majoriti penduduk menjadikan tingkat pendapatan penduduk tinggi. Penduduk tidak lagi bergantung kepada sektor pertanian sebagai penghasilan utama, tetapi juga di sektor industri perkhidmatan dan perdagangan yang mampu menjana pendapatan yang tinggi dan mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara melalui aktiviti eksport barangan ke luar negara. Selain itu, Variasi pekerjaan di berbagai-bagai sektor juga membolehkan penduduk memperoleh pelbagai bidang pekerjaan sama ada di sektor industri atau perkhidmatan dan akan menjana pendapatan penduduk yang tinggi akan menyebabkan pendapatan per kapita yang juga tinggi.

Seterusnya, tingkat kesihatan yang tinggi juga merupakan satu petunjuk negara maju. Penduduk memiliki kualiti kehidupan yang tinggi sehingga kesedaran masyarakat mempunyai rasa akan kepentingan kesihatan juga tinggi.Selain itu, pembangunan prasarana kesihatan yang berkualiti juga disediakan yang memberi tumpuan kepada kemajuan teknologi terkini dalam sektor perubatan. Tingkat kesihatan yang baik dapat dilihat daripada angka kematian penduduk yang rendah dan angka jangka hayat penduduk yang tinggi serta rendahnya angka kematian bayi.(lasa yahya.,et al,2014:8)

Konsep Negara Membangun
. Selain itu, negara membangun juga mempunyai beberapa ciri-ciri tersendiri antaranya mempunyai pendapatan per kapita yang rendah di kalangan penduduknya, bergantung pada sumber pertanian sahaja sebagai salah satu sumber ekonomi negara, mempunyai tahap kemiskinan yang tinggi, mempunyai penduduk yang pesat dan sebagainya. Seterusnya, negara membangun juga dikatakan sebuah negara dunia ketiga atau negara yang baru sahaja merdeka dan berusaha untuk meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara tersebut. Oleh itu, semua negara mempunyai usaha untuk mencapai ke arah negara maju dan perlunya pertumbuhan ekonomi yang baik untuk meningkatkan pendapatan negara bagi menyediakan kemudahan-kemudahan prasarana, kesihatan dan pendidikan yang baik untuk warganegara tersebut.









Takrifan Pengangguran


KONSEP PENGGANGURAN
Pengangguran ialah individu yang tidak mempunyai pekerjaan atau sedang mencari pekerjaan yang berumur di antara 15 tahun hingga 64 tahun yang digelar sebagai tenaga buruh. Pengangguran ialah terbahagi kepada dua iaitu orang-orang yang menganggur secara aktif dan tidak aktif. Penganggur secara aktif ialah orang yang tiada pekerjaan tetapi sedang aktif mencari pekerjaan. Penganggur secara tidak aktif ialah orang yang menganggur secara aktif tetapi ia tidak mencari pekerjaan secara aktif. Selain itu, penganggur secara aktif ialah orang yang tidak mempunyai pekerjaan dan pekerjaan tersebut tidak layak untuk mereka. Pengangguran jenis ini, mereka hanya mencari pekerjaan sekiranya mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik tetapi bukan kerana menganggur atas sebab tertentu seperti cuaca buruk atau menunggu masa untuk melaporkan diri untuk bekerja. Selain itu, terdapat juga keadaan pengangguran secara sukarela iaitu satu keadaan di mana mereka ingin bekerja tetapi tidak memperoleh pekerjaan (RohayaYahya, 1985:152).
            Selain itu, di dalam penawaran tenaga buruh terdapat jumlah pekerjaan yang mewakili permintaan tenaga buruh, Walaupun jumlah pekerjaan sama dengan jumlah tenaga buruh yang ada, keadaan ini akan mewujudkan pengangguran kerana ada sesetengah pekerjaan tidak sesuai dengan tenaga buruh tersebut. Sehubungan dengan itu, pengusaha cuba sedaya upaya untuk menempatkan pekerja yang sesuai dengan kemahiran mereka. Dengan erti  kata lain, orang yang sedang mencari pekerjaan akan mencari pekerjaan yang baik dan sesuai dengan kehendak mereka. Di dalam jangka masa mereka mencari pekerjaan ia dipanggil sebagai pengangguran geseran. Pengangguran geseran berlaku disebabkan oleh buruh yang tidak bermobiliti  hal ini bermaksud buruh tidak ada kebolehan untuk membuat kerja lain atau tidak mampu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari peluang pekerjaan (RohayaYahya, 1985:152-153).
Dalam pembangunan ekonomi terdapat dua aspek penting yang perlu diambil kira iaitu guna tenaga dan kadar pengangguran. Sesebuah negara dikatakan mempunyai pertumbuhan ekonomi yang baik jika kadar pengangguran di negara tersebut mempunyai nilai yang rendah. Sekiranya pengangguran tinggi maka di negara tersebut mempunyai lebihan penawaran guna tenaga. Masalah pengangguran terus menjadi masalah utama ekonomi sekiranya nilainya terus meningkat kerana pengangguran akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Hal ini disebabkan, mereka tidak mempunyai pendapatan untuk membeli keperluan asas dan tidak mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. (NorhayatiBaharin, IshakYussof& Rahman Ismail, 2012:209-210).

NorhayatiBaharin, IshakYussof& Rahman Ismail, (2012). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengangguran di Malaysia. Jurnal Ekonomi. (1), 209-227.
RohayaYahya, (1985), Konsep Asas Ekonomi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Friday, 7 September 2018

TINJAUAN KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAMBAIAN WARGA EMAS DI MALAYSIA


TINJAUAN KAJIAN LEPAS MENGENAI PENGAMBAIAN WARGA EMAS DI MALAYSIA
Peningkatan populasi warga tua masa kini telah menyebabkan warga tua sering diabaikan oleh anak-anak mereka sendiri atau masyarakat. Warga tua memerlukan individu untuk menjaga mereka kerana sering menghadapi masalah kesihatan dan membuatkan mereka hilang keupayaan dari aspek fizikal. Pada masa yang sama mereka sering diabaikan. Hal ini dapat dilihat dalam kajian yang dilakukan oleh Noraini, Khadijah, Ponmusamy dan Zainah (2015) terhadap isu pengabaian dalam kalangan warga emas oleh anak-anak dewasa. Objektif utama kajian mereka ialah untuk memahami pengalaman warga emas yang diabaikan oleh anak dewasa dalam komuniti, meneroka faktor yang mendorong berlakunya pengabaian dan mengkaji peranan pekerja sosial bagi menangani masalah pengabaian dalam komuniti. Metodologi dalam kajian ini merangkumi rekabentuk kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual terhadap responden bagi memperoleh maklumat yang berkaitan dengan fenomena pengabaian warga emas dalam kalangan anak dewasa. Lokasi kajian dikenal pasti melalui kerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu melalui program ‘Home Help Services’. Persampelan dalam kajian iaitu pengkaji telah menemu bual seramai lima orang informan yang mempunyai kriteria pemilihan sampel yang sama dalam kajian iaitu warga emas yang berumur 60 tahun keatas, warga emas yang tinggal bersendirian dan warga emas yang mengalami pengabaian dari segi fizikal, emosi, serta kewangan dan material. Dalam proses pengurusan data, pengkaji telah mentranskripkan data dalam bentuk skrip temu bual dan diasingkan mengikut tema-tema yang telah ditentukan. Analisis termatik digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam tentang fenomena pengabaian yang berlaku dalam kalangan warga emas oleh anak dewasa. Hasil kajian yang diperolehi melalui kajian yang dijalankan iaitu faktor utama yang mendorong kepada berlakunya pengabaian warga emas oleh anak dewasa ialah kerenah warga emas yang membebankan anak dewasa, anak-anak mereka terlalu mementingkan kerjaya sehingga anak-anak mereka tinggal berjauhan daripada kediaman ibu bapa mereka.
            Seterusnya, menurut kajian yang dijalankan olehRosnah dan Habibie (2001) di mana kajian beliau membincangkan tentang persepsi wanita terhadap penjagaan warga tua dan cadangan untuk meningkatkan usaha menjaga golongan warga tua di dalam keluarga. Seramai 197 responden wanita telah di temu bual di daerah Tuaran, Sabah di tiga buah kampung iaitu kampung Serusup, kampung Pekan Nabalu dan kampung Lava-lava. Wanita dipilih secara rawak daripada kumpulan etnik Bajau, Kadazandusun dan Melayu kumpulan. Soalan Soal selidik terdiri daripada 10 item untuk menjaga orang tua. Keputusan menunjukkan bahawa 59.4% wanita memberi sokongan kewangan dan bahan kepada ibu bapa mereka. Perubatan rawatan dan ubat untuk warga tua yang sakit sangat diperlukan. Anak lelaki dan anak perempuan biasanya menjaga ibu bapa mereka yang sakit bersama-sama. Malahan mereka mempunyai pengalaman buruk dalam menjaga orang tua, sebagai contoh kelakuan yang mudah marah dan sensitif; tetapi 52.3% wanita sanggup menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya lima jam sehari untuk menjaga warga tua. Sekitar 87.3% wanita berkata mereka memperoleh bantuan daripada ahli keluarga dalam menjaga orang tua selain mendapat bantuan jiran-jiran dan kakitangan perubatan. Hasil kajian menunjukkan 85.8% wanita  tidak berniat untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Kira-kira 75.1% wanita berkata mereka melibatkan orang tua di dalam membuat keputusan dan 70.1% wanita merasakan bahawa hubungan keluarga menjadi berjauhan disebabkan oleh gaya hidup dan sibuk dengan kerjaya masing-masing. Cadangan untuk meningkatkan usaha penjagaan warga tua akan dilakukan masa hadapan.
Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Surina (2006), Antara faktor-faktor pengabaian warga emas di negara ini ialah keranakesibukan tugas harian terutamanya anak-anak di dalam mencari kesenangan hidup. Mereka lebih mementingkan kerjaya dan kemewahan hidup lebih daripada ibu bapa sendiri. Kedua,anak-anak merasakan satu bebanan jika sekiranya tumpuan yang lebih diberikan kepada ibu bapa mereka. Ketigakeluarga terdekat merasakan bukan menjadi tanggungjawab mereka menjaga warga emas. Keempat,disebabkan terlalu ghairah mengejar kemajuan tanpa mengambil kira warga emas yang sudah tidak berkeupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Sehubungan dengan itu, kajian yang dijalankan oleh Bidin dan Yusoff (2015), yang bertujuan mengkaji pengalaman orang tua di Malaysia yang telah mengalami penganiayaan di peringkat domestik. Kaedah  temu bual bersemuka secara mendalam dilakukan kepada 10 orang yang  berumur 60 tahun ke atas dan menetap di Rumah Seri Kenangan iaitu sebuah rumah penjagaan warga tua di PengkalanChepa, Kelantan. Setiap sesi temu bualmengambil masa dalam purata 15 hingga 30 minit dan dihentikan apabila maklumat mencapai tahap dikehendaki. Pemerhatian terhadap ciri-ciri fizikal orang tua telah dilakukan semasa temuduga itu. Penemuan menunjukkan bahawa majoriti orang tua telah mengalami satu atau lebih banyak penganiayaan. Bentuk penganiayaan yang dilaporkan adalah penganiayaan emosi dan penyalahgunaan kewangan. Individu yang melakukan perbuatan tersebut ialah anak-anak dewasa atau pasangan mereka. Melalui pemerhatian yang dilakukan, kajian ini mendapati bahawa mangsa mempunyai kecacatan fizikal dan penyakit kronik.
Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Wan Ibrahim dan Zainab (2010), membicarakan tentang perubahan struktur keluarga penduduk desa telah menyebabkan penduduk warga tua yang tinggal di kawasan desa secara bersendirian tanpa sokongan serta penjagaan daripada anak-anak mereka. Tujuan kajian dilakukan untuk meneroka dan menganalisis profil sosial serta demografi dan juga pola pengaturan tempat kediaman warga tua secara lebih terperinci di kawasan desa. Bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku dan kesinambungan corak kehidupan warga tua di lokasi kajian. Lokasi kajian terletak di daerah Limbongan yang berada di kawasan Pasir Puteh di negeri Kelantan oleh penyelidik.  Untuk mencapai objektif  kajian ini penyelidik telah berjaya memilih seramai 214 orang warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas dan merupakan warga tua berbangsa Melayu yang tinggal di kawasan daerah Limbongan. Pengumpulan data bagi kajian ini akan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.  Hasil kajian menunjukkan kebanyakan warga tua adalah kumpulan dalam masyarakat yang ketinggalan dari segi ekonomi akibat tahap pendidikan yang rendah.Selain itu, proses pembandaran yang pesat berlaku di mukim yang berdekatan dengan kawasan pusat bandar telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan yang baru kepada warga tua yang tinggal di kawasan daerah Limbongan. Ramai di antara mereka mula terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan dan buruh bergaji di kawasan mukim akibat daripada proses pembandaran yang pesat.Satu lagi aspek yang timbul daripada pembandaran ialah bertambahnya golongan warga tua yang hidup bersendirian.Secara keseluruhan warga tua masih menerima sokongan dan penjagaan daripada anak-anak dan mereka berpuas hati dengan sokongan yang mereka terima.
Di samping itu, berdasarkan kajian dibuat oleh Aishah dan Katiman (2012) berkenaan pengalaman subjektif tentang warga tua apabila mereka kerap merasa diri terpinggir, diabaikan, didera dan dilabel sebagai negatif oleh orang lain terutama golongan muda. Kajian ini mempunyai dua objektif utama, iaitu memahami pengalaman hidup warga tua dan menganalisis pengaruh pengalaman tersebut terhadap persepsi mereka tentang diri sendiri. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian kualitatif yang dilakukan dalam jangka masa setahun dari Jun 2009 ke Mei 2010 dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam kepada 20 orang informan yang terdiri daripada warga tua wanita seramai 17 orang dan tiga orang informan lelaki  yang berumur 65 tahun ke atas dan mempunyai pelbagai jenis penyakit dan gander. Informan dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan di tiga daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang. Setiap informan ditemu bual secara mendalam sebanyak tiga kali yang hasilnya dianalisis berasaskan tema yang ditetapkan seperti penderaan, beban, keterasingan, autonomi, sumber keseronokan, nilai dan emosi contohnya perasaan takut dan sepi. Hasil kajian menunjukkan bahawa warga tua mengalami masalah kehilangan autonomi warga tua tercabar sekiranya mereka tidak mampu mengurus diri mereka sendiri. Seterusnya, hasil kajian juga mendapati terdapat perubahan nilai dan sumber keseronokan lama, warga tua juga mengalami masalah keterasingan, sepi dan takut majoriti informan yang tinggal bersama anak mereka atau bersendirian menyatakan bahawa mereka terasa terasing, sepi serta takut. Selain itu, hasil kajian juga mendapati penderaan juga berlaku terhadap warga tua yang telah ditemu bual. Penderaan yang di maksudkan itu melibatkan perbuatan meninggalkan warga tua secara bersendirian. Seterusnya, kajian juga mendapati terdapat kesedaran keperluan rohani di kalangan warga tua. Terakhir hasil kajian yang diperolehi mendapati warga tua merasakan diri mereka menjadi beban sosial kepada anak-anak.
Menurut kajian yang dilakukan olehSaadia, Yasir danSharjeela (2012), kajian ini bersifat kualitatif untuk meneroka jenis penderaan terhadap warga tua di daerah Gujrat. Kajian bertujuan untuk menentukan ciri-cirisosio demografi warga tua dan jenis penderaan. Sampel yang digunakan dalam kajian dilakukan terhadap 13 responden lelaki dan wanita di mana usia mereka ialah 60 tahun dan ke atas. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur untuk mengumpul data. Sebuah panduan temu bual disediakan untuk temu bual separa struktur selepas mengkaji ulasan karya dan teori keganasan sedia ada. Analisis tema dilakukan berpandukan data yang susun dari temu bual. Tema utama yang dibangkitkan ialah penderaan psikologi dan kewangan. Bagaimanapun pengabaian dan penderaan fizikal turut wujud. Dapatan menunjukkan kebanyakan responden yang telah menghadapi satu jenis penderaan turut menghadapi jenis penderaan lain.
Kajian yang dijalankan oleh Conner (2010),  menyiasat dan jenis corak penderaan warga tua oleh penjaga berbayar dalam jangka masa panjang dan mengenal pasti peranan beberapa faktor risiko untuk  jenis penderaan. Dapatan berdasarkan pemerhatian secara rawak mudah pada tahun 2005 terhadap kenalan individu yang terlibat dalam penjagaan jangka panjang. Kajian tersebut mengumpul kadar kejadian dan kadar kejadian bersyarat bagi setiap enam jenis penderaan fizikal, penjagaan, emosi, kata-kata, pengabaian dan material. Dapatan dari kajian ini mendapati kalangan warga tua yang pernah mengalami penderaan sekurang-kurangnya satu jenis penderaan, lebih separuh (51.4%) pernah mengalami jenis penderaan yang lain masalah fungsi fizikal mengehadkan aktiviti seharian  dan masalah gelagat merupakan faktor yang penting bagi setiap tiga jenis penderaan dan pelbagai jenis penderaan.
Seterusnya, menurut kajian yang dilakukan oleh Wan Ibrahim (2006), yang melakukan analisis perubahan di dalam sesebuah institusi keluarga, khususnya tentang kewujudan ibu tunggal yang akan memberi implikasi terhadap masa depan warga tua di dalam masyarakat. Berasaskan sampel kajian terhadap 500 orang ibu tunggal di Kelantan, Terengganu dan Pahang, kajian ini mendapati majoriti besar ibu tunggal ini berada dalam golongan yang mempunyai sosioekonomi yang rendah dan mempunyai pelbagai masalah harian. Oleh itu, status wanita sesuai sebagai seorang penjaga utama kepada warga tua, ibu tunggal yang mempunyai pelbagai masalah di dalam masyarakat dijangka meninggalkan cabaran ke atas warga tua. Untuk memastikan tradisi wanita sebagai penjaga utama kepada warga tua tidak hilang, kajian ini berpendapat bahawa masyarakat yang menyayangi warga tua haruslah dipupuk.
            Sehubungan dengan itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Norizan, Wan ibrahim, Sulaiman dan Wan Salihin (2011), yang  melakukan kajian yang membincangkan berkenaan aktiviti ekonomi warga tua yang terpinggir dalam arus pembangunan pelancongan di Pulau Perhentian, Terengganu. Warga tua secara umumnya menjadi golongan yang terpinggir yang tetap meneruskan pekerjaan tradisi. Hasil kajian mendapati kegiatan ekonomi warga tua masih lagi tertumpu kepada aktiviti penangkapan ikan dan pelbagai pekerjaan tradisional yang lain, seperti menjual hasil tanaman dan mengusahakan gerai makanan.
Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Norliati dan Suriati(2016), yang mengkaji tentang perasaan kesunyian yang memberi kesan terhadap kesihatan warga tua di kawasan luar bandar di Pahang. Di mana warga tua sering berasa sedih akibat daripada hidup bersendirian kerana kematian suami atau isteri, tidak mempunyai anak, dan penghijrahan anak ke kawasan lain kerana perkahwinan, pekerjaan atau belajar. Kajian ini akan meneroka perasaan kesunyian yang dihadapi oleh penduduk warga tua dan bagaimanakah kesunyian tersebut menjejaskan kesihatan diri mereka di kawasan luar bandar di Jerantut, Pahang, Malaysia. Kajian ini juga meneroka tentang peranan anak-anak, jiran dan masyarakat luar bandar yang memainkan peranan untuk mengurangkan perasaan sedih dan sunyi di kalangan warga tua. Pengumpulan data dilakukan kepada penduduk warga tua yang berumur 60 tahun dan ke atas, yang tinggal secara bersendirian atau dengan pasangan di luar bandar Jerantut. Melalui hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa warga tua yang terpaksa hidup secara bersendirian akan sering mengalami perasaan kesunyian dan mengalami sindrom sarang kosong. Manakala warga tua lelaki yang tinggal secara bersendirian lebih cenderung untuk berasa kesunyianjika dibandingkan dengan warga tua perempuan. Selain itu, perkahwinan semula selepas pasangan meninggal dunia adalah lebih tinggi dalam kalangan warga tua lelaki berbanding warga tua perempuan yang sedikit di kawasan kajian. Di samping itu, jiran berperanan membantu warga tua menghadapi perasaan kesunyian, sekali gus dapat mengurangkan perasaan kemurungan serta kesedihan adalah sangat penting di kawasan luar bandar. Kajian ini juga telah menyumbang kepada pengetahuan berkenaan kebajikan penduduk warga tua yang tinggal secara bersendirian di kawasan luar bandar. Kasih sayang serta komunikasi terhadap anak-anak mereka, baik sama ada yang menetap dekat atau pun jauh dari segi geografi, serta fungsi jiran serta masyarakat di luar bandar, adalah sangat penting dalam membantu mengurangkan perasaan kesunyian serta kemurungan yang dihadapi dalam kalangan warga tua, Oleh itu, ia akan meningkatkan kesejahteraan warga tua dari aspek sosial dan psikologi bagi warga tua yang menetap di kawasan luar bandar.
Seterusnya, menurut kajian yang dilakukan oleh Jane,Nai dan Sor (2014), yang mengkaji tentang faktor yang mempengaruhi tahap kesunyian warga tua dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dengan menggunakan data pada tahun 2004. Berdasarkan kajian penduduk dan keluarga Malaysia, sampel kajian yang dipilih ialah etnik Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa yang berumur 60 tahun  ke atas dan mempunyai anak.Jadual bersilang dan teknik regresi digunakan dalam analisis kajian ini. Dalam kalangan kumpulan etnik, orang Melayu yang lebih cenderung berasa kesunyian berbanding etnik Cina dan India. Perasaan kesunyian adalah disebabkan oleh faktor umur, status, perkahwinan, tahap pendidikan dan batasan fizikal. Di kalangan warga tua, perasaan kesepian adalah disebabkan oleh perselisihan faham dengan anak-anak dewasa dan kurangpenyertaan dalam program keagamaan. Perubahan sosio demografi telah menghancurkan sistem sokongan keluarga tradisional terhadap warga tua. Sementara keselamatan sosial masih tidak mencukupi. Kajian ini menunjukkan peranan penting yang perlu dimainkan oleh keluarga dalam mengurangkan kesepian di kalangan warga tua.






RUJUKAN
Aishah, M. &Katiman, R.(2012). Warga tua Melayu di pinggir wilayah metropolitan,         Selangor:           Pengalaman dan persepsi tentang diri. Malaysian Journal of Society and         Space. 8(6), 1-14.

Bidin, A. &Yusoff, M.(2015). Experience of Domestic Abuse among Malaysian                                             Eldery. Journal Social Sciences & Humanities. 23, 107-118.

Conner, T.(2010). Elder Abuse in Long-Term Care: Types, Patterns, and Risk Factors                                  .SAGE Juornal .22, 5, 523-527.

Jane, K. L.T., Nai, P. T. &Sor, T. N. (2014). Family Support and Loneliness among Older Persons in             Multiethnic Malaysia. The Scientific World Journal. 10, 1-11.

Noraini, C. Sharif., Khadijah, A., Ponnusamy, S. &Zainah, Z.(2015). Pengalaman dan faktor                      pengabaian warga emas dalam komuniti. Journal of social          sciences and Humanities.                   10(1), 118-134.

Norizan, G., Wan Ibrahim, W. A., Sulaiman, Y. & Wan Salihin, W. A.(2011). Mereka yang                        Terpinggir: Aktiviti Ekonomi Warga Tua  dalam Arus Pembangunan Pelancongan di      Pulau             Perhentian. Jurnal Pembangunan Sosial. 14, 139-155.

Norliati, N. &Suriati, G. (2016). Loneliness And Its Impacts To The Health Of Elderly     In                      Rural Pahang. International Journal Of Environment, Society and Space, 4(1), 29- 37.

Rosnah, I. &Habibie, I. (2001). Persepsi Wanita Terhadap Penjagaan warga Tua.    jurnal                          pembangunan  sosial. 7, 55-73.

Saadia, D., Yasir, S. &Sharjeela. (2012). Exploratory Study Of The Nature Of Violence      Against           Elderly In District Gujrat, Pakistan. SAVAP International Journal. 2(3), 661-   669.

Surina, N. (2006). Keprihatinan yang luntur terhadap Warga Emas. Jurnal Intelek, 4(1), 95-                     105.

Wan Ibrahim, Wan. A. &Zainab, I. (2010). Mengenali Warga Tua Desa di Malaysia:Profil Sosial dan        Pengaturan Tempat Kediaman. Journal of Governance & Development. 6, 22-39.

Wan Ibrahim, W.A.(2006). Fenomena Ibu Tunggal dan Masa Depan Warga Tua Desa di   Malaysia.          Jurnal Pembangunan Sosial. 9, 85-108.







Wednesday, 5 September 2018

Analisis Kadar Duti Eksais dan Implikasinya di Republik Filipina


1.0 PENGENALAN
Cukai merupakan harta atau wang yang perlu dibayar oleh golongan rumah tangga serta firma kepada pihak kerajaan.Cukai adalah komponen paling utama kepada sumber pendapatan kerajaan.Merujuk kepada aliran sesuatu pusingan hasil pendapatan negara, cukai ialah bocoran, hal ini kerana, sekiranya sektor sesebuah rumah tangga dicukai maka pendapatan isi rumah tidak diterima oleh sesebuah firma kerana hasil tersebut tidak dibelanjakan.Untuk pihak firma, jika mereka dicukai, maka separuh daripada pendapatannya tidak dilaburkan serta mengurangkan pendapatan untuk faktor-faktor pengeluaran (Haslinda, 2012).
Terdapat pelbagai jenis cukai yang dikenakan oleh pihak kerajaan antaranya ialah cukai pendapatan iaitu cukai langsung yang dikenakan terhadap pendapatan individu. Terdapat juga cukai-cukai yang lain seperti cukai import dan eksport, cukai barang dan perkhidmatan, cukai eksais, cukai harta dan cukai keuntungan syarikat. Cukai yang dikenakan akan menjadi hasil kerajaan untuk melakukan pembangunan dan kebajikan sosial rakyat di sesebuah negara. Cukai yang dikenakan mempunyai kadar tertentu dan akan berubah dari masa ke masa.
Sehubungan dengan itu, tugasan ini akan memilih cukai eksais sebagai cukai yang akan dianalisis. Negara Filipina telah dipilih sebagai negara yang akan dikaji. Tugasan ini juga akan membincangkan tentang tujuan cukai eksais yang dikenakan terhadap barang-barang tertentu dan klasifikasi cukai. Seterusnya, tugasan ini akan melihat kesan cukai yang dikenakan kepada rakyat sama ada menjurus kepada aspek positif dan negatif. Terakhir, tugasan ini akan melihat kepada pencapaian umum yang telah dicapai oleh negara yang dikaji.
2.0 LATAR BELAKANG
Filipina merupakan sebuah negara yang makmur di Asia Tenggaraselepas Jepun pada tahun 1960an. Pada dekad tersebut, Filipina sebenarnya mempunyai potensi menjadi salah satu kekuatan utama ekonomi di Asia.

2.1  Geografi
Manila merupakan ibu Negara atau turut dikenali sebagai Queezon City.  Keluasan Filipina adalah sekitar 186.370,47 km2 dengan wilayah perairan seluas 1.830 km2. Filipina terletak di wilayah Asia Tenggara yang diapit laut Filipina dan LautCina Selatan dan disebelah timur bersempadan dengan Vietnam (Sugiharyanto, 2007). Keadaan geografi Filipina hamper keseluruhan dihampari kawasan pergunungan danpesisir yang landai dan sempit.Titik terendah negara ini terletak di laut Filipina pada kedalaman 0 m manakala titik tertinggi terletak di gunung Apo pada ketinggian 2.954 m.  Filipina terdiri daripada 7100 pulau yang terhampar dari utara keselatan dan timur ke barat. Antara pulau yang besar di negara ini adalah Pulau Luzon, Pulau Mindanao, Pulau  Mindoro, Pulau bohol, Pulau Palawan, dan Pulau Cebu.
Pada umumnya iklim di Filipina adalaht ropika iaitu sama dengan Malaysia. Namun begitu, kedudukan geografi Filipina yang bergunung-ganang dan menyebabkan negara ini sering dilandabencana alam. Ribut taufan antara bencana yang paling banyak melanda negara ini dengan kekerapan sebanyak lima keenam  kali setahun. Selain itu, bencana lain yang terpaksa dihadapi oleh Filipina adalah gempa bumi, gelongsoran tanah dan letusan gunung berapi. Suhu udara di Negara ini adalah pada anggaran 24-30 darjah celcius manakala taburan hujan turun antara 1.275 mm – 4.000 mm  setahun.

2.2 Demografi
Filipina berada pada rangking ke-12 dunia dengan jumlah penduduk seramai 100,981,437 penduduk pada tahun 2015. Dua per tiga daripada keseluruhan penduduk tinggal di Pulau Luzon dan Manila menjadikan jumlah tersebut berada pada turutan ke-11 dalam jumlah penduduk yang tinggal di kawasan metropolitan. Majoriti penduduk Filipina iaitu sebanyak 92 peratus menganut agama Kristian. Sebanyak 5.6 peratus daripada keseluruhan penduduk menganuti agama Islam  menjadikan Islam agama kedua terbesar yang dianuti di Negara ini. Kebanyakan Muslim Filipina tinggal di kawasan pulau iaitu Mindanao, Pahlawan dan Kepulauan Sulu atau wilayah  yang  lebih dikenali sebagai Wilayah Bangsamoro.
Orang-orang Filipina dikenali dengan nama Filipino yang berasal dari Taiwan dan bercampur dengan orang-orang Tiongkak Selatan, PolinesiadanSepanyol/Amerika. Orang Filipono terbahagi kepada 12 kelompok etnolinguistik dengan kumpulan yang terbesar adalah Tagalog, Cebuano, dan Ilocano. Penduduk asli Filipina adalah suku kaum Aeta, namun kaum ini sudah mengalami kemerosotan populasi sehinggatinggal sekitar 30 ribu orang pada tahun 2015. Bagi aspek pertuturan dan bahasa, Filipina mengamalkan Tagalog sebagai Bahasa Rasmi atauBahasa Kebangsaan selain Bahasa Inggeris.   

2.3 Sistem Kerajaan
Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan kesatuan (unitary),iaitu sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Hanya satu badan yang mempunyai kuasa memerintah iaitu di peringkat kerajaan pusat keseluruh daerah-daerah di seluruh negara.
Presiden Filipina merupakan ketua kerajaan, ketua Negara dan panglima besar bagi angkatan tentera.Presiden akan dipilih melalui undian popular pada setiap enam tahun dan bebas untuk melantik dan mengetuai kabinet sendiri. Kongres dwidewan Filipina terdiri daripada Dewan Perwakilan Filipina(House of Representatives) dan Senat (Senate) .Kongres dwi dewan merupakan Parlimen atautempat yang menggubal undang-undang yang terdiri dari dua dewan di mana setiap dewan mempunyai ahli dan cara pemilihannya yang tersendiri. Anggota dua dewan yang disebut tadi di pilih oleh pengundi. Sebanyak 24 senator yang akan mentadbir dan menjawat jawatan selama enamtahun di Senat manakala Dewan Perwakilan Filipina terdiri dari tidak lebih dari 250 anggota kongres selama 3 tahun. Kuasa kehakiman terletak di bawah Mahkamah Agung. Mahkamah Agung diketuai oleh KetuaMahkamahAgungdan 14 Hakim Agung dan semuanya dilantik oleh Presiden berdasarkan pencalonan Majlis Kehakiman dan Peguam.

2.4 Sistem Agihan Kuasa Cukai
Sistem agihan cukai di Filipina dikutipoleh Bureau of Internal Revenue (BIR) iaitu sebuah jabatan yang menguruskan hasilcukai kerajaan Filipina. Terdapat agensi-agensi dibawah  BIR yang telahditubuhkan bagi membantu jabatan ini memungut hasil cukai. Secara keseluruhan, cukai dikutip oleh kerajaan pusat. Antaranya ialah cukai tanah, cukai pendapatan individu, cukai pendapatan korporat, cukai eksais dan lain-lain.

Jadual 1: Senarai bidang kuasa cukai di Filipina
Senarai Cukai                                        Kerajaan Pusat                         Kerajaan Tempatan
Cukai Pendapatan Individu                              /
Cukai Korporat                                                /
Duti Eksais                                                      /
Cukai setem                                                     /
Cukai Derma (Donor’s Tax)                           /
Cukai Tanah (Estate Tax)                               /
CukaiPeratusan(Percentage Tax)                    /
Cukai Nilai Ditambah (Added Value Tax)      /
Sumber: Bureau of Internal Revenue (2017)

3.0 ANALISIS CUKAI
            Pada bab ini, ia akan melihat kepada definisi cukai eksais, tujuan cukai, klasifikasi cukai, kadar bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk yang dikenakan cukai eksais dan prinsip-prinsip cukai.

3.1 Definisi Cukai Eksais
Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan ke atas pengeluaran, penjualan atau penggunaan komoditi di sesebuah negara.Cukai eksais juga merupakan cukai yang dikenakan ke atas barang-barang tertentu yang diimport ke sesebuah negara atau di kilangkan di sesebuah negara.

3.1.1 Definisi Operasi
Tugasan ini akan membincangkan konsep cukai eksais dalam perspektif Negara Filipina. Antara cukai eksais yang dikenakan di negara Filipina ialah seperti Produk alkohol, rokok, produk tembakau, petroleum, produk mineral dan automobil serta kenderaan bermotor. Cukai eksais dikenakan kepada individu atau pengimport yang melakukan urus niaga jual beli barang di negara tersebut. Cukai ini dikenakan dalam nilai yang berbeza bagi setiap barang. Misalnya terdapat barangan yang dikenakan cukai secara khusus iaitu berdasarkan kuantiti barangan import. Terdapat juga barang yang dikenakan cukai secara  Ad Volorem iaitu berdasarkan harga barang import (Bureau of Internal Revenue, 2017).  

3.2 Tujuan Percukaian
            Tujuan cukai dikenakan adalah untuk meningkatkan pendapatan kerajaan.Pengutipan cukai dilakukan oleh kerajaan untuk menambah hasil kerajaan dan untuk digunakan menyediakan perkhidmatan sosial kepada masyarakat serta melakukan pembangunan di dalam sesebuah negara. Kerajaan mempunyai sasaran setiap tahun untuk memungut hasil cukai dan sasaran tersebut kebanyakkanya dapat dicapai contohnya kerajaan Filipina berjaya mencapai sasaran pengutipan cukai pada tahun 2015 iaitu sebanyak Philipines In Pesos (PHP) 158,319.21 Million dan sasaran kutipan yang ingin dicapai pada tahun tersebut ialah sebanyak PHP 140,438.00 Million (Bureau of Internal Revenue, 2017) . Sehubungan dengan itu, ini menunjukkan bahawa kerajaan mempunyai keberkesanan pentadbiran dalam memungut cukai di negara tersebut.Oleh itu, pungutan cukai adalah sangat penting bagi kerajaan sesebuah negara sebagai dana untuk
menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan dapat menjalankan projek-projek mega seperti pembinaan kereta api, jalan raya, jambatan yang menghubungkan kawasan Bandar dan pendalaman, landasan kapal terbang, Institusi pendidikan dan sebagainya.
            Seterusnya, cukai eksais dikenakan adalah bertujuan untuk mengubah gelagat pengguna. Cukai eksais yang dikenakan oleh pihak kerajaan meliputi barang-barang tertentu yang boleh membawa kesan negatif terhadap masyarakat secara amnya. Antara barangan yang dikenakan ialah produk alkohol, rokok, tembakau,petroleum dan sebagainya. Barang-barang ini jika tiada kawalan oleh pihak kerajaan akan member kesan buruk kepada masyarakat seperti penyakit akibat merokok manakala alkohol boleh menyebabkan kadar kemalangan meningkat akibat memandu ketika mabuk.Oleh itu, kerajaan wajib mengenakan cukai eksais bagi menambah pendapatan, menjaga kesihatan dan ketenteraman awam.

3.3 KLASIFIKASI CUKAI
Klasifikasi atau pengelasan cukai dibuat berdasarkan tiga kategori, iaitu teknik atau kaedah pembayaran cukai, asas cukai, dan struktur kadar cukai. Di Filipina, cukai dikategorikan kepada dua kategori asas, iaitu cukai kebangsaan dan cukai tempatan. Cukai eksais termasuk dalam cukai kebangsaan. Cukai kebangsaan dibayar kepada kerajaan melalui Bureau of Internal Revenue (BIR), di mana sistem percukaian National Internal Revenue Code 1997atau Republic Act No. 8424, atau dikenali sebagai Tax Reform Act 1997, seperti yang dipinda. Tariff import dan eksport yang dikenakan oleh Jabatan Kastam di bawah Republic Act No. 1937 atau dikenali sebagai  Tariff and Customs Code of the Philippines(seperti yang dipinda) juga boleh dianggap sebagai cukai kebangsaan.

3.3.1 Teknik Percukaian
Namun, dalam konteks teknik atau kaedah pembayaran cukai, cukai eksais di Filipina adalah sejenis cukai tidak langsung. Dalam menilai sama ada cukai tersebut cukai langsung atau tidak langsung, ianya harus dilihat sama ada bebanan cukai tersebut boleh dipindahkan kepada pihak lain ataupun tidak, iaitu dengan menilai insiden cukai. Dalam insiden cukai, terdapat insiden undang-undang dan insidenekonomi. Insiden undang-undang merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menyampaikan cukai kepada kerajaan manakala insiden ekonomi ialah pihak yang menanggung kesan atau kerugian akibat daripada sesuatu cukai. Bagi cukai eksais, bebanan cukai yang ditanggung oleh pengimport boleh dipindahkan kepada pihak ketiga dengan cara menaikkan harga jualan kepada pengguna. Jadi, apabila insiden ekonomi tidak sama dengan insiden undang-undang, cukai eksais dikategorikan sebagai cukai tidak langsung. Sebagai contoh, seorang pengguna membeli rokok dengan harga yang telah dikenakan cukai, pengguna tersebut tidak membayar secara langsung duti eksais tersebut kepada kastam.

3.3.2 Asas Percukaian
Asas cukai adalah item atau aktiviti ekonomi yang dinilai untuk menentukan nilai atau tanggungan cukai. Asas cukai bagi duti eksais adalah urusvniaga, iaitu penentuan cukai yang dikenakan dibuat berdasarkan urus niaga jual beli yang dijalankan. Duti eksais hanya dikenakan pada pihak yang melakukan urusniaga yang merentasi sempadan, nilainya ditentukan melalui pengkelasan dua jenis cukai iaitu cukai spesifik dan cukai ad valorem. Bagi cukai spesifik, jumlah cukai yang dikenakan adalah berdasarkan berat, kapasiti, isipadu atau mana-mana pengukuran unit fizikal yang lain. Nilai tanggungan cukai ad valorem pula ditentukan berdasarkan harga jualan atau nilai tertentu barang yang diimport dalam urusniaga yang berlaku.

3.3.3 Struktur Kadar Cukai
Struktur kadar cukai eksais yang dikenakan terhadap barang-barang import adalah tidak seragam, bergantung kepada jenis barang. Produk yang diimport diklasifikasikan mengikut kategori tertentu, iaitu produk alkohol (distilled spirits, wines, dan fermented liquors), produk tembakau (tembakau dan rokok), produk petroleum, produk automobile dan barang bukan keperluan, serta produk mineral.Struktur kadar cukai eksais bagi produk-produk ini melibatkan struktur proposional dan dan stuktur progresif sahaja. Secara amnya, tariff cukai yang ditentukan oleh kerajaan mengambilkira kesan produk-produk import tersebut terhadap kehidupan rakyatnya. Sekiranya dinilai secara tahunan (2013 hingga 2015), produk-produk yang mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan sepertialkohol dan tembakau, struktur cukainya akan menjadi progresif. Manakala untuk tempoh satu tahun, kebanyakan kadar cukai bagi produk yang dikenakan cukai eksais adalah bersifat proporsional, kecuali produk automobil yang kadarnya bersifat progresif.

3.4 TREND KADAR CUKAI EKSAIS
Dalam bahagian ini, tugasan ini akan menganalisis  trend bayaran cukai yang dikenakan oleh BIR terhadap barangan seperti minuman keras, arak, tembakau, rokok, curut, produk petroleum, mineral dan automobil serta kenderaan bermotor.

 3.4.1 Produk Minuman Keras
Salah satu produk yang dikenakan cukai eksais di Filipina ialah produk minuman keras. Terdapat dua jenis cukai yang dikenakan terhadap produk minuman keras iaitu secara Ad Valorem dan khusus.
Jadual 2: Bayaran Cukai Eksais Minuman Keras Tahun 2013-2017

Minuman keras                                     2014                     2015                      2017
Cukai Ad Valorem                                 15%                      20%                       20%
Berdasarkan harga
Runcit bersih dan
Tidak termasuk duti
Eksais dan cukai
Nilai tambah
Cukai Khusus-                                     PHP 20.00           PHP20.00                PHP 21.63
setiap liter  











   Sumber: Bureau of Internal Revenue (2017)

   PHP: Philippines in pesos 

Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan kadar cukai Ad Velorem dan khusus yang dikenakan terhadap produk minuman keras dari tahun 2014-2017. Bayaran cukai Ad Velorem pada tahun 2014 ialah sebanyak 15 peratus dan pada tahun 2015, kadar cukai telah meningkat kepada 20 peratus, peningkatan sebanyak 5 peratus dari tahun 2014. Pada tahun 2017, bayarannya masih kekal pada  20 peratus. Seterusnya, bagi bayaran cukai khusus untuk produk minuman keras dari tahun 2014 dan 2015 ialah sebanyak PHP 20.00. Pada tahun 2017, bayaran cukai ini telah meningkat kepada PHP 21.63 peningkatan sebanyak PHP 1.63 daripada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 2015.

3.4.2 Produk Arak Dan Minuman Keras
Cukai eksais juga dikenakan terhadap produk arak dan minuman keras di negara Filipina. Bayaran Cukai yang dikenakan terhadap barangan tersebut menunjukkan perubahan setiap tahun mengikut jenis Arak dan Minuman Keras.

Jadual 3: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Arak dan  Minuman Keras Tahun 2013-2015

Arak                                                    2013                      2014                          2015
Php 500.00 atau kurang                 PHP 250.00            PHP 260.00               PHP 270.40
Php 500.00 atau lebih                    PHP 700.00            PHP 728.00               PHP 757.12
Arak yang mengandungi                PHP 30.00              PHP 31.20                 PHP 32.45       4%  alcohol kebawah
Arak yang  mengandungi               PHP 60.00              PHP 62.40                 PHP 64.90           14% alcohol ke atas dan tidak                                                                                                      melebihi 25% alkohol
Minuman Keras
Php 50.60 ke bawah                       PHP 15.00              PHP 17.00                 PHP 19.00
Php 50.60 ke atas                           PHP 20.00               PHP 21.00                 PHP 22.00
Minuman keras yang                     PHP 28.00               PHP 29.12                  PHP 30.28         dibancuh dan dijual                                                                                                                     dikilang mikro atau syarikat                                                                                                        kecil seperti pub dan restoran
























  Sumber: Bureau of Internal Revenue (2017)

Berdasarkan jadual 3, menunjukkan bayaran cukai eksais terhadap produk Arak. Bagi produk Arak yang bernilai PHP 500.00 atau kurang, kadar cukai yang dikenakan terhadap produk tersebut meningkat setiap tahun. Pada tahun 2013, kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak Php 250.00 dan kadar ini telah meningkat kepada PHP 260.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 10.00. Pada tahun 2015,  kadar cukai ini telah meningkat kepada PHP 270.40 daripada PHP 260.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 10.40. Bagi produk arak yang berharga PHP 500.00 atau lebih pada tahun 2013 ialah PHP 700.00. Pada tahun 2014, bayaran ini telah meningkat kepada PHP 728.00, peningkatan sebanyak PHP 28.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai eksais terhadap produk tersebut telah meningkat kepada PHP 757.12, meningkat sebanyak PHP 29.12 daripada PHP 728.00 pada tahun 2014. Seterusnya, bagi produk Arak yang mengadungi 14 peratus alkohol dan ke bawah cukai yang dikenakan terhadap produk ini pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 30.00. Pada tahun 2014, ia telah meningkat kepada PHP 31.20, peningkatan sebanyak PHP 1.20 daripada tahun 2013. Pada tahun 2015, bayaran cukai terhadap Arak yang mengandungi 14 peratus alkohol ke bawah telah meningkat kepada PHP 32.45, peningkatan sebanyak PHP 1.25 daripada tahun 2014. Bagi produk Arak yang mengandungi 14 peratus alkohol ke atas dan tidak melebihi 25 peratus alkohol bayaran cukai eksais yang dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 60.00. Jumlah ini telah meningkat kepada PHP 62.40 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 2.40. Pada tahun 2015, bayarannya telah meningkat kepada PHP 64.90, meningkat sebanyak PHP 2.50 daripada tahun 2014.

Berdasarkan  jadual 3, menunjukkan bayaran cukai eksais yang dikenakan terhadap jenis-jenis minuman keras dari tahun 2013 hingga 2015. Bagi minuman keras yang berharga PHP 50.60 ke bawah, cukai yang dikenakan terhadap barangan tersebut pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 15.00 dan jumlah ini telah meningkat kepada PHP 17.00  pada tahun 2014, meningkat sebanyak PHP 2.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 19.00 daripada PHP 17.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 2.00. Seterusnya, bayaran cukai eksais bagi minuman keras yang berharga PHP 50.60 ke atas pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 20.00. Pada tahun 2014, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 21.00, kenaikan sebanyak Php 1.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 22.00, meningkat sebanyak PHP 1.00. Bagi minuman keras yang dibancuh dan dijual di kilang mikro atau syarikat kecil seperti pub dan restoran kadar cukai yang dikenakan pada tahun 2013 iaitu sebanyak PHP 28.00 dan nilai ini telah meningkat kepada PHP 29.12 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 1.12. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 30.28 daripada PHP 29.12 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 1.16.

3.4.3 Produk Tembakau
 Produk tembakau merupakan produk yang dikategorikan sebagai produk yang dikenakan cukai eksais. Cukai yang dikenakan terhadap produk tembakau adalah  berdasarkan setiap Kilogram.

    Jadual 4: Bayaran cukai eksais terhadap produk tembakau 2013-2015

ProdukTembakau,                     2013                        2014                           2015
(Setiap Kilogram)         

Tembakau yang dipintal         PHP 1.75                 PHP 1.82                PHP 1.89            dengan tangan atau                                                                                                        apa-apa cara lain selain                                                                                                     cara pegeringan dan                                                                                                     pengawetan

Tembakau yang                      PHP 1.75                  PHP 1.82                  PHP 1.89
Disediakan tanpa
Menggunakan mesin
Atau alat tanpa ditekan
Atau dipanaskan

Potongan, ketipan,                 PHP 1.75                   PHP 1.82                  PHP 1.89
Sapuan tembakau















     Sumber: diubahsuai daripada  Bureau of Internal Revenue (2017)

Berdasarkan Jadual 4, menunjukkan bayaran cukai eksais yang dikenakan terhadap produk tembakau bagi tahun 2013 hingga 2015. Bagi tembakau yang dipintal dengan tangan atau apa-apa cara lain selain cara pegeringan dan pengawetan kadar cukai yang dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 1.75. Pada tahun 2014, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 1.82, peningkatan sebanyak PHP 0.07. Pada tahun 2015, kadar cukai bagi produk tembakau ini telah meningkat kepada PHP 1.89 daripada PHP 1.82 pada tahun 2014, meningkat sebanyak PHP 0.07. Seterusnya, untuk produk tembakau yang disediakan tanpa menggunakan mesin atau alat tanpa ditekan atau dipanaskan bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 1.75. Pada tahun 2014, bayaran cukai ini telah meningkat kepada PHP 1.82, peningkatan sebanyak PHP 0.07. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 1.89 daripada PHP 1.82 pada tahun 2014, meningkat sebanyak PHP 0.07. Seterusnya, untuk produk potongan, ketipan, sapuan tembakau bayaran cukai yang dikenakan ialah sebanyak PHP 1.75 pada tahun 2013. Pada tahun 2014 bayaran cukai ini telah meningkat kepada PHP 1.82 meningkat sebanyak 0.07. Pada tahun 2015, bayran cukai ini telah menunjukkan peningkatan kepada PHP 1.89 daripada PHP 1.82 pada tahun 2014, meningkat sebanyak PHP 0.07.

3.4.4 Produk Curut
Produk curut merupakan salah satu produk yang dikenakan cukai eksais. Terdapat dua jenis bayara cukai yang dikenakan ke atas produk tersebut iaitu secara Ad Velorem dan khusus. Selain itu, bayaran cukai yang dikenakan berubah setiap tahun.

Jadual 5: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Curut Tahun 2012-2014
Curut                                      2012                        2013                        2014
Cukai Ad velorem,                 10%                          20%                         20%
Berdasarkan Harga runcit  
bersih (tidak termasuk                                                                                                   cukai eksais dan cukai 
nilai tambah)
Cukai Khusus, Setiap          PHP 5.00                PHP 5.20                  PHP 5.41
Satu curut                                     
Sumber: diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)
    
Berdasarkan  Jadual 5,  menunjukkan kadar cukai Ad Velorem bagi produk curut dari tahun 2012 hingga 2014. Pada tahun 2012, cukai yang dikenakan sebanyak 10 peratus. Pada tahun 2013 dan 2014 cukai yang dikenakan adalah sama iaitu sebanyak 20 peratus , peningkatan sebanyak 10 peratus daripada tahun 2012. Seterusnya, bagi bayaran  cukai khusus bagi produk curut tahun 2012 ialah sebanyak PHP 5.00. Pada tahun 2013, bayaran yang dikenakan telah meningkat kepada PHP 5.20, peningkatan sebanyak PHP 0.20 daripada tahun 2013. Pada tahun 2014, bayaran cukai yang telah meningkat kepada PHP 5.41, peningkatan sebanyak PHP 0.21 daripada tahun 2013.  

3.4.5 Produk Rokok
           Bayaran cukai eksais turut dikenakan terhadap produk rokok yang dikira berdasarkan setiap pek rokok yang dijual. Bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk rokok menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Jadual 6: Bayaran cukai eksais bagi produk rokok tahun  2013-2015
Rokok, setiap pek                     2013                       2014                         2015

Rokok yang dibungkus          PHP 12.00              PHP 15.00               PHP 18.00
Menggunakan tangan

Rokok yang dibungkus               -                               -                                  -
Menggunakan mesin
Bagi setiap pek :
PHP 11.50 dan                        PHP 12.00               PHP 17.00               PHP 21.00
Kebawah
PHP 11.50 dan                        PHP 25.00               PHP 27.00              PHP 28.00
keatas
Sumber: diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)

Berdasarkan kepada Jadual 6, menunjukkan bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk rokok. Bagi rokok yang dibungkus menggunakan tangan, bayaran cukai eksais yang dikenakan pada 2013 ialah sebanyak PHP 12.00. Pada tahun 2014, bayaran cukai yang dikenakan terhadap rokok yang dibungkus menggunakan tangan telah meningkat kepada PHP 15.00, peningkatan sebanyak PHP 3.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai masih menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak PHP 18.00 daripada PHP 15.00 pada tahun 2014, meningkat sebanyak PHP 3.00. Seterusnya, bagi produk rokok yang dibungkus menggunakan mesin bagi setiap pek yang berharga PHP 11.50 dan ke bawah bayaran cukai eksais yang dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 12.00. Pada tahun 2014, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 17.00 daripada PHP 12.00 pada tahun 2013, peningkatan sebanyak PHP 5.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai telah meningkat kepada PHP 21.00 daripada PHP 17.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 4.00. Seterusnya, bagi produk rokok yang dibungkus menggunakan mesin bagi setiap pek yang bernilai PHP 11.50 dan ke atas bayaran cukai eksais yang dikenakan pada tahun 2013 ialah sebanyak PHP 25.00. Pada tahun 2014, bayaran cukai eksais telah meningkat kepada PHP 27.00 daripada PHP 25.00, peningkatan sebanyak PHP 2.00. Pada tahun 2015, bayaran cukai terhadap produk rokok yang dibungkus menggunakan mesin bagi setiap pek yang bernilai PHP 11.50 dan ke atas telah meningkat kepada PHP 28.00 daripada PHP 27.00 pada tahun 2014, peningkatan sebanyak PHP 1.00.

3.4.6 Produk Petroleum
Produk petroleum merupakan salah satu produk yang dikenakan cukai eksais di negara Filipina. Bayaran cukai yang dikenakan adalah berdasarkan setiap liter dan kilogram produk petroleum yang dibeli. Terdapat produk petroleum yang tidak menunjukkan perubahan dari segi bayaran cukai untuk setiap tahun seperti Petroleum mempunyai plumbum dan tidak mempunyai plumbum, minyak pelincir dan gris serta Asfalt.

Jadual 7: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Petroleum Tahun 1990, 2012 Dan 2013
Petroleum (setiap liter)                                1990                     2012                     2013
Petro tanpa plumbum                               PHP 2.52             PHP 5.35              PHP 5.35
Petro mempunyai plumbum                     PHP 2.52             PHP 4.35              PHP 4.35
Diesel                                                       PHP 0.45              PHP 1.63             PHP 0.00
Minyak tanah                                           PHP 0.50              PHP 0.60              PHP 0.00
Minyak tanah yang                                  PHP 2.38              PHP 3.67              PHP 3.67
Digunakan oleh
Penerbangan
Minyak pelincir dan gris                         PHP 4.50               PHP 4.50              PHP 4.50
Naphtha                                                   PHP 2.28               PHP 4.80              PHP 4.35
Gas cecair petroleum                               PHP 0.05              PHP 0.05              PHP 0.00
Minyak bahan bakar                                PHP 0.00              PHP 0.30              PHP 0.00
Bunker
Wax dan petrolatum                                 PHP 4.50             PHP 3.50               PHP 3.50
(Sekilogram)
Asfalt (sekilogram)                                  PHP 0.56             PHP 0.56               PHP 0.56

Sumber: diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)

            Berdasarkan Jadual 7, menunjukkan bayaran cukai eksais terhadap produk petroleum. Bagi produk petro tanpa plumbum, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 adalah sebanyak PHP 2.52. Pada tahun 2012 dan 2013, bayaran cukai yang dikenakan ialah sebanyak PHP 5.35, peningkatan sebanyak PHP 2.83 daripada tahun 2012. Bagi produk petro yang mempunyai plumbum, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 2.52. Pada tahun 2012 dan 2013 bayaran cukai yang dikenakan ialah sebanyak PHP 4.35, peningkatan sebanyak PHP 1.83 daripada tahun 1990. Bayaran cukai bagi produk diesel pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 0.45. Jumlah ini telah meningkat kepada PHP 1.63 pada tahun 2012, peningkatan sebanyak PHP 1.18. Pada tahun 2013, tiada sebarang bayaran yang dikenakan terhadap produk diesel. Bayaran cukai bagi minyak tanah pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 0.50. Pada tahun 2012, bayaran cukai tersebut telah meningkat kepada PHP 0.60, peningkatan sebanyak PHP 0.10. Pada tahun 2013, tiada sebarang cukai terhadap produk diesel. Bayaran cukai bagi minyak tanah yang digunakan untuk tujuan penerbangan pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 2.38. Pada tahun 2012 dan 2013, bayaran cukai terhadap produk tersebut telah meningkat kepada PHP 3.67, peningkatan sebanyak PHP 1.29 daripada tahun 1990. Seterusnya, bagi produk minyak pelincir dan gris pada tahun 1990, 2012 dan 2013 bayaran cukai yang dikenakan ialah sebanyak PHP 4.50 dan bayaran ini tidak berubah sepanjang tahun. Bagi produk naphtha bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 2.28. Pada tahun 2012, bayaran cukai tersebut telah meningkat kepada PHP 4.80, peningkatan sebanyak PHP 2.52 daripada tahun 1990. Pada tahun 2013, bayaran cukai terhadap produk naphtha telah menurun kepada PHP 4.35, penurunan sebanyak PHP 0.45 daripada PHP 4.80 pada tahun 2012. Seterusnya, bagi produk gas cecair petroleum bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 dan 2012 ialah sebanyak PHP 0.05. Pada tahun 2013, bayaran cukai tersebut telah menurun kepada PHP 0.00 bermaksud tiada bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk gas cecair petroleum. Bagi produk minyak bahan bakar bunker, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 dan 2012 ialah sebanyak PHP 0.30. Pada tahun 2013, tiada bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk tersebut iaitu PHP 0.00. Seterusnya, bagi produk Wax dan Petrolatum bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990 ialah sebanyak PHP 4.50 sekilogram. Pada tahun 2012 dan 2013 jumlah bayaran cukai tersebut telah menurun kepada PHP 3.50, penurunan sebanyak PHP 1.00. Terakhir, bagi produk asfalt, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 1990, 2012 dan 2013 ialah sebanyak PHP 0.56 untuk sekilogram dan jumlah bayaran cukai ke atas produk ini tidak menunjukkan sebarang perubahan sepanjang tahun.

3.4.7 Produk Mineral
Produk mineral merupakan produk yang turut dikenakan bayaran cukai eksais. Antara produk tersebut ialah arang batu dan kok, semua jenis produk mineral, mineral bukan logam dan sumber kuari, gas asli dan gas cecair, serta petroleum asli.

        Jadual 8: Bayaran Cukai Eksais Bagi Produk Mineral Tahun 2013-2015

JenisProduk                               2012                 2013                    2014
Arang batu dan kok               PHP 10.00          PHP 10.00         PHP 10.00
(setiap tan metrik)            
Semua produk mineral                1.5%                    2%                      2%
, mineral bukan logam
dan sumber kuari                                                                                                                                             
Gas asli dan gas cecair         PHP 0.05            PHP 0.00            PHP 0.00
Petroleum asli                           2%                       3%                      3%
             Sumber: diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)

Berdasarkan Jadual 8, menunjukkan bayaran cukai eksais bagi produk meineral dari tahun 2012 hingga 2014. Bagi produk Arang batu dan kok, pada tahun 2012, 2013 dan 2014, jumlah bayaran cukai tersebut adalah tetap iaitu sebanyak PHP 10.00. Seterusnya, bagi semua produk mineral, mineral bukan logam dan sumber kuari bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2012 ialah sebanyak 1.5 peratus. Pada tahun 2013 dan 2014, bayaran cukai yang dikenakan telah meningkat kepada 2 peratus. peningkatan sebanyak 0.5 peratus daripada tahun 2012. Bagi semua produk Gas asli dan gas cecair, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2012 ialah sebanyak PHP 0.05. Pada tahun 2013 dan 2014, jumlah bayaran cukai tersebut telah menurun kepada PHP 0.00, ini bermaksud tiada bayaran cukai yang dikenakan terhadap produk tersebut untuk yang seterusnya. Terakhir, untuk produk petroleum asli, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2012 ialah sebanyak 2 peratus . Pada tahun 2013 dan 2014, bayaran cukai tersebut telah meningkat kepada 3 peratus , peningkatan sebanyak 1 peratus  daripada tahun 2012.

3.4.8 Produk Automobil Dan Kenderaan Bermotor
Produk automobil dan juga kenderaan bermotor adalah salah satu produk yang dikenakan bayaran cukai eksais di negara Filipina. Bayaran cukai dikenakan adalah berdasarkan kepada harga kenderaan tersebut. 
Jadual 9: Bayaran Cukai Eksais Yang Dikenakan Terhadap Produk Automobil Dan Kenderaan Bermotor 2002, 2003 Dan 2018

Bermula                        Sehingga                  2002                   2003                    2018
0 PHP                            600,000                     15%                    2%                       4%
PHP 600,001               PHP 1,100,000            35%                   20%                     40%
PHP 1,100,001            PHP 2,100,000           50%                   40%                     100%
PHP 2,100,001                 lebih                      100%                  60%                     200%
Sumber: diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue  (2017)


                 Berdasarkan Jadual 9, menunjukkan bayaran cukai eksais yang dikenakan terhadap produk automobil dan kenderaan bermotor pada tahun 2002, 2003 dan 2018. Bagi kenderaan yang berharga PHP 0 hingga PHP 600,000, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2002 ialah sebanyak 15 peratus . Pada tahun 2003, jumlah bayaran cukai tersebut telah menurun kepada 2 peratus, penurunan sebanyak 13 peratus  daripada tahun 2002. Pada tahun 2018, bayaran cukai telah meningkat kepada 4 peratus, peningkatan sebanyak 2 peratus . Seterusnya, bagi kenderaan yang berharga PHP 600,001 hingga PHP 1,100,000, jumlah bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2012 ialah sebanyak 35 peratus . Pada tahun 2003, jumlah bayaran cukai tersebut telah menurun kepada 20 peratus, penurunan sebanyak 15 peratus . Pada tahun 2018, jumlah bayaran cukai tersebut meningkat kepada 40 peratus, peningkatan sebanyak 20 peratus . Bagi bayaran cukai untuk harga yang bermula daripada PHP 1,100,001 hingga PHP 2,100,000, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2002 sebanyak 50 peratus . Pada tahun 2003, jumlah bayaran cukai tersebut telah menurun kepada 40 peratus, penurunan sebanyak 10 peratus .  Pada tahun 2018, jumlah bayaran cukai tersebut telah meningkat kepada 100 peratus , peningkatan sebanyak 60 peratus daripada tahun 2003. Seterusnya, untuk kenderaan yang berharga PHP 2,100,001 dan lebih, bayaran cukai yang dikenakan pada tahun 2002 ialah sebanyak 100 peratus. Pada tahun 2003, jumlah bayaran cukai tersebut telah menurun kepada 60 peratus , penurunan sebanyak 40 peratus . Pada tahun 2018, bayaran cukai tersebut telah meningkat  kepada  200 peratus, peningkatan sebanyak 140 peratus daripada tahun 2003.

3.5 PRINSIP PERCUKAIAN
Sistem cukai yang baik dinilai berdasarkan beberapa prinsip asas percukaian. Sesebuah sistem cukai yang dikatakan berkesan apabila ianya memenuhi beberapa prinsip asas, seperti keupayaan menjana hasil, ekuiti, kecekapan ekonomi dan keberkesanan pentadbiran. Cukai eksais memenuhi prinsip ekuiti, ianya dilihat dari dua pendekatan iaitu teori faedah dan teori keupayaan membayar. Bagi kedua-dua teori ini, cukai eksais menggunakan kaedah ekuiti menegak di mana beban cukai yang dibayar berbeza antara individu.
Bagi teori faedah, jumlah cukai yang dibayar oleh pengguna akan bertambah sekiranya faedah yang diperoleh daripada barang yang dikenakan duti eksais bertambah. Contohnya, perokok tegar akan membayar lebih banyak cukai sekiranya mereka membeli lebih banyak rokok. Cukai yang dibayar dianggap sebagai kos terhadap faedah yang diterima daripada penggunaan produk yang dibeli. Bagi teori keupayaan membayar pula, individu yang mempunyai pendapatan dan kekayaan yang lebih tinggi mempunyai keupayaan membayar cukai yang tinggi. Sebagai contoh, seorang ahli perniagaan di Filipina membeli kereta Ferrari yang di import meskipun dikenakan duti eksais yang tinggi kerana beliau mempunyai kemampuan membayar yang tinggi.
            Pelaksanaan sesuatu sistem percukaian dikatakan cekap dan berkesan apabila ianya memcapai keberkesanan kos pentadbiran, iaitu kos pentadbiran untuk pelaksanan cukai lebih kecil berbanding jumlah kutipan cukai yang dapat dicapai. Sebagai contoh, di Filipina, Laporan Tahunan Bureau of Internal Revenue bagi tahun 2015 melaporkan kos operasi untuk pelaksanaan keseluruhan cukai bagi tahun tersebut adalah sebanyak 6.917 Billion Peso, manakala jumlah kutipan cukai eksais mencecah 158.32 Billion Peso. Kos operasi pentadbiran lebih kecil berbanding hasil kutipan cukai, bermaksud sistem pentadbiran cukai mencapai prinsip keberkesanan pentadbiran apabila kos sentiasa lebih kecil berbanding hasil.

4.0 ANALISIS IMPLIKASI DUTI EKSAIS
Cukai adalah merupakan suatu cara pihak kerajaan mengumpul hasil daripada individu, syarikat atau  badan  lain  untuk membiayai perbelanjaan negara seperti pembangunan sosio-ekonomi. Sistem kutipan cukai berbeza mengikut negara dan budaya serta berubah dari  masa kesemasa mengikut perubahan tahun.

 4.1 Masyarakat
Cukai eksais dikenakan kepada masyarkat untuk menyekat penggunaan barangan oleh sesetengah golongan masyarakat kerana barangan tersebut boleh menjejaskan kesihatan seperti rokok dan minuman keras.

4.1.1 Produk tembakau & rokok
Cukai eksais yang dikutip dari produk berbahaya seperti tembakau dan curut melonjak 20 peratus  pada tahun 2013 hingga 2015, berikutan pelaksanaan kadar cukai yang lebih tinggi pada 2015. Data daripada BIR menunjukkan bahawa kutipan cukai eksais daripada produk tembakau pada tahun 2013 sebanyak PHP 1.75 meningkat ke PHP 1.82 tahun 2014 dan meningkat  ke PHP 1.89 tahun 2015. Cukai eksais daripada produk  rokok juga turut meningkat dari tahun 2013 hingga 2015. Peningkatan cukai ini menambahkan belanjawan kerajaan. Selain itu, kadar cukai yang lebih tinggi diperkenalkan untuk mengurangkan penggunaan  produk berbahaya dan mempromosikan  kesihatan yang lebih baik kepada masyarakat di Filipina.
Filipina adalah salah  satu daripada pengguna tembakau  terbesar di Filipina itu sendiri iaitu di Wilayah Pasifik Barat dengan  lebih daripada 19 juta perokok. Oleh sebab itu, harga rokok di Filipina adalah antara yang paling rendah di dunia.Hampir 30 peratus orang Filipina menggunakan beberapa jenis produk tembakau. 47.7 peratus adalah pengguna lelaki manakala 9 peratus adalah pengguna wanita. Selain itu, Penggunaan tembakau dalam  kalangan belia memberikan masalah besar di Filipina kerana hampir 23 peratus daripada umur 13 hingga15 tahun menggunakan produk tembakau. Kadar penggunaan  tembakau yang tinggi menyumbang kepada bilangan kematian awal iaitu kira-kira 87,600 orang setiap tahun bersamaan  240 orang setiap hari dan kos penjagaan kesihatan yang tinggi. Oleh itu, harga tembakau yang lebih tinggi tidak menggalakkan belia untuk mula rokok dan menggalakkan perokok sedia ada untuk berhenti.

4.1.2 Produk Alkohol
Bayaran cukai eksais bagi produk alkohol jenis minuman keras adalah kekal 20 peratus dari tahun 2013 hingga 2015. Manakala, produk alkohol jenis arak  meningkat dari tahun 2013 hingga 2015. Peningkatan cukai ini menambahkan belanjawan kerajaan. Selain itu, peningkatan kadar bayaran cukai ini mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan kesihatan dalam kalangan penduduk di Filipina. Hal ini kerana, pengguna kurang membeli produk alkohol. Menurut Pia Ranada (2016), jumlah jenayah yang dilaporkan adalah semakin meningkat. Sebagai contoh pada tahun 2015, menurut Polis Negara Filipina (PNP) bilangan jenayah yang dilaporkan  meningkat sebanyak 46 peratus dalam tempoh 5 bulan pertama berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Trend yang sama diperhatikan  pada tahun 2014. Menjelang akhir 5 bulan pertama tahun  itu, insiden jenayah  meningkat sebanyak 18 peratus berbanding tahun 2013. Bagi 2014, jumlah jenayah  yang dilaporkan adalah 1.2 juta, meningkat daripada 1 juta pada tahun 2013. Pada tahun  2012, hanya 218,000 jenayah dilaporkan.

Jadual 10: Indeks jenayah pada tahun 2012-2015
Maklumat                                     2012                                    2013                             2014
Laporan Kes Jenayah                 217,812                             1,033,833                      1,161,188
Indeks Jenayah                          129,161                              457,944                           492,772
Kadar Jenayah                             226                                    1053                                 1,004
Sumber: diubahsuai dari Philippine Statistics Authority, (2015)

4.1.3 Bahan Petroleum
Kadar  kenaikan cukai eksais akan  menjadi beban kepada setiap pengguna dan isi rumah di Filipina. Contohnya, Pengangkutan awam  menggunakan diesel. Oleh kerana cukai ke atas diesel yang tinggi akan menyebabkan tambang pengangkutan awam tersebut menjadi lebih tinggi dan peningkatan kos terhadap kenderaan yang mengangkut barang, akan  menyebabkan harga jualan barang tersebut juga akan naik. Selain itu, setiap isi rumah akan  menggunakan gas masak atau minyak tanah untuk kegunaan harian. Apabila cukai terhadap gas masak naik, harga jualannya turut akan naik.
Selain itu, peningkatan kadar cukai ke atas petroleum  menyebabkan kenaikan harga petroleum, seterusnya menyebabkan pengurangan pencemaran udara dan kesesakan di jalan raya. Walaupun kadar bayaran kenaikan cukai terhadap petroleum tinggi, ekonomi Filipina akan terus meningkat.

4.1.4 Automobil dan Kenderaan Bermotor
Kesan terhadap automobil akibat daripada kenaikan kadar cukai eksais ialah harga kereta akan menjadi sangat mahal, dan syarikat-syarikat kereta perlu menyusun semula belanjawan mereka dan kemungkinan akan berlakunya penurunan pembelian kereta.
            Bagi pembeli perlu mendapatkan wang untuk membeli kereta baru, kereta lama mesti dijual terlebih dulu.Kerana kereta baru akan  lebih mahal tahun depan, kereta terpakai mungkin akan memberi harga yang lebih baik juga, terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli kereta baru lagi. Beberapa impak yang akan diberikan kepada penjualan kereta iaitu contohnya,sebuah kereta berhargaPHP 600,000. Sekiranya kerajaan menambah cukai eksais yang dicadangkan, kenaikan  tersebut  adalah  kira-kira PHP 60,000 hingga P80,000. Jadi,pembeli yang mempunyai anggaran P600,000  akan  membuat pilihan untuk membeli kereta terpakai.
Selain itu, Cukai eksais terikat untuk menaikkan harga kereta. Jika harga kereta menjadi lebih mahal, pelanggan  yang  memerlukan kereta akan memilih model yang mereka mampu, atau model yang  mahal tetapi mendapat pinjaman daripada bank. Oleh kerana cukai yang dikenakan terhadap kereta, bank-bank yang menyediakan pinjaman untuk memudahkan pembeli membeli kereta telah  meningkat.

4.1.5  Bahan  Mineral
Filipina merupakan Negara kelima paling kaya mineral di dunia. Kira-kira 30 juta hektar kawasan tanah di Negara ini dianggap sebagai kawasan yang mungkin ada untuk mineral metalik. Aktiviti perlombongan untuk mendapatkan sumber mineral mempunyai kesan dalam merosakkan sumber semulajadi, seperti pemusnahan habitat semula jadi spesies haiwan yang berlainan. Pembuangan bahan kimia dalam perlombongan juga boleh mencemarkan kawasan yang berhampiran tapak perlombongan tersebut. Aktiviti perlombongan  juga member kesan kepada penduduk di Filipina yang akan kehilangan aktiviti pertanian dan sumber rezeki mereka akibat daripada.

4.2 Kerajaan
Kerajaan mengutip beberapa jenis cukai, antaranya, personal income taxes, value-added tax, estate and donor’s tax, other percentage taxes, excise taxes, and documentary stamp taxes. Pungutan ini dikutip ke atas semua jenis cukai pendapatan, kecuali apabila dikecualikan oleh BIR
Cukai termasuk semua perbelanjaan kerajaan, seperti menjalankan agensi-agensi yang membolehkan kita untuk mengunakan keperluan asas dan perkhidmatan awam. Apabila hasil cukai yang dipungut rendah dan kerajaan membataskan bajetnya untuk perkhidmatan yang disediakan.
Berdasarkan  rajah 10 , secara keseluruhannya duti eksais di Filipina member sumbangan sebanyak 5 peratus pada tahun 2015 daripada sumber hasil yang kerajaan pusat perolehi.


4.3 Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi telah ditakrifkan sebagai peningkatan berterusan keupayaan produktif negara. Pertumbuhan ekonomi di Filipina mencatatkan pertumbuhan ekonomi terbaik di Asia. Cukai di anggap sebagai bocoran dari aliran pusingan pendapatan negara kerana keuntungan firma akan di kurangkan selepas dikenakan cukai keuntungan syarikat.
Sebagai contoh, kadar cukai tinggi yang dikenakan ke atas muniman keras misalnya akan menjejaskan rantaian syarikat kerana syarikat sekarang akan kurang memproseskan akohol, permintaan untuk minuman keras  rakan berkurang dan pekerjaan akhirnya akan kehilangan pekerjaan dan realiti yang paling menyedihkan ialah syarikat asing  yang mencari untuk melabur dalam industry akohol akan menjauhkan diri merekadari melabur di syarika tersebut.
Jika, kadar cukai eksais yang dikenakan terhadapsesuatu barangan adalah rendah, maka pelabur asing akan berminat untuk melabur di Negara tersebut dan pendapat negara tersebut juga akan meningkat.

5.0 KUTIPAN CUKAI BAGI PRODUK ALKOHOL, PETROLEUM, TEMBAKAU DAN LAIN-LAIN
Antara cukai eksais yang dikenakan ialah alkohol, tembakau, petroleum, alkohol. Berdasarkan rajah 11, kutipan ini menurun daripada 1.7 peratus daripada KDNK pada tahun 2001 kepada 0.9 peratus daripada KDNK pada tahun 2012. Keputusan ini adalah berdasarkan kekurangan indeks inflasi seperti alkahol dan tembakau semasa separuh pertama tahun 2000 dan untuk produk petroleum sejak tahun 1998. Selain itu, sebagai sebahagian daripada mitigasi, langkah-langkah untuk pakej penggerak pendapatan 2006 kadar cukai untuk produk petroleum telah dikurangkan (dengan kadar cukai untuk diesel dan minyak tanah dikurangkan kepada sifar). Akibatnya, kutipan cukai eksais untuk petroleum merosot daripada 0.6 peratus daripada KDNK  pada tahun  2001 kepada 0.1 peratus pada tahun 2012.
Pembaharuan cukai "dosa", iaitual kohol dan tembakau, telah diluluskan oleh kongres di Filipina akhir tahun 2012 dan berkuatkuasa pada tahun  2013. Pembaharuan menaikkan kadar cukai untuk produk dan kehendak ini menjana pendapatan baru sebanyak 0.3 peratusdaripada KDNK. Lebih-lebih lagi, ia memperkenalkan peningkatan tahunan automatif daripada 4 peratu suntuk kadar cukai tertentu untuk mengikuti inflasi, dan penyatuan secara beransur-ansurdalam produk pelbagai kategori hargauntuk bir, sulingan dan rokok, sejajar dengan cadangan bantuan teknikal IMF.
Rajah 11 : Hasil kutipan cukai eksais Filipina 2001-2012                                                       Sumber: diubahsuai daripada Bureau of Internal Revenue (2017)

6.0 PENCAPAIAN NEGARA FILIPINA
               Tiada produk tembakau  yang dihasilkan di Filipina dan yang dihasilkan untuk eksport hendaklah dikeluarkan dari tempat pembuatannya atau dieksport tanpa menghantar bon eksport bersamaan dengan jumlah cukai eksais yang perlu dibayar jika dijual dalam negara. Walau bagaimanapun, produk tembakau untuk dieksport boleh dipindahkan dari tempat pembuatan ke kemudahan terikat, apabila memunggah bon pemindahan, sebelum mengeksport. Produk tembakau  yang diimport ke Filipina dan negara asing tidak akan dibenarkan masuk tanpa melampirkan bon yang bersamaandengan jumlah cukai kastam, cukai eksais dan nilai tambah yang kena dibayar jika dijual di dalam negara. Pengilang dan pengimport produk tembakau hendaklah, dalam tempoh 30 hari dan dalam tempoh lima hari setiap bulan selepas itu, mengemukakan kepada Pesuruhjaya suatu pernyataan bersumpah mengenai jumlah jualan bagi setiap sesuatu jenama produk tembakau yang dijual untuk tempoh tigabulan sebelum ini.

7.0 KESIMPULAN
            Secara kesimpulanya, cukai eksais yang dikenakan oleh kerajaan Filipina berubah setiap tahun dan terdapat sesentengah barang tidak menunjukkan perubahan dari segi kadar cukai. Cukai eksais yang dikenakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan negara dan mengubah gelagat pengguna misalnya untuk mengurangkan ketagih rokok dan arak di kalangan rakyat di negara tersebut. Sehubungan dengan itu, cukai eksais yang dikenakan akan meningkat saban tahun supaya barangan seperti arak dan rokok mengalami kenaikan harga sekaligus dapat mengurangkan kadar penghisap rokok dan peminum arak. Selain itu, hasil cukai eksais yang dikenakan cukai telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk melakukan pembangunan sosioekonomi rakyat di negara tersebut.