Thursday, 22 November 2018

MAKSUD KEISTIMEWAAN MELAYU


MAKSUD  KEISTIMEWAAN MELAYU’

Keistimewaan Melayu telah termaktub di dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153 menjelaskan bahawa Yang di Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Tanggngjawab ini mestilah dijalankan atas nasihat jemaah menteri.

Keistimewaan yang dimaksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan ialah:
Tempat untuk perkhidmatan awam. Yang DiPertuan Agong yang bertindak atas nasihat Jemaah Menteri berhak menentukan kadar bilangan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk orang Melayu dan bumiputera.
Pelajaran. Yang DiPertuan Agong berhak menentukan pemberian biasiswa, keistimewaan pelajaran, latihan dan kemudahan khas untuk orang Melayu dan bumiputera.
Ekonomi. Meluluskan lesen dan memberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan. Keistimewaan ini turut merangkumi Perkara 89 dan 90 berkaitan dengan tanah perizaban melayu.
Di peringkat negeri, kerajaan negeri mempunyai hak untuk membuat peruntukan keistimewaan melayu di dalam perlembagaan negeri. Peruntukan keistimewaan melayu ini juga tidak boleh dipertikaikan. Jika sesiapa yang berbuat demikian boleh di dakwa di bawah Akta Hasutan.

‘DEFINISI ORANG MELAYU’
Menurut Perlambagaan Persekutuan perkara 160, Melayu ditakrifkan sebagai seseorang yang menganuti agama islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Lahir sebelum hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura atau Ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka atau ia keturunan dari seseorang yang disebut.

‘DEFINISI BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK’
Bagi negeri Sarawak, seorang warganegara dan ianya adalah seorang dari mana-mana satu kaum yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai kaum asli negeri itu atau ianya seorang yang berketurunan campuran yang berasal hanya daripada kaum-kaum tersebut.
Bagi negeri Sabah, seseorang warganegara dan ianya adalah anak atau cucu kepada seseorang dari suatu kaum asli di Sabah dan telah lahir di Sabah .

No comments:

Post a Comment