PENGENALAN
Kemiskinan merupakan situasi serba
kekurangan dalam kehidupan yang terjadi bukan atas kehendak dan kerelaan setiap
isi rumah miskin. Kemiskinan berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor
seperti kekurangan pendapatan untuk membeli keperluan asas, tingkat taraf
pendidikan yang rendah, tidak memiliki harta benda sebagai hak milik peribadi,
tidak sihat tubuh badan, kekurangan makanan dan pakaian, tiada tempat tinggal
yang selesa dan tiada pekerjaan yang dapat menjamin kelangsungan hidup dan tidak
mempunyai pendapatan tetap pada setiap bulanan. Kesemua keadaan ini akan
menyebabkan isi rumah tiada daya upaya untuk keluar daripada lingkaran
kemiskinan yang dilalui oleh mereka. Jika tiada sebarang bantuan dan sokongan
daripada pihak yang berkuasa untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan
makapermasalahan kemiskinan ini akan menjadi punca kepada masalah kestabilan
ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara. Hal ini kerana beberapa insiden
seperti mati kelaparan, kekurangan makanan, penyakit dan kekurangan pendidikan
dalam kalangan orang ramai boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah
jenayah untuk menikmati hidup dalam kemewahan insiden ini berlaku adalah
disebabkan mereka menghadapi terkenan hidup untuk menyara ahli keluarga dalam
bilangan yang ramai. Oleh itu, jalan paling mudah ialah melakukan jenayah
seperti merompak, rasuah, mencuri dan sebagainya sebagai sumber pendapatan mereka. Selain itu,
kemiskinan juga boleh dijadikan senjata yang mampu memusnahkan manusia dan
negara. Dengan mengambil contoh dalam percaturan politik dunia, ekonomi sering
dijadikan senjata utama bagi meruntuhkan sesebuah kerajaan yang memerintah
dengan mengenakan beberapa sekatan ekonomi dan krisis mata wang terhadap
beberapa buah negara (NorzitaJamil&HadijahChe Mat,2014:167).
Selain itu, kemiskinan merupakan konsep
yang rumit dan boleh dilihat daripada pelbagai dimensi seperti gender, umur,
budaya, ekonomi, sosial, psikologi dan sebagainya. Sebagaimana yang telah
dinyatakan, kemiskinan boleh diterangkan dengan keadaan tidak adanya sumber
untuk mencapai kesejahteraan hidup yang disebut sebagai tekanan fizikal.
Sehubungan dengan itu, kemiskinan termasuklah ketiadaan atau ketidakmampuan
untuk menyuarakan pandangan terhadap sesuatu perkara, ketiadaan kuasa,
kebergantungan, dan penindasan ke atas seseorang atau sesebuah isi rumah. Oleh
sebab itu, kemiskinan sering dikaitkan dengan tindakan kurang ajar, penghinaan
dan layanan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas golongan
miskin. Ketidakpatuhan kepada norma sosial yang ditetapkan oleh masyarakat
kerana kekangan ekonomi menyebabkan isi rumah gagal mematuhi identiti budaya
dan tidak terlibat dalam aktiviti komuniti. Selain itu, aspek fizikal seperti
infrastruktur asas, modal insan, modal sosial dan persekitaran yang terhad
menjadi kekangan kepada pembangunan dan seterusnya kesejahteraan serta kualiti
hidup isi rumah persekitaran (LailyPaim, &SharifahHaron,2010:5-6).
.
KEMISKINAN
MUTLAK
Kemiskinan terbahagi kepada dua jenis
iaitu kemiskinan mutlak iaitu merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu
atau isi rumah yang tidak mampu untuk memenuhi dan membeli apa-apa keperluan
asas bagi menikmati kesejahteraan hidup yang minimum. Keperluan asas ini adalah
seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan dan perubatan. Isi rumah
tidak mampu memiliki apa-apa harta benda yang menyebabkan mereka terpaksa
menjadi pengutip derma daripada orang ramai selalunya mereka terdiri daripada
golongan kurang upaya dan tidak mampu
dari aspek fizikal untuk bekerja untuk memperoleh sumber pendapatan. Sehubungan
dengan itu, Kemiskinan mutlak boleh diukur dengan menggunakan perbandingan
antara pendapatan sekumpulan isi rumah dengan satu tahap yang dipanggil
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK ini ditentukan berasaskan kepada taraf
hidup penduduk di sesebuah negara. PGK merupakan satu alat pengukuran
pendapatan minimum untuk membolehkan sesebuah isi rumah itu menampung keperluan
makanan dan pakaian sendiri serta mampu menampung perbelanjaan asas seperti
sewa rumah, bahan apiuntuk kegunaan pengangkutan, pembayaran penggunaan tenaga
elektrik dan kesihatan. Sementara darjah kemiskinan pula ditentukan berdasarkan
tingkat pendapatan yang diterima dengan PGK yang mempunyai dua tahap iaitu
miskin atau tidak miskin (NorzitaJamil et. al.,2014:168).
KEMISKINAN
RELATIF
Konsep kemiskinan relatif pula boleh
ditakrifkan dengan agihan pendapatan oleh seseorang individu dengan individu
yang lain. Agihan pendapatan dapat menunjukkan tingkat kebajikan seseorang
individu, iaitu berdasarkan kepada perbandingan tingkat pendapatan individu tersebut
dengan tingkat pendapatan orang lain. Kemiskinan relatif ini akan sentiasa
wujud dalam sesebuah negara dan tidak mungkin dapat dihapuskan selagi mana
tidak wujud keseimbangan dalam pengagihan pendapatan di dalam sesebuah negara.
Sekiranya tinggi ketidakseimbangan pendapatan itu maka lagi seriuslah masalah
kemiskinan relatif. Hal ini kerana, tiada usaha yang dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk mengagih pendapatan secara sama rata walaupun kemiskinan mutlak
telah dibasmi sepenuhnya(NorzitaJamil et.al ,2014:168).
Selain itu, kemiskinan relatif juga
boleh dilihat melalui persepsi seseorang. Jika seseorang itu mempunyai persepsi
bahawa dia tidak dapat memiliki atau menikmati apa yang dimiliki atau dinikmati
oleh orang lain, bermakna secara relatifnya ia merasakan dirinya miskin
berbanding orang lain. Kemiskinan relatif ini biasanya tidak ketara dan
bergantung pada situasi. Kemiskinan relatif boleh juga diukur dengan merujuk
kepada agihan pendapatan, iaitu kumpulan isi rumah yang berada pada 40 peratus
pendapatan terendah (contoh) di kategorikan sebagai kumpulan miskin yang
dijadikan kumpulan sasar program meningkatkan kualiti hidup keluarga (LailyPaim
et.al,2010:15).
2.0
PENGUKURAN KEMISKINAN
Dalam konteks kemiskinan di Malaysia,
kemiskinan dijelaskan melalui perspektif kewangan atau pendapatan. Melalui
konsep ini kemiskinan terbahagi kepada dua iaitu kemiskinan mutlak dan
kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan di mana seseorang
individu atau isi rumah yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas bagi
menikmati kesejahteraan hidup yang minimum dan munasabah. Keperluan asas ini
adalah makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan dan perubatan. Kemiskinan
mutlak diukur dengan menggunakan perbandingan antara pendapatan sekumpulan isi
rumah dengan satu tahap yang dipanggil PGK. PGK ditentukan berasaskan kepada
taraf hidup penduduk negara ini. PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum
untuk membolehkan sesebuah isi rumah, secara purata, menampung keperluan
makanan, pakaian dan perbelanjaan asas seperti sewa, bahan api dan tenaga,
pengangkutan dan perhubungan, kesihatan dan rekreasi. Sementara darjah
kemiskinan pula ditentukan berdasarkan tingkat pendapatan yang diterima dengan
PGK iaitu miskin atau tidak miskin.
Konsep kemiskinan relatif pula boleh
dikaitkan dengan agihan pendapatan. Agihan pendapatan dapat menunjukkan tingkat
kebajikan seseorang individu, iaitu dengan membuat perbandingan tingkat
kebajikan individu tersebut dengan tingkat kebajikan orang lain. Kemiskinan
relatif ini akan sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan selagi mana
wujud ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan. Lagi tinggi ketidakseimbangan
pendapatan lagi serius masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak
telah dibasmi sepenuhnya. Maka berdasarkan teori kemiskinan ini, kemiskinan
yang kerap dirujuk di Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan isi
rumah dibandingkan dengan PGK. Jika pendapatan bulanan sesebuah isi rumah adalah
kurang daripada PGK maka isi rumah ini dianggap miskin. Peratusan isi rumah
miskin dalam keseluruhan bilangan isi rumah yang terdapat di Malaysia dirujuk
sebagai insiden kemiskinan. Secara ringkasnya, kedua-dua konsep ini mempunyai
implikasi politik dan sosial yang berbeza berdasarkan fokus dan matlamat
pengukuran yang berbeza iaitu konsep kemiskinan mutlak mempunyai hubungan
dengan konsep keperluan asas, manakala kemiskinan relatif merujuk kepada agihan
pendapatan.
Oleh itu, konsep kemiskinan relatif ini
boleh menjelaskan lagi keadaaan sosioekonomi masyarakat iaitu ketidakseimbangan
ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat berbanding konsep kemiskinan
mutlak. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian mengatakan konsep kemiskinan mengabaikan
aspek-aspek penting seperti kemudahan ancamandan pengasingan sosial. Usaha
perlu dilakukan untuk mengambilkira pelbagai faktor dan proses serta halangan
bagi meningkatkan keupayaan kehidupan golongan miskin ke arah yang lebih baik
sama ada dari segi ekonomi, ekologi dan sosial (NorzitaJamil&HadijahChe
Mat, 2014:168).
PENDAPATAN
GARIS KEMISKINAN (PGK) DAN KADAR KEMISKINAN MENGIKUT WILAYAH DI MALAYSIA 2004
DAN 2009
| ![]() ![]() ![]()
2004 (RM) 2009(RM) Kadar Kemiskinan% Miskin
Tegar%
|
|||||||
PGK
Purata PGK
Perkapita PGK
Purata PGK Perkapita 2004 2009
2004
2009
|
||||||||
SemenanjungMalaysia
Sabah
Sarawak
|
661 152
888 173
765 167
\
|
763
1048
912
|
194
225
208
|
3.6
23.0
7.5
|
2.0 0.7
-
|
|||
19.0 6.5 4.7
5.3 1.1
1.1
|
Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri (2010)
KUMPULAN
KEMISKINAN
Zakat merupakan salah satu mekanisme
pembasmian kemiskinan dalam Islam bagi membantu golongan fakir miskin. Zakat
merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Tuntutan zakat telah
dinyatakan di dalam Al-Quran sebanyak 58 kali. Pengertian zakat boleh dilihat
daripada dua sudut, iaitu pengertian daripada sudut bahasa dan pengertian
daripada sudut istilah. Menurut al-Latif Masyhur (2002: 22), pengertian zakat
daripada segi bahasa bermaksud keberkatan, pertumbuhan, penyucian dan kebaikan.
Ini kerana zakat dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan
menjauhkannya daripada segala kerosakan. Manakala definisi zakat daripada segi
istilah membawa maksud sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah s.w.t
untuk diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya. Selain itu,
definisi zakat berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha
sebagai penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang
berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredaan Allah
s.w.t, penyucian diri dan harta untuk membangunkan masyarakat berdasarkan
syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak. Golongan yang berhak menerima zakat
dipanggil asnaf. Terdapat 8 golongan asnaf yang wajib menerima zakat adalah
fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan akhir sekali
ibnus sabil.
Golongan pertama ialah Fakir (al
Fuqara) adalah orang yang tiada harta
pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga
untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja. Seterusnya,
golongan yang kedua adalah golongan miskin (al-Masakin) golongan ini mempunyai
kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak
mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.
Selain itu, golongan yang ketiga pula adalah golongan amil ialah orang yang
disuruh (dilantik) oleh raja (pemerintah) untuk mengendalikan zakat dengan
syarat nya adalah Islam, merdeka,
mualaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat. Amil juga adalah orang yang
memungut zakat, orang yang mengira, menyukat dan menimbang zakat, kerani zakat
dan mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatutnya dengan pekerjaan
mereka itu. Golongan yang keempat adalah golongan Muallaf merupakan seseorang
yang baru memeluk agama Islam. Mereka perlu diberi perhatian agar bertambah
mantap keyakinannya terhadap Islam. Ini kerana setiap orang yang baru memeluk
Islam sesungguhnya telah meninggalkan agamanya yang lama, mengorbankan apa yang
menjadi miliknya dari kedua orang tua dan keluarganya. Seterusnya, golongan
kelima pula adalah Riqab(hamba) iaitu seseorang yang terbelenggu dan tiada
kebebasan diri. Namun begitu, masa terus beredar dan kita dapat melihat umumnya
perhambaan semakin hari semakin berkurangan. Akhirnya, ada sebahagian negara di
dunia ini, khususnya di negara-negara maju dan membangun, perhambaan hampir
sudah pupus sama sekali. Sehubungan dengan itu, golongan keenam adalah golongan
Gharimin iaitu penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan
hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan
tanggungjawab yang wajib ke atasnya.Golongan ketujuh pula adalah golongan
fisabilillah iaitu orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk
menegakkan dan meninggikan agama Allah.Contoh golongan fisabilillah pada masa
kini adalah golongan askar hal ini demikian kerana pekerjaan mereka merupakan
satu jihad kecil dan yang terakhir ialah golonganIbnus Sabil yang merupakan
musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan
perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan
umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
DASAR
KERAJAAN
Pada awal kemerdekaan lagi
pemimpin-pemimpin negara seperti pada era Tun Razak begitu komited dalam
mengatasi masalah kemiskinan dalam negara kita ini. Hal ini demikian
kerana,pada awal kemerdekaan dahulu negara mempunyai peratusan yang tinggi
dalam kadar kemiskinan akibat daripada pelbagai faktor seperti peluang
pekerjaan yang terhad,kemudahan pengangkutan yang kurang dan kekurangan
kemudahan pendidikan menyebabkan negara kurang melahirkan golongan cerdik pandai
yang dapat memberi kelebihan kepada
negara. Pada awal kemerdekaan, paras kemiskinan negara berada pada kadar
sekitar 70 peratus. Ketika itu kaum Bumiputera berada pada tahap kemiskinan
yang amat membimbangkan sehingga berlakunya ‘peminggiran sosial’ terhadap
mereka. Walaupun ada usaha untuk membasmi kemiskinan ketika itu tetapi ia tidak
begitu terfokus dan strategik. Titik tolak yang mendorong kerajaan memberikan
perhatian serius terhadap usaha membasmi kemiskinan ialah apabila berlakunya
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.Oleh itu, kerajaan melaksanakan satu dasar
pembangunan baru bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan pada
masa yang sama berusaha menyatukan rakyat negara ini. Selepas peristiwa hitam
13 Mei, kerajaan mula menggubal dasar baru iaitu Dasar Ekonomi Baru untuk
mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum. Usaha kerajaan ini berjaya bukan
sahaja dalam menurunkan paras kemiskinan tetapi juga berjaya menyusun semula
masyarakat dan membina perpaduan kaum.
Selepas
berakhirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 pihak kerajaan meneruskan
program pembangunan untuk membasmi kemiskinan dengan menggubal satu dasar iaitu
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermula pada tahun 1991 hingga tahun
2000. Dasar pembangunan Nasional (DPN) diwujudkan sebagai meneruskan
kesinambungan program ataupun dasar yang telah dijalankan oleh dasar
Ekonomi Baru. Dasar Pembangunan Nasional
dilaksanakan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) antara
tahun 1991-2000. Dalam DPN, tumpuan diberikan kepada strategi membasmi
kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin. Langkah yang dirangka oleh
Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr. Mahathir Muhammad bagi membasmi
nampak berjaya kerana pelbagai strategi telah diperkenalkan antaranya ialah
mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan. Melalui
Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Tumpuan khas diberikan kepada
keluarga-keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin
(PPRT). Program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT) yang telah dilancarkan pada
tahun 1986. Takrif bagi golongan termiskin pada tahun 1986 adalah mereka yang
berpendapatan bulanan separuh daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK), iaitu
RM175 bagi keluarga yang mempunyai lima ahli. Takrif ini turut berubah-ubah
apabila PGK tahun semasa. MenurutLailyPaim(2010), Pada tahun 1999, apabila PGK
untuk negeri di semenanjung Malaysia berubah kepada RM510 manakala Sabah dan
Sarawak kepada RM584, mereka yang termasuk dalam golongan termiskin berpendapatan
RM255 bagi semenanjung Malaysia, RM342.50 bagi negeri Sabah dan manakala bagi
negeri Sarawak RM292.00.
Seterusnya,
Pihak kerajaan meneruskan lagi dasar untuk membasmi kemiskinan iaitu Dasar
Wawasan Negara (DWN) yang diperkenalkan pada tahun hingga 2001 hingga 2010.
Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 3 April 2001. DWN bermatlamat
untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Lima strategi utama telah
dikenal pasti iaitu membasmi kemiskinan bandar dan luar bandar, penstrukturan
semula hak pemilikan ekuiti secara sama rata untuk mengurangkan jurang
kemiskinan antara kaum, pembangunan sumber manusia di dalam pelbagai sektor
untuk melahirkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, pembentukan
ekonomi berasaskan pengetahuan (Knowledge Economy) untuk mengeluarkan pelbagai
produk di dalam sektor pengeluaran dan pembuatan serta mewujudkan semangat
perpaduan nasional antara kaum di Malaysia.
Akhir
sekali, Pada Era pemerintahan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun
Abdul Razak pelbagai program dan dasar yang digubal untuk mengurangkan ataupun
membasmi kemiskinan secara keseluruhan di Malaysia. Sebagai contoh yang boleh
diambil iaitu pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) yang dapat membantu
golongan miskin untuk menguruskan ataupun merencana satu kaedah menguruskan
kewangan bagi mengatasi masalah kemiskinan. Kategori penerima BR1M terbahagi
kepada empat bahagian iaitu Pertama kategori E-kasih, penerima E-kasih ini
adalah golongan berpendapatan RM1000 dan ke bawah yang menerima BR1M sebanyak
RM1050. Kategori kedua yang terima BR1M adalah golongan isi rumah yang
berpendapatan RM3000 dan ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1000. Kategori
yang ketiga adalah isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM3000 hingga RM4000
akan menerima BR1M sebanyak RM800 dan yang terakhir BR1M juga diberi kepada
individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak bekerja akan menerima
BR1M sebanyak RM400 sahaja. Selain itu, Program yang telah dirancang untuk
membasmi kemiskinan adalah E-Kasih. E-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan
Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil
individu, program bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi
Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan
bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima. Program yang
seterusnya dirangka oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah Urban
transformation central (UTC) dan Rural
transformation central (RTC) yang dikhususkan untuk meningkatkan taraf
kehidupan rakyat untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan yang merangkumi
masyarakat di bandar untuk program Urban Transformation Central (UTC) dan di
kawasan luar bandar pula dibina Rural Transformation Central (RTC). Kedua-dua
program ini dirancangkan untuk memudahkan urusan seharian dan menjimatkan masa
rakyat untuk mendapat perkhidmatan daripada pihak kerajaan, badan berkanun dan
pihak swasta. Di samping itu, pihak kerajaan tidak lupa juga untuk merangka
program untuk membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan golongan
miskin seperti rumah mesra rakyat 1Malalysia, Rumah prima untuk memudahkan
golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri dan hidup dengan lebih
selesa. Seterusnya, Program pembangunan yang dirangka untuk meningkatkan taraf
hidup rakyat adalah kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia untuk memberi
perkhidmatan yang lebih selesa dan memudahkan rakyat terutama yang berada di
luar bandar untuk mendapat rawatan dan keperluan asas dengan harga yang murah
dan berpatutan.
Sehubungan dengan itu, peranan institusi
zakat terbahagi kepada dua iaitu mengutip zakat dan mengagihkan zakat dan
peranan ini akan dilakukan di peringkat kerajaan melalui pegawai zakat yang
diberi kuasa untuk menguruskan pemberian dan pengutipan zakat. Perlu dijelaskan
bahawa peranan menguruskan zakat adalah perlu dan tidak wajib diserahkan kepada
pihak kerajaan sebagai perantara. Ini bertujuan untuk membezakan peranan
kerajaan dalam kutipan cukai kerana peranan mengutip cukai oleh kerajaan adalah
suatu keperluan dan kemestian. Ini kerana kutipan cukai akan dibayar terus
kepada kerajaan.Sebagai contoh yang telah saya ambil adalah pengurusan zakat
oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Di Kelantan syarat-syarat umum untuk
mengeluarkan zakat adalah Islam,merdeka,sempurna milik dan cukup
hisab.Seterusnya, golongan yang layak untuk menerima zakat ialah Asnaf Fakir
iaitu seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima
pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus
daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya. Asnaf miskin pula
Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari
sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi
tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang
di bawah tanggungannya ,Asnaf Amil iaitu mereka yang terlibat secara langsung
dengan Institusi zakat sama ada individu atau organisasi bagi mengurus dan
mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan
sebagainya. Seterusnya, Asnaf Mualaf iaitu Mereka yang dijinakkan hatinya atau
yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk
Islam tetapi belum kukuh Islamnya. Ianya dibahagikan kepada empat pertama baru
memeluk agama Islam, kedua Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik
hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama
taraf dengannya manakala ketiga pula Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang
masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya dan
yang terakhir orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran
dengan negara musuh. Selain itu, Asnaf al Riqad(Hamba) iaitu memerdekakan
orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari
segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu
di bawah kawalan orang-orang tertentu., Asnaf al-Gharimin pula berdasarkan
kepada Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan
diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian
segera dan dibenarkan oleh hukum syarak, Asnaf Fisabilillah merujuk kepada mana-mana
orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk
menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikan dan Asnaf
yang terakhir pula adalah AsnafInbussabil merujuk mana-mana orang dalam
perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syarak dari mana-mana
jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
Seterusnya,antara program yang
dijalankan olehMAIK ialah mengagih zakat
kepada golongan-golongan yang layak menerimanya berdasarkan kepada hukum
syarak. Selain itu, bantuan pendidikan juga diberikan iaitu program Baitulmal
kepada pelajar-pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi
yang berasal daripada golongan yang berpendapat rendah. Jumlah yang diberikan
juga mengikut jenis kursus iaitu untuk pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran
di peringkat Diploma adalah sebanyak RM1800 manakala untuk pelajar diperingkat
Ijazah sarjana muda pula pelajar mendapat sebanyak RM2500 yang dapat membantu
pelajar dalam meneruskan kehidupan dan kelengkapan untuk belajar di peringkat
universiti. Seterusnya, pemberian pinjaman juga diberikan kepada golongan yang
mahu memulakan perniagaan yang tidak berkemampuan melalui pinjaman yang
disediakan dan pembayaran balik dibuat secara bulanan mengikut kadar pinjaman
yang diberikan. Seterusnya, pemberianderma khairat juga dijalankan untuk menguruskan
jenazah yang telah meninggal dunia yang tidak mempunyai ahli keluarga dan
merupakan seorang fakir miskin. Selain itu, pemberian bantuan seperti barangan
keperluan harian kepada golongan yang termiskin melalui program kembara zakat
juga diadakan untuk mengurangkan beban tanggungan ahli keluarga mereka dan
kawasan yang menjadi tumpuan ialah kawasan pendalaman. Itu merupakan program
yang dijalankan oleh MAIK dalam membantu golongan yang miskin yang tidak
berkemampuan dari segi pendapatan.
KESAN
KEMISKINAN
Kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat
juga boleh menyebabkan kegagalan dalam pendidikan.kewujudan kemiskinan adalah
disebabkan oleh kegagalan dalam mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan ini
secara tidak langsung dipengaruhi dengan pencapaian dalam tahap pendidikan yang
rendah. Menurut kajian yang dilakukan
oleh kementerian pendidikan kebanyakan pelajar mengalami masalah atau keciciran
pelajaran disebabkan oleh masalah kewangan atau kemiskinan yang dihadapi oleh
keluarga. Keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli
peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas dan
membeli cermin mata Disebabkan masalah kewangan, ibu bapa mengharapkan
anak-anak untuk bekerja untuk menambah jumlah pendapatan keluarga. Oleh yang
demikian, anak-anak terpaksa berhenti persekolahan lebih awal dan tidak
melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Justeru diharapkan pihak yang
bertanggungjawab mengambil tindakan segera agar tiada kanak-kanak yang
keciciran dalam pelajaran. Kemiskinan bukanlah satu penghalang untuk Berjaya
dalam pendidikan.
Untuk melihat tahap kemajuan sesebuah
negara kadar kemiskinan diambil kira. Oleh yang demikian, kadar kemiskinan yang
tinggi boleh menyebabkan pertumbuhan sesebuah negara menjadi perlahan. Dari
sudut makroekonomi kemiskinan adalah hasil dari pengagihan kekayaan negara yang
tidak sama rata. Sesebuah isi rumah dianggap miskin sekiranya pendapatan isi
rumah berada dibawah PGK. Jika pendapatan isi rumah berada dibawah paras
kemiskinan, Ini bermakna isi rumah tersebut kekurangan sumber untuk memenuhi
keperluan asas makanan dan bukan makanan seperti kenderaan, rumah, dan
lain-lain lagi. Isi rumah dianggap miskin tegar jika pendapatan kurang daripada
PGK. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk
merapatkan jurang pendapatan isi rumah untuk mencapai negara maju menjelang
2020.
Selain itu, kemiskinan juga boleh
menyebabkan masalah kesihatan. Kebanyakan kanak-kanak yang membesar dalam
kemiskinan mengalami masalah kesihatan yang berterusan. Kebanyakan bayi yang
lahir dalam kemiskinan mempunyai berat yang rendah semasa lahir. Berat yang
tidak mencukupi semasa lahir boleh menyebabkan pertumbuhan bayi menjadi tidak
sihat di mana bayi akan mengalami masalah dari segi keupayaan mental dan
fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan. Selain itu, bayi yang
dilahirkan tidak mencukupi berat berkemungkinan akan mati dalam tempoh setahun.
Jika bayi tidak mati bayi akan membesar dalam keadaan yang tidak sihat. Dalam
tempoh tumbesaran kanak-kanak ini akan kerap sakit, mengalami masalah penglihatan
dan pendengaran, anemia akibat kekurangan zat besi dan mempunyai kandungan
plumbum yang tinggi dalam darah yang boleh menjejaskan otak.
Antara kesan kemiskinan yang lain ialah
peningkatan masalah sosial. Universiti Institusi Teknologi Mara (UITM)
Terengganu telah melakukan penyelidikan berkaitan hal ini. Kajian melibatkan
204 responden terdiri daripada 126 orang lelaki dan 78 orang perempuan. Kajian
ini dijalankan di Sekolah Tunas Bakti Perempuan dan Lelaki di Jerantut, Pahang
dan Asrama Pusat Pemulihan Rusila Terengganu yang hanya menempatkan pesalah
juvana lelaki. Umur bagi pesalah juvana yang terdapat dalam sekolah ini antara
10 hingga 20 tahun. Pesalah berumur 16 tahun hingga 18 tahun merupakan pesalah
jenayah yang paling ramai iaitu 128 orang. Hal ini kerana mereka pada peringkat
umur ini suka mencuba sesuatu yang baharu dan mencari identiti bagi membina
personaliti diri. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Hassan
Baharom dapat disimpulkan bahawa ekonomi keluarga yang tidak stabil dan berada
dibawah paras kemiskinan menjadi faktor berlakunya jenayah juvana. Oleh itu hampir
80 peratus keluarga atau penjaga pesalah juvana mempunyai pendapatan kurang dari
RM 1000 sebulan. Jika mengikut taraf kemiskinan ialah 85 orang juvana
pendapatan keluarga kurang RM 500 sebulan. Lebih dari 40 peratus keluarga atau
penjaga responden menunjukkan pendapatan di bawah tahap kemiskinan.(HasanBaharom
,2004).
RUMUSAN
Kemiskinan mutlak boleh dikurangkan
saban tahun melalui inisiatif oleh pihak kerajaan yang selalu menyediakan
peruntukan untuk golongan-golongan termiskin agar mereka mendapat kualiti hidup
yang baik dari aspek kesihatan dan pendidikan. Antara dasar-dasarnya melalui
DEB dan di teruskan lagi DPN pada tahun 1991 dengan memberi tumpuan khas kepada keluarga-keluarga termiskin menerusi
Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT). Sehubungan dengan itu, pelbagai
usaha kerajaan telah dilaksanakan melalui pemberian BR1M, kewujudan klinik satu
Malaysia, kedai rakyat satu Malaysia dan lain-lain lagi program diadakan untuk
mengurangkan kadar kemiskinan dan kesejahteraan kehidupan rakyat di negara ini.
Sehubungan dengan itu, Majlis agama Islam memainkan peranan penting dalam memberi
bantuan kepada golongan Asnaf melalui
pemberian wang zakat dan baitulmal kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Melalui dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kadar kemiskinan telah menurun
daripada tahun 2004 hingga tahun 2009 ini menujukkan bahawa pihak kerajaan
telah berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan pada tahap yang lebih rendah
pada tahun yang akan datang.
Selain
itu, kemiskinan juga mempunyai beberapa kesan terhadap negara sekiranya
kemiskinan tidak dikurangkan antaranya kenaikan kadar jenayah seperti merompak
dan kecurian manakala kemiskinan juga
boleh memberi kesan terhadap kesihatan dari aspek tumbesaran kerana kekurangan
zat makanan akibat hidup dalam kemiskinan. Seterusnya, kemiskinan juga
mengakibatkan seseorang individu itu keciciran dalam pendidikan kerana
kebanyakan pelajar yang berada dalam kemiskinan akan merasai tekanan hidup dan
mereka terpaksa meninggalkan pelajaran semata-mata untuk mencari pendapatan
untuk kesenangan hidup mereka.Selain itu, kemiskinan relatif tidak boleh dikurangkan
sekiranya kerajaan tidak mengagih sumber ekonomi secara sama rata. Pengagihan
sumber tidak sama rata antara individu
mengakibatkan berlakunya kadar kemiskinan yang tinggi bahkan boleh menimbul
pergaduhan antara golongan miskin dan kaya
akan tetapi sekiranya kerajaan campur tangan di dalam pengagihan sumber ekonomi
ia akan mengurangkan kadar kemiskinan relatif.
PENUTUP
Kemiskinan merupakan satu lumrah yang
tidak boleh dielak oleh manusia tetapi pihak-pihak tertentu seperti kerajaan
dan badan bukan kerajaan perlulah
berusaha untuk mengurangkan kemiskinan bagi membolehkan semua rakyat menikmati kehidupan
yang sejahtera. Selain itu, pengurangan kadar kemiskinan akan membawa banyak
manfaat kepada sesebuah negara misalnya, pengurangan kadar jenayah, melahirkan
ramai rakyat yang berpendidikan dan
menikmati pertumbuhan ekonomi negara yang baik. Oleh itu, perancangan
dan dasar perlulah dilaksanakan daripada peringkat awal agar pada saban tahun
kemiskinan akan berkurangan secara berperingkat sehingga mencapai tahap sifar.
Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah campur tangan dalam hal ehwal ekonomi
terutamanya dari aspek pengagihan sumber ekonomi yang perlu diselaraskan
semula. Hal ini kerana, sumber ekonomi sekiranya tidak diagihkan secara sama
rata maka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pergaduhan antara golongan
kaya dan miskin, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya
masalah ini tidak diselesaikan maka kemiskinan relatif tidak dapat dikurangkan
kerana ia mengambil kira aspek pengagihan sumber ekonomi secara sama rata.
Natijahnya, kemiskinan perlu dikurangkan untuk memastikan tiada rakyat yang
menikmati kehidupan dalam serba kekurangan dan pihak kerajaan perlu
meningkatkan usaha untuk membasmi kemiskinan di negara ini.