Sunday, 3 December 2017

Penilitian Isu Kemiskinan Di Malaysia


PENGENALAN
Kemiskinan merupakan situasi serba kekurangan dalam kehidupan yang terjadi bukan atas kehendak dan kerelaan setiap isi rumah miskin. Kemiskinan berlaku adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti kekurangan pendapatan untuk membeli keperluan asas, tingkat taraf pendidikan yang rendah, tidak memiliki harta benda sebagai hak milik peribadi, tidak sihat tubuh badan, kekurangan makanan dan pakaian, tiada tempat tinggal yang selesa dan tiada pekerjaan yang dapat menjamin kelangsungan hidup dan tidak mempunyai pendapatan tetap pada setiap bulanan. Kesemua keadaan ini akan menyebabkan isi rumah tiada daya upaya untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan yang dilalui oleh mereka. Jika tiada sebarang bantuan dan sokongan daripada pihak yang berkuasa untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan makapermasalahan kemiskinan ini akan menjadi punca kepada masalah kestabilan ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara. Hal ini kerana beberapa insiden seperti mati kelaparan, kekurangan makanan, penyakit dan kekurangan pendidikan dalam kalangan orang ramai boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah jenayah untuk menikmati hidup dalam kemewahan insiden ini berlaku adalah disebabkan mereka menghadapi terkenan hidup untuk menyara ahli keluarga dalam bilangan yang ramai. Oleh itu, jalan paling mudah ialah melakukan jenayah seperti merompak, rasuah, mencuri dan sebagainya  sebagai sumber pendapatan mereka. Selain itu, kemiskinan juga boleh dijadikan senjata yang mampu memusnahkan manusia dan negara. Dengan mengambil contoh dalam percaturan politik dunia, ekonomi sering dijadikan senjata utama bagi meruntuhkan sesebuah kerajaan yang memerintah dengan mengenakan beberapa sekatan ekonomi dan krisis mata wang terhadap beberapa buah negara (NorzitaJamil&HadijahChe Mat,2014:167).
Selain itu, kemiskinan merupakan konsep yang rumit dan boleh dilihat daripada pelbagai dimensi seperti gender, umur, budaya, ekonomi, sosial, psikologi dan sebagainya. Sebagaimana yang telah dinyatakan, kemiskinan boleh diterangkan dengan keadaan tidak adanya sumber untuk mencapai kesejahteraan hidup yang disebut sebagai tekanan fizikal. Sehubungan dengan itu, kemiskinan termasuklah ketiadaan atau ketidakmampuan untuk menyuarakan pandangan terhadap sesuatu perkara, ketiadaan kuasa, kebergantungan, dan penindasan ke atas seseorang atau sesebuah isi rumah. Oleh sebab itu, kemiskinan sering dikaitkan dengan tindakan kurang ajar, penghinaan dan layanan yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas golongan miskin. Ketidakpatuhan kepada norma sosial yang ditetapkan oleh masyarakat kerana kekangan ekonomi menyebabkan isi rumah gagal mematuhi identiti budaya dan tidak terlibat dalam aktiviti komuniti. Selain itu, aspek fizikal seperti infrastruktur asas, modal insan, modal sosial dan persekitaran yang terhad menjadi kekangan kepada pembangunan dan seterusnya kesejahteraan serta kualiti hidup isi rumah persekitaran (LailyPaim, &SharifahHaron,2010:5-6).
           .
KEMISKINAN MUTLAK            
Kemiskinan terbahagi kepada dua jenis iaitu kemiskinan mutlak iaitu merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu atau isi rumah yang tidak mampu untuk memenuhi dan membeli apa-apa keperluan asas bagi menikmati kesejahteraan hidup yang minimum. Keperluan asas ini adalah seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan dan perubatan. Isi rumah tidak mampu memiliki apa-apa harta benda yang menyebabkan mereka terpaksa menjadi pengutip derma daripada orang ramai selalunya mereka terdiri daripada golongan  kurang upaya dan tidak mampu dari aspek fizikal untuk bekerja untuk memperoleh sumber pendapatan. Sehubungan dengan itu, Kemiskinan mutlak boleh diukur dengan menggunakan perbandingan antara pendapatan sekumpulan isi rumah dengan satu tahap yang dipanggil Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK ini ditentukan berasaskan kepada taraf hidup penduduk di sesebuah negara. PGK merupakan satu alat pengukuran pendapatan minimum untuk membolehkan sesebuah isi rumah itu menampung keperluan makanan dan pakaian sendiri serta mampu menampung perbelanjaan asas seperti sewa rumah, bahan apiuntuk kegunaan pengangkutan, pembayaran penggunaan tenaga elektrik dan kesihatan. Sementara darjah kemiskinan pula ditentukan berdasarkan tingkat pendapatan yang diterima dengan PGK yang mempunyai dua tahap iaitu miskin atau tidak miskin (NorzitaJamil et. al.,2014:168).

KEMISKINAN RELATIF
Konsep kemiskinan relatif pula boleh ditakrifkan dengan agihan pendapatan oleh seseorang individu dengan individu yang lain. Agihan pendapatan dapat menunjukkan tingkat kebajikan seseorang individu, iaitu berdasarkan kepada perbandingan tingkat pendapatan individu tersebut dengan tingkat pendapatan orang lain. Kemiskinan relatif ini akan sentiasa wujud dalam sesebuah negara dan tidak mungkin dapat dihapuskan selagi mana tidak wujud keseimbangan dalam pengagihan pendapatan di dalam sesebuah negara. Sekiranya tinggi ketidakseimbangan pendapatan itu maka lagi seriuslah masalah kemiskinan relatif. Hal ini kerana, tiada usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengagih pendapatan secara sama rata walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya(NorzitaJamil et.al ,2014:168).
Selain itu, kemiskinan relatif juga boleh dilihat melalui persepsi seseorang. Jika seseorang itu mempunyai persepsi bahawa dia tidak dapat memiliki atau menikmati apa yang dimiliki atau dinikmati oleh orang lain, bermakna secara relatifnya ia merasakan dirinya miskin berbanding orang lain. Kemiskinan relatif ini biasanya tidak ketara dan bergantung pada situasi. Kemiskinan relatif boleh juga diukur dengan merujuk kepada agihan pendapatan, iaitu kumpulan isi rumah yang berada pada 40 peratus pendapatan terendah (contoh) di kategorikan sebagai kumpulan miskin yang dijadikan kumpulan sasar program meningkatkan kualiti hidup keluarga (LailyPaim et.al,2010:15).

2.0 PENGUKURAN KEMISKINAN
Dalam konteks kemiskinan di Malaysia, kemiskinan dijelaskan melalui perspektif kewangan atau pendapatan. Melalui konsep ini kemiskinan terbahagi kepada dua iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu atau isi rumah yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas bagi menikmati kesejahteraan hidup yang minimum dan munasabah. Keperluan asas ini adalah makanan, pakaian, tempat kediaman, pendidikan dan perubatan. Kemiskinan mutlak diukur dengan menggunakan perbandingan antara pendapatan sekumpulan isi rumah dengan satu tahap yang dipanggil PGK. PGK ditentukan berasaskan kepada taraf hidup penduduk negara ini. PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum untuk membolehkan sesebuah isi rumah, secara purata, menampung keperluan makanan, pakaian dan perbelanjaan asas seperti sewa, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan perhubungan, kesihatan dan rekreasi. Sementara darjah kemiskinan pula ditentukan berdasarkan tingkat pendapatan yang diterima dengan PGK iaitu miskin atau tidak miskin.
Konsep kemiskinan relatif pula boleh dikaitkan dengan agihan pendapatan. Agihan pendapatan dapat menunjukkan tingkat kebajikan seseorang individu, iaitu dengan membuat perbandingan tingkat kebajikan individu tersebut dengan tingkat kebajikan orang lain. Kemiskinan relatif ini akan sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan selagi mana wujud ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan. Lagi tinggi ketidakseimbangan pendapatan lagi serius masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya. Maka berdasarkan teori kemiskinan ini, kemiskinan yang kerap dirujuk di Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan isi rumah dibandingkan dengan PGK. Jika pendapatan bulanan sesebuah isi rumah adalah kurang daripada PGK maka isi rumah ini dianggap miskin. Peratusan isi rumah miskin dalam keseluruhan bilangan isi rumah yang terdapat di Malaysia dirujuk sebagai insiden kemiskinan. Secara ringkasnya, kedua-dua konsep ini mempunyai implikasi politik dan sosial yang berbeza berdasarkan fokus dan matlamat pengukuran yang berbeza iaitu konsep kemiskinan mutlak mempunyai hubungan dengan konsep keperluan asas, manakala kemiskinan relatif merujuk kepada agihan pendapatan.
Oleh itu, konsep kemiskinan relatif ini boleh menjelaskan lagi keadaaan sosioekonomi masyarakat iaitu ketidakseimbangan ekonomi dan sosial dalam sesebuah masyarakat berbanding konsep kemiskinan mutlak. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian mengatakan konsep kemiskinan mengabaikan aspek-aspek penting seperti kemudahan ancamandan pengasingan sosial. Usaha perlu dilakukan untuk mengambilkira pelbagai faktor dan proses serta halangan bagi meningkatkan keupayaan kehidupan golongan miskin ke arah yang lebih baik sama ada dari segi ekonomi, ekologi dan sosial (NorzitaJamil&HadijahChe Mat, 2014:168).
PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) DAN KADAR KEMISKINAN MENGIKUT WILAYAH DI MALAYSIA 2004 DAN 2009
Wilayah
 
                                                                                               
       2004 (RM)                          2009(RM)                                     Kadar Kemiskinan%               Miskin Tegar%

PGK Purata    PGK Perkapita        PGK Purata     PGK Perkapita      2004          2009                     2004       2009
SemenanjungMalaysia
Sabah
Sarawak
         661             152
       888             173        
         765             167
\
          763
         1048
           912 

           194
           225
           208

              3.6
            23.0
             7.5

      2.0                           0.7             -
     19.0                          6.5            4.7
      5.3                            1.1           1.1
Sumber: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2010)

Jadual dia atas menunjukkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan kadar kemiskinan mengikut wilayah di Malaysia bagi tahun 2004 dan 2009. Berdasarkan Jadual ini, PGK bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 2004 adalah sebanyak RM661 sebulan, sementara bagi Sabah dan Sarawak masing-masing ialah RM888 dan RM765 sebulan. Bagi tahun 2009, nilai PGK telah meningkat kepada RM763 sebulan bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah, PGK adalah RM1048 sebulan bagi saiz purata isi rumah 5.0 dan bagi Sarawak PGK adalah RM 912. Selain itu, kadar kemiskinan pada tahun 2004 di Semenanjung Malaysia ialah 3.6 peratusmanakala bagi negeri Sabah 23.0 peratus dan Sarawak 7.5 peratus. Seterusnya, pada tahun 2009 kadar kemiskinan telah mula menurun hal ini dirangsang oleh pertumbuhan ekonomi yang baik dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Pada tahun 2009 di Semenanjung Malaysia kadar kemiskinan berada pada nilai 2.0 peratus berbanding tahun 2004 iaitu sebanyak 3.6 peratus berkurangan sebanyak 1.6 peratus manakala negeri Sabah dan Sarawak masing-masing menunjukkan penurun kadar kemiskinan iaitu sebanyak 19.3 peratus dan 5.3 peratus. Selain itu, kadar kemiskinan tegar pada tahun 2004 di Semenanjung Malaysia mencatat nilai sebanyak 0.7 peratus dan bagi negeri Sabah dan Sarawak sebanyak 6.5 peratus dan 1.1 peratus. Seterusnya, pada tahun 2009 di Semenanjung Malaysia tiada kemiskinan tegar yang direkodkan ini menunjukkan bahawa dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan telah menunjukkan hasil tetapi di negeri Sabah masih mempunyai kadar kemiskinan tegar yang mencatat nilai sebanyak 4.7 peratus berbanding tahun 2004 iaitu sebanyak 6.5 peratus pengurangan nilai sebanyak 1.8 peratus manakala di Sarawak kadar kemiskinan masih tidak berubah iaitu sebanyak 1.1 peratus (NorzitaJamil et.al, 2014:169).

KUMPULAN KEMISKINAN
Zakat merupakan salah satu mekanisme pembasmian kemiskinan dalam Islam bagi membantu golongan fakir miskin. Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Tuntutan zakat telah dinyatakan di dalam Al-Quran sebanyak 58 kali. Pengertian zakat boleh dilihat daripada dua sudut, iaitu pengertian daripada sudut bahasa dan pengertian daripada sudut istilah. Menurut al-Latif Masyhur (2002: 22), pengertian zakat daripada segi bahasa bermaksud keberkatan, pertumbuhan, penyucian dan kebaikan. Ini kerana zakat dapat mengembangkan harta yang telah dikeluarkan zakatnya dan menjauhkannya daripada segala kerosakan. Manakala definisi zakat daripada segi istilah membawa maksud sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah s.w.t untuk diserahkan kepada orang-orang yang berhak menerimanya. Selain itu, definisi zakat berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan oleh para fuqaha sebagai penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada segolongan orang yang berhak menerimanya melalui amil yang bertauliah bagi mencari keredaan Allah s.w.t, penyucian diri dan harta untuk membangunkan masyarakat berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak. Golongan yang berhak menerima zakat dipanggil asnaf. Terdapat 8 golongan asnaf yang wajib menerima zakat adalah fakir, miskin, amil, muallaf, riqab, gharimin, fisabilillah dan akhir sekali ibnus sabil.
Golongan pertama ialah Fakir (al Fuqara)  adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja. Seterusnya, golongan yang kedua adalah golongan miskin (al-Masakin) golongan ini mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8. Selain itu, golongan yang ketiga pula adalah golongan amil ialah orang yang disuruh (dilantik) oleh raja (pemerintah) untuk mengendalikan zakat dengan syarat nya  adalah Islam, merdeka, mualaf, lelaki, adil, mendengar dan melihat. Amil juga adalah orang yang memungut zakat, orang yang mengira, menyukat dan menimbang zakat, kerani zakat dan mereka ini diberikan zakat kadar upah yang sepatutnya dengan pekerjaan mereka itu. Golongan yang keempat adalah golongan Muallaf merupakan seseorang yang baru memeluk agama Islam. Mereka perlu diberi perhatian agar bertambah mantap keyakinannya terhadap Islam. Ini kerana setiap orang yang baru memeluk Islam sesungguhnya telah meninggalkan agamanya yang lama, mengorbankan apa yang menjadi miliknya dari kedua orang tua dan keluarganya. Seterusnya, golongan kelima pula adalah Riqab(hamba) iaitu seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri. Namun begitu, masa terus beredar dan kita dapat melihat umumnya perhambaan semakin hari semakin berkurangan. Akhirnya, ada sebahagian negara di dunia ini, khususnya di negara-negara maju dan membangun, perhambaan hampir sudah pupus sama sekali. Sehubungan dengan itu, golongan keenam adalah golongan Gharimin iaitu penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.Golongan ketujuh pula adalah golongan fisabilillah iaitu orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.Contoh golongan fisabilillah pada masa kini adalah golongan askar hal ini demikian kerana pekerjaan mereka merupakan satu jihad kecil dan yang terakhir ialah golonganIbnus Sabil yang merupakan musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya atau orang Islam yang tiada perbekalan di jalanan.
DASAR KERAJAAN
Pada awal kemerdekaan lagi pemimpin-pemimpin negara seperti pada era Tun Razak begitu komited dalam mengatasi masalah kemiskinan dalam negara kita ini. Hal ini demikian kerana,pada awal kemerdekaan dahulu negara mempunyai peratusan yang tinggi dalam kadar kemiskinan akibat daripada pelbagai faktor seperti peluang pekerjaan yang terhad,kemudahan pengangkutan yang kurang dan kekurangan kemudahan pendidikan menyebabkan negara kurang melahirkan golongan cerdik pandai yang  dapat memberi kelebihan kepada negara. Pada awal kemerdekaan, paras kemiskinan negara berada pada kadar sekitar 70 peratus. Ketika itu kaum Bumiputera berada pada tahap kemiskinan yang amat membimbangkan sehingga berlakunya ‘peminggiran sosial’ terhadap mereka. Walaupun ada usaha untuk membasmi kemiskinan ketika itu tetapi ia tidak begitu terfokus dan strategik. Titik tolak yang mendorong kerajaan memberikan perhatian serius terhadap usaha membasmi kemiskinan ialah apabila berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.Oleh itu, kerajaan melaksanakan satu dasar pembangunan baru bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan pada masa yang sama berusaha menyatukan rakyat negara ini. Selepas peristiwa hitam 13 Mei, kerajaan mula menggubal dasar baru iaitu Dasar Ekonomi Baru untuk mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum. Usaha kerajaan ini berjaya bukan sahaja dalam menurunkan paras kemiskinan tetapi juga berjaya menyusun semula masyarakat dan membina perpaduan kaum.
            Selepas berakhirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 pihak kerajaan meneruskan program pembangunan untuk membasmi kemiskinan dengan menggubal satu dasar iaitu Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang bermula pada tahun 1991 hingga tahun 2000. Dasar pembangunan Nasional (DPN) diwujudkan sebagai meneruskan kesinambungan program ataupun dasar yang telah dijalankan oleh dasar Ekonomi  Baru. Dasar Pembangunan Nasional dilaksanakan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) antara tahun 1991-2000. Dalam DPN, tumpuan diberikan kepada strategi membasmi kemiskinan dalam kalangan golongan termiskin. Langkah yang dirangka oleh Perdana Menteri Malaysia ke empat Tun Dr. Mahathir Muhammad bagi membasmi nampak berjaya kerana pelbagai strategi telah diperkenalkan antaranya ialah mengemaskan perlaksanaan dan pendekatan program membasmi kemiskinan. Melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) Tumpuan khas diberikan kepada keluarga-keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT). Program Pembangunan Rakyat Termiskin(PPRT) yang telah dilancarkan pada tahun 1986. Takrif bagi golongan termiskin pada tahun 1986 adalah mereka yang berpendapatan bulanan separuh daripada pendapatan garis kemiskinan (PGK), iaitu RM175 bagi keluarga yang mempunyai lima ahli. Takrif ini turut berubah-ubah apabila PGK tahun semasa. MenurutLailyPaim(2010), Pada tahun 1999, apabila PGK untuk negeri di semenanjung Malaysia berubah kepada RM510 manakala Sabah dan Sarawak kepada RM584, mereka yang termasuk dalam golongan termiskin berpendapatan RM255 bagi semenanjung Malaysia, RM342.50 bagi negeri Sabah dan manakala bagi negeri Sarawak RM292.00.
            Seterusnya, Pihak kerajaan meneruskan lagi dasar untuk membasmi kemiskinan iaitu Dasar Wawasan Negara (DWN) yang diperkenalkan pada tahun hingga 2001 hingga 2010. Diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada 3 April 2001. DWN bermatlamat untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Lima strategi utama telah dikenal pasti iaitu membasmi kemiskinan bandar dan luar bandar, penstrukturan semula hak pemilikan ekuiti secara sama rata untuk mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum, pembangunan sumber manusia di dalam pelbagai sektor untuk melahirkan ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, pembentukan ekonomi berasaskan pengetahuan (Knowledge Economy) untuk mengeluarkan pelbagai produk di dalam sektor pengeluaran dan pembuatan serta mewujudkan semangat perpaduan nasional antara kaum di Malaysia.
            Akhir sekali, Pada Era pemerintahan Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pelbagai program dan dasar yang digubal untuk mengurangkan ataupun membasmi kemiskinan secara keseluruhan di Malaysia. Sebagai contoh yang boleh diambil iaitu pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) yang dapat membantu golongan miskin untuk menguruskan ataupun merencana satu kaedah menguruskan kewangan bagi mengatasi masalah kemiskinan. Kategori penerima BR1M terbahagi kepada empat bahagian iaitu Pertama kategori E-kasih, penerima E-kasih ini adalah golongan berpendapatan RM1000 dan ke bawah yang menerima BR1M sebanyak RM1050. Kategori kedua yang terima BR1M adalah golongan isi rumah yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah akan menerima BR1M sebanyak RM1000. Kategori yang ketiga adalah isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM3000 hingga RM4000 akan menerima BR1M sebanyak RM800 dan yang terakhir BR1M juga diberi kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak bekerja akan menerima BR1M sebanyak RM400 sahaja. Selain itu, Program yang telah dirancang untuk membasmi kemiskinan adalah E-Kasih. E-Kasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program bantuan yang diterima. Program yang seterusnya dirangka oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah Urban transformation  central (UTC) dan Rural transformation central (RTC) yang dikhususkan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan yang merangkumi masyarakat di bandar untuk program Urban Transformation Central (UTC) dan di kawasan luar bandar pula dibina Rural Transformation Central (RTC). Kedua-dua program ini dirancangkan untuk memudahkan urusan seharian dan menjimatkan masa rakyat untuk mendapat perkhidmatan daripada pihak kerajaan, badan berkanun dan pihak swasta. Di samping itu, pihak kerajaan tidak lupa juga untuk merangka program untuk membina rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan golongan miskin seperti rumah mesra rakyat 1Malalysia, Rumah prima untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri dan hidup dengan lebih selesa. Seterusnya, Program pembangunan yang dirangka untuk meningkatkan taraf hidup rakyat adalah kedai Rakyat 1Malaysia dan Klinik 1Malaysia untuk memberi perkhidmatan yang lebih selesa dan memudahkan rakyat terutama yang berada di luar bandar untuk mendapat rawatan dan keperluan asas dengan harga yang murah dan berpatutan.
Sehubungan dengan itu, peranan institusi zakat terbahagi kepada dua iaitu mengutip zakat dan mengagihkan zakat dan peranan ini akan dilakukan di peringkat kerajaan melalui pegawai zakat yang diberi kuasa untuk menguruskan pemberian dan pengutipan zakat. Perlu dijelaskan bahawa peranan menguruskan zakat adalah perlu dan tidak wajib diserahkan kepada pihak kerajaan sebagai perantara. Ini bertujuan untuk membezakan peranan kerajaan dalam kutipan cukai kerana peranan mengutip cukai oleh kerajaan adalah suatu keperluan dan kemestian. Ini kerana kutipan cukai akan dibayar terus kepada kerajaan.Sebagai contoh yang telah saya ambil adalah pengurusan zakat oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Di Kelantan syarat-syarat umum untuk mengeluarkan zakat adalah Islam,merdeka,sempurna milik dan cukup hisab.Seterusnya, golongan yang layak untuk menerima zakat ialah Asnaf Fakir iaitu seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya. Asnaf miskin pula Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang di bawah tanggungannya ,Asnaf Amil iaitu mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat sama ada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. Seterusnya, Asnaf Mualaf iaitu Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam tetapi belum kukuh Islamnya. Ianya dibahagikan kepada empat pertama baru memeluk agama Islam, kedua Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya manakala ketiga pula Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang dibawah pimpinannya dan yang terakhir orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. Selain itu, Asnaf al Riqad(Hamba) iaitu memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu., Asnaf al-Gharimin pula berdasarkan kepada Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak, Asnaf Fisabilillah merujuk kepada mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikan dan Asnaf yang terakhir pula adalah AsnafInbussabil merujuk mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syarak dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
Seterusnya,antara program yang dijalankan olehMAIK  ialah mengagih zakat kepada golongan-golongan yang layak menerimanya berdasarkan kepada hukum syarak. Selain itu, bantuan pendidikan juga diberikan iaitu program Baitulmal kepada pelajar-pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke pengajian tinggi yang berasal daripada golongan yang berpendapat rendah. Jumlah yang diberikan juga mengikut jenis kursus iaitu untuk pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma adalah sebanyak RM1800 manakala untuk pelajar diperingkat Ijazah sarjana muda pula pelajar mendapat sebanyak RM2500 yang dapat membantu pelajar dalam meneruskan kehidupan dan kelengkapan untuk belajar di peringkat universiti. Seterusnya, pemberian pinjaman juga diberikan kepada golongan yang mahu memulakan perniagaan yang tidak berkemampuan melalui pinjaman yang disediakan dan pembayaran balik dibuat secara bulanan mengikut kadar pinjaman yang diberikan. Seterusnya, pemberianderma khairat juga dijalankan untuk menguruskan jenazah yang telah meninggal dunia yang tidak mempunyai ahli keluarga dan merupakan seorang fakir miskin. Selain itu, pemberian bantuan seperti barangan keperluan harian kepada golongan yang termiskin melalui program kembara zakat juga diadakan untuk mengurangkan beban tanggungan ahli keluarga mereka dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah kawasan pendalaman. Itu merupakan program yang dijalankan oleh MAIK dalam membantu golongan yang miskin yang tidak berkemampuan dari segi pendapatan.
KESAN KEMISKINAN
Kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat juga boleh menyebabkan kegagalan dalam pendidikan.kewujudan kemiskinan adalah disebabkan oleh kegagalan dalam mendapat pendapatan yang lebih tinggi dan ini secara tidak langsung dipengaruhi dengan pencapaian dalam tahap pendidikan yang rendah.  Menurut kajian yang dilakukan oleh kementerian pendidikan kebanyakan pelajar mengalami masalah atau keciciran pelajaran disebabkan oleh masalah kewangan atau kemiskinan yang dihadapi oleh keluarga. Keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas dan membeli cermin mata Disebabkan masalah kewangan, ibu bapa mengharapkan anak-anak untuk bekerja untuk menambah jumlah pendapatan keluarga. Oleh yang demikian, anak-anak terpaksa berhenti persekolahan lebih awal dan tidak melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Justeru diharapkan pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera agar tiada kanak-kanak yang keciciran dalam pelajaran. Kemiskinan bukanlah satu penghalang untuk Berjaya dalam pendidikan.
Untuk melihat tahap kemajuan sesebuah negara kadar kemiskinan diambil kira. Oleh yang demikian, kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan pertumbuhan sesebuah negara menjadi perlahan. Dari sudut makroekonomi kemiskinan adalah hasil dari pengagihan kekayaan negara yang tidak sama rata. Sesebuah isi rumah dianggap miskin sekiranya pendapatan isi rumah berada dibawah PGK. Jika pendapatan isi rumah berada dibawah paras kemiskinan, Ini bermakna isi rumah tersebut kekurangan sumber untuk memenuhi keperluan asas makanan dan bukan makanan seperti kenderaan, rumah, dan lain-lain lagi. Isi rumah dianggap miskin tegar jika pendapatan kurang daripada PGK. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk merapatkan jurang pendapatan isi rumah untuk mencapai negara maju menjelang 2020.  
Selain itu, kemiskinan juga boleh menyebabkan masalah kesihatan. Kebanyakan kanak-kanak yang membesar dalam kemiskinan mengalami masalah kesihatan yang berterusan. Kebanyakan bayi yang lahir dalam kemiskinan mempunyai berat yang rendah semasa lahir. Berat yang tidak mencukupi semasa lahir boleh menyebabkan pertumbuhan bayi menjadi tidak sihat di mana bayi akan mengalami masalah dari segi keupayaan mental dan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan. Selain itu, bayi yang dilahirkan tidak mencukupi berat berkemungkinan akan mati dalam tempoh setahun. Jika bayi tidak mati bayi akan membesar dalam keadaan yang tidak sihat. Dalam tempoh tumbesaran kanak-kanak ini akan kerap sakit, mengalami masalah penglihatan dan pendengaran, anemia akibat kekurangan zat besi dan mempunyai kandungan plumbum yang tinggi dalam darah yang boleh menjejaskan otak.
Antara kesan kemiskinan yang lain ialah peningkatan masalah sosial. Universiti Institusi Teknologi Mara (UITM) Terengganu telah melakukan penyelidikan berkaitan hal ini. Kajian melibatkan 204 responden terdiri daripada 126 orang lelaki dan 78 orang perempuan. Kajian ini dijalankan di Sekolah Tunas Bakti Perempuan dan Lelaki di Jerantut, Pahang dan Asrama Pusat Pemulihan Rusila Terengganu yang hanya menempatkan pesalah juvana lelaki. Umur bagi pesalah juvana yang terdapat dalam sekolah ini antara 10 hingga 20 tahun. Pesalah berumur 16 tahun hingga 18 tahun merupakan pesalah jenayah yang paling ramai iaitu 128 orang. Hal ini kerana mereka pada peringkat umur ini suka mencuba sesuatu yang baharu dan mencari identiti bagi membina personaliti diri. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Hassan Baharom dapat disimpulkan bahawa ekonomi keluarga yang tidak stabil dan berada dibawah paras kemiskinan menjadi faktor berlakunya jenayah juvana. Oleh itu hampir 80 peratus keluarga atau penjaga pesalah juvana mempunyai pendapatan kurang dari RM 1000 sebulan. Jika mengikut taraf kemiskinan ialah 85 orang juvana pendapatan keluarga kurang RM 500 sebulan. Lebih dari 40 peratus keluarga atau penjaga responden menunjukkan pendapatan di bawah tahap kemiskinan.(HasanBaharom ,2004).

RUMUSAN
Kemiskinan mutlak boleh dikurangkan saban tahun melalui inisiatif oleh pihak kerajaan yang selalu menyediakan peruntukan untuk golongan-golongan termiskin agar mereka mendapat kualiti hidup yang baik dari aspek kesihatan dan pendidikan. Antara dasar-dasarnya melalui DEB dan di teruskan lagi DPN pada tahun 1991 dengan memberi tumpuan khas  kepada keluarga-keluarga termiskin menerusi Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT). Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha kerajaan telah dilaksanakan melalui pemberian BR1M, kewujudan klinik satu Malaysia, kedai rakyat satu Malaysia dan lain-lain lagi program diadakan untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan kesejahteraan kehidupan rakyat di negara ini. Sehubungan dengan itu, Majlis agama Islam memainkan peranan penting dalam memberi bantuan kepada golongan Asnaf  melalui pemberian wang zakat dan baitulmal   kepada mereka yang kurang bernasib baik. Melalui dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kadar kemiskinan telah menurun daripada tahun 2004 hingga tahun 2009 ini menujukkan bahawa pihak kerajaan telah berusaha untuk mengurangkan kadar kemiskinan pada tahap yang lebih rendah pada tahun yang akan datang.
            Selain itu, kemiskinan juga mempunyai beberapa kesan terhadap negara sekiranya kemiskinan tidak dikurangkan antaranya kenaikan kadar jenayah seperti merompak dan kecurian  manakala kemiskinan juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan dari aspek tumbesaran kerana kekurangan zat makanan akibat hidup dalam kemiskinan. Seterusnya, kemiskinan juga mengakibatkan seseorang individu itu keciciran dalam pendidikan kerana kebanyakan pelajar yang berada dalam kemiskinan akan merasai tekanan hidup dan mereka terpaksa meninggalkan pelajaran semata-mata untuk mencari pendapatan untuk kesenangan hidup mereka.Selain itu,  kemiskinan relatif tidak boleh dikurangkan sekiranya kerajaan tidak mengagih sumber ekonomi secara sama rata. Pengagihan sumber tidak sama rata  antara individu mengakibatkan berlakunya kadar kemiskinan yang tinggi bahkan boleh menimbul pergaduhan antara golongan  miskin dan kaya akan tetapi sekiranya kerajaan campur tangan di dalam pengagihan sumber ekonomi ia akan mengurangkan kadar kemiskinan relatif.

PENUTUP
Kemiskinan merupakan satu lumrah yang tidak boleh dielak oleh manusia tetapi pihak-pihak tertentu seperti kerajaan dan badan bukan kerajaan  perlulah berusaha untuk mengurangkan kemiskinan bagi membolehkan semua rakyat menikmati kehidupan yang sejahtera. Selain itu, pengurangan kadar kemiskinan akan membawa banyak manfaat kepada sesebuah negara misalnya, pengurangan kadar jenayah, melahirkan ramai rakyat yang berpendidikan dan  menikmati pertumbuhan ekonomi negara yang baik. Oleh itu, perancangan dan dasar perlulah dilaksanakan daripada peringkat awal agar pada saban tahun kemiskinan akan berkurangan secara berperingkat sehingga mencapai tahap sifar. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah campur tangan dalam hal ehwal ekonomi terutamanya dari aspek pengagihan sumber ekonomi yang perlu diselaraskan semula. Hal ini kerana, sumber ekonomi sekiranya tidak diagihkan secara sama rata maka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti pergaduhan antara golongan kaya dan miskin, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. Oleh itu, sekiranya masalah ini tidak diselesaikan maka kemiskinan relatif tidak dapat dikurangkan kerana ia mengambil kira aspek pengagihan sumber ekonomi secara sama rata. Natijahnya, kemiskinan perlu dikurangkan untuk memastikan tiada rakyat yang menikmati kehidupan dalam serba kekurangan dan pihak kerajaan perlu meningkatkan usaha untuk membasmi kemiskinan di negara ini.














Kekuatan Bidang Kuasa Kerajaan Pusat Terhadap Negeri di Malaysia

Bidang Kuasa Kerajaan Pusat Terhadap Negeri : Dari aspek Perundangan, eksekutif dan Kewangan


PENGENALAN
Sistem Persekutuan merujuk kepada satu penyusunan politik dalam mana wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu sebuah kerajaan pusat dengan dua atau lebih kerajaan negeri. Setiap kerajaan ini dihadkan bidang kuasa masing-masing, dan dalam pada itu mempunyai sifat sedarjat (co-equal) serta bebas daripada campur tangan antara satu sama lain. Takrif ini umumnya sangat menekankan ketiadaan campur tangan daripada mana-mana kerajaan dalam soal bidang kuasa yang dihadkan kepada dua peringkat kerajaan dalam negara persekutuan (Ruslan Zainuddin et.al., 2005:218).
                  Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan sistem Persekutuan selain Amerika Syarikat, Brazil dan India. Sistem Persekutuan diwujudkan dalam sesebuah negara bertujuan untuk mengelakkan sistem pemerintahan bercorak kesatuan atau unitary dan mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih sistematik dan menghormati kuasa yang ada pada sesama mereka yang mempunyai autoriti dalam kawasan masing-masing. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Sistem Persekutuan bermaksud pemerintahan negara dibahagikan kepada dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
                  Kerajaan persekutuan ialah gabungan kerajaan pusat dan negeri. Antara ciri-ciri kerajaan Persekutuan ialah tidak mempunyai kuasa mutlak, setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang perundangan tertentu dan setiap peringkat mempunyai kedudukan yang seimbang serta kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh kepada hal ehwal luar negara dan hal umum. Selain itu, kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh terhadap hal dalam negeri seperti tanah dan pentadbiran negeri dan tidak ada pihak yang mempunyai kuasa untuk menindas terhadap pihak lain.
                  Seterusnya, kerajaan negeri pula merupakan pentadbiran sesebuah negeri. Kerajaan ini lazimnya mempunyai kuasa yang agak terhad seperti kuasa untuk menentukan undang-undang negeri, pendidikan, budaya dan sebagainya. Biasanya kerajaan pusat tidak akan campur tangan dalam urusan-urusan negeri melainkan bertentangan dengan undang-undang persekutuan. Oleh itu, kerajaan negeri biasanya mempunyai pengaruh yang besar terhadap rakyatnya. Di Malaysia pegawai tertinggi sebuah negeri ialah Menteri Besar manakala kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada raja atau Yang Dipertua Negeri mengikut Perlembagaan masing-masing.
            Perlembagaan Persekutuan Bahagian VI memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Pembahagian kuasa ini di terangkan dalam Senarai Pertama dan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan pusat dan negeri dibuat berdasarkan beberapa keutamaan tertentu yang telah diputuskan dan dapat dilihat dari sudut utama iaitu kuasa perundangan dan kuasa eksekutif.

KUASA EKSEKUTIF
Dengan berpandukan kaedah pembahagian kuasa perundangan, pembahagian kuasa eksekutif telah dibuat. Kuasa eksekutif kerajaan persekutuan tertumpu kepada Senarai Persekutuan manakala bidang kuasa kerajaan negeri terkandung dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Dalam Perkara 94, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan beberapa perkara yang membolehkan kuasa eksekutif kerajaan persekutuan diperluas meliputi perkara-perkara dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Hal ini boleh dilakukan bagi maksud-maksud tertentu iaitu mengumpulkan perangkaan, menjalankan kajian dan penyiasatan, menyediakan kemudahan pendidikan, bantuan teknikal dan nasihat serta menjalankan pemeriksaan ke atas kegiatan mana-mana jabatan kerajaan negeri dengan tujuan untuk membuat laporan kepada kerajaan persekutuan.
                 Dalam Perkara 93 (2), Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa menjadi kewajipan kerajaan sesuatu negeri, semua pegawai dan pihak berkuasa negeri untuk memberi bantuan dan kerjasama kepada kerajaan persekutuan bagi membolehkannya menjalankan kuasa eksekutif. Hal ini penting bagi mengelakkan perluasan kuasa eksekutif ini terjejas akibat keengganan kerajaan untuk bekerjasama. Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan beberapa perkara yang berkaitan bagi menunjukkan kerajaan Persekutuan itu mempunyai bidang kuasa yang lebih tinggi daripada kerajaan negeri. Perlembagaan telah menetapkan beberapa perkara yang berkaitan. Perkara 81 menetapkan kewajipan kerajaan Negeri kepada Persekutuan dengan mematuhi dan memakai Undang-Undang Persekutuan. Kerajaan Negeri juga tidak boleh menghalang atau menyentuh perjalanan kuasa pemerintahan Persekutuan.
                   Selain itu, Perkara 93 berkaitan dengan siasatan, tinjauan dan perangkaan. Adalah jelas dalam Fasal 1 telah memperuntukkan kuasa kerajaan Pusat untuk membuat siasatan terhadap kerajaan Negeri dan dalam Fasal 2 pula menjelaskan yang kerajaan Negeri, pegawai dan pihak berkuasa mestilah membantu kerajaan Pusat dalam menjalankan kuasanya di negeri. Demikian juga dengan Perkara 94 dan 95 yang memperuntukkan kuasa penyelidikan dan pemeriksaan oleh kerajaan Pusat kepada Negeri (Rohani Hj Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2004:120). Perlembagaan Persekutuan, Perkara 80 telah memperuntukkan pembahagian kuasa eksekutif di peringkat Persekutuan, iaitu Perkara 80 (1) tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Perkara ini kuasa eksekutif Persekutuan meliputi segala perkara yang mengenainya Parlimen boleh membuat undang-undang, dan kuasa eksekutif sesuatu Negeri meliputi segala perkara yang mengenainya Badan Perundangan Negeri itu boleh membuat undang-undang.
                  Perkara 80 (2) Kuasa eksekutif Persekutuan tidak meliputi apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Negeri, kecuali setakat yang diperuntukkan dalam Perkara 93 hingga 95, dan juga tidak meliputi apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama, kecuali setakat yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri; dan setakat yang undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama, undang-undang itu boleh berbuat demikian dengan menyingkirkan kuasa eksekutif Negeri itu. Perkara 80 (3) Setakat yang sesuatu undang-undang yang dibuat di bawah Fasal (4) Perkara 76 membuat peruntukan bagi memberikan kuasa eksekutif kepada Persekutuan, undang-undang itu tidak boleh berkuat kuasa di mana-mana Negeri melainkan jika diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri itu melalui suatu ketetapan.
                  Perkara 80 (4) Undang-undang persekutuan boleh membuat peruntukan supaya kuasa eksekutif sesuatu Negeri hendaklah meliputi pentadbiran mana-mana peruntukan tertentu dalam undang-undang persekutuan dan boleh bagi maksud itu memberikan kuasa kepada dan mengenakan kewajipan pada mana-mana pihak berkuasa Negeri itu. 83 Undang-Undang Malaysia. Perkara 80 (5) Tertakluk kepada mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri, perkiraan boleh dibuat antara Persekutuan dengan sesuatu Negeri bagi pelaksanaan apa-apa fungsi oleh pihak berkuasa pada satu pihak bagi pihak berkuasa pada pihak yang satu lagi dan perkiraan sedemikian boleh membuat peruntukan bagi pembayaran berkenaan dengan apa-apa kos yang dilakukan di bawah perkiraan itu.
                  Perkara 80 (6) Jika, menurut Fasal (4), apa-apa fungsi diberikan oleh undang-undang persekutuan kepada mana-mana pihak berkuasa sesuatu Negeri maka Persekutuan hendaklah membuat apa-apa pembayaran kepada Negeri sebagaimana yang dipersetujui antara Persekutuan dengan Negeri itu atau sebagaimana yang diputuskan oleh suatu tribunal yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan jika tidak ada persetujuan.
                  Melalui obligasi negeri kepada persekutuan, Perkara 81 menyatakan kuasa eksekutif tiap-tiap negeri hendaklah dijalankan supaya dapat dipastikan bahawa apa-apa undang persekutuan yang dipakai bagi Negeri itu dipatuhi dan tidak menghalang atau menjejaskan perjalanan kuasa eksekutif persekutuan.

KUASA PERUNDANGAN
Bidang kuasa perlu dibahagikan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri kerana kedua-dua kerajaan tersebut tidak boleh menjalankan tugas-tugas pentadbiran secara bersendirian kerana mempunyai kaitan antara satu sama lain. Oleh itu, kedua-duanya mesti mengetahui bidang kuasa masing-masing dan sentiasa mengadakan rundingan untuk mencapai sesuatu persetujuan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Pembahagian kuasa ini diterangkan dalam Senarai Pertama dan Senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan. Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan negeri dilakukan dengan tujuan untuk melicinkan perjalanan sistem persekutuan serta mengelakkan timbulnya sebarang masalah dan pertelingkahan antara kedua peringkat kerajaan. Pembahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dibuat berdasarkan beberapa keutamaan tertentu yang telah diputuskan. Pembahagian kuasa ini dapat dilihat dengan jelas daripada sudut kuasa perundangan (Ruslan Zainuddin et.al., 2005:220).
            Pembahagian kuasa perundangan dibuat melalui peruntukan dalam perlembagaan. Perkara 73, Perlembagaan Persekutuan menurunkan kuasa kepada Parlimen untuk menggubal undang-undang bagi seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, manakala Dewan Undangan Negeri boleh membuat undang-undang bagi seluruh atau sebahagian negeri itu sahaja. Parlimen juga diberi kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan perkara-perkara yang terkandung dalam Senarai Pertama dan Senarai Ketiga. Perkara–perkara yang dinyatakan dalam Senarai Pertama disebut sebagai Senarai Persekutuan. Senarai Ketiga ialah senarai bidang kuasa yang melibatkan hubungan kerjasama antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri wang dikenali sebagai Senarai Bersama. Perkara–perkara di bawah bidang kuasa Parlimen berada dalam Senarai Persekutuan dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Parlimen boleh membuat undang-undang ke atas mana-mana perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama (Ruslan Zainuddin et.al., 2005:220).

KUASA PERUNDANGAN 
Antara perkara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan ialah hal-ehwal luar , pertahanan, keselamatan dalam negeri, kewangan, kewarganegaraan, perdagangan dan perusahaan, undang-undang sivil dan jenayah, kesihatan , syarikat kerjasama, perkapalan, pengangkutan dan perikanan. Sehubungan dengan itu, Dewan Undangan Negeri diberi kuasa untuk membuat undang-undang bagi perkara-perkara dalam Senarai Kedua dan Senarai Ketiga. Selain itu, Undang-undang yang digubal oleh persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara kerana undang-undang yang digubal oleh negeri akan terbatal sekiranya  bercanggah dengan undang-undang yang digubal oleh persekutuan melalui parlimen. Seterusnya, menurut perkara 75 Perlembagaan Persekutuan, jika ada undang-undang negeri yang tidak selaras dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka udang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang negeri tersebut manakala undang-undang negeri itu adalah tidak sah setakat mana yang tidak selaras itu. Persekutuan berkuasa untuk menggubal undang-undang yang terdapat dalam senarai Persekutuan dan senarai bersama. Tetapi pada masa yang sama Persekutuan juga berkuasa untuk menggubal undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian Persekutuan dan undang-undang yang berkuat kuasa di luar dan juga di dalam Persekutuan manakala badan perundangan sesuatu negeri boleh membuat undang-undang bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian negeri itu sahaja.
            Kuasa perundangan persekutuan dapat dilihat dari sudut perundangan di bawah perkara 76 Perlembagaan Persekutuan di mana Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi negeri-negeri dalam hal-hal tertentu. Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam senarai negeri. Tetapi hanya bagi perkara-perkara berkenaan dengan triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan. Seterusnya, persekutuan juga berkuasa untuk membuat undang-undang bagi tujuan keseragaman undang-undang antara dua negeri atau lebih sekiranya diminta sedemikian oleh Dewan Undangan Negeri di mana-mana Negeri. Selain itu, tiada undang-undang boleh dibuat oleh Kerajaan Persekutuan mengenai apa-apa perkara tentang hukum syarak, adat orang Melayu dan mengenai perkara tentang undang-undang adat anak negeri di negeri Sabah dan Sarawak.
            Selain itu, Parlimen juga boleh  memastikan keseragaman undang-undang dan dasar dengan membuat undang-undang  mengenai pemegang tanah, perhubungan antara tuan tanah dengan penyewa, pendaftaran hak milik ,surat ikatan yang berhubungan dengan tanah, pindah hak milik tanah, gadai janji , pajakan, gadaian berkenaan dengan tanah, isemen, hak serta kepentingan lain mengenai tanah, pengambilan tanah dengan paksa, perkadaran dan penilaian tanah serta kerajaan tempatan. Berkenaan dengan perkara-perkara yang dinyatakan di atas bahawa kerajaan Persekutuan berkuasa untuk membuat undang-undang bagi menyeragamkan antara undang-undang negeri dengan undang-undang Persekutuan untuk perkara-perkara tertentu yang melibatkan bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

KUASA KEWANGAN
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa semua hasil yang utama terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Secara umumnya, Kerajaan Negeri bergantung pada sumber kewangan daripada Kerajaan Persekutuan kerana sumber-sumber pendapatannya daripada hasil tanah, galian, cukai hiburan, zakat, fitrah dan lain-lain sangat terbatas. Kerajaan Persekutuan merupakan pihak berkuasa pencukai yang utama. Secara purata, kira-kira satu perempat daripada hasil Kerajaan Negeri diperoleh daripada pemberian Kerajaan Persekutuan. Dua jenis pemberian wajib Kerajaan Persekutuan kepada semua Kerajaan Negeri pada setiap pemberian adalah mengikut bilangan orang di sesebuah negeri. Pemberian ini diberi mengikut kadar tertentu, iaitu bagi 100 000 orang yang pertama, kadarnya ialah RM20.00 bagi setiap orang; bagi 150 000 orang selepas itu, kadarnya ialah RM10.00 bagi setiap orang; bagi 250 000 orang selepas itu, kadarnya ialah RM6.00 setiap orang dan bakinya, kadar bagi setiap orang ialah RM3.00. Malah, pemberian jalan raya berasaskan kepanjangan jalan negeri yang berkenaan. Pemberian ini dikira mengikut perbelanjaan purata yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi memelihara satu batu jalan mengikut taraf yang rendah didarab dengan jumlah batuan jalan-jalan negeri yang layak menerima pemberian itu (Ruslan Zainuddin et.al., 2005:222-223).
Jenis Bantuan
Kaedah Perkiraan
Pemberian mengikut bilangan orang di sesebuah negeri
  • RM20.00 bagi setiap orang untuk 100 000 orang yang pertama.
  • RM10.00 bagi setiap orang bagi 150 000 orang selepas itu.
  • RM6.00 bagi setiap orang untuk 250 000 orang.
  • RM3.00 untuk setiap orang bagi bakinya.
Pemberian jalan raya berasaskan kepanjangan jalan negeri berkenaan
  • Dihitung mengikut perbelanjaan purata yang ditanggung oleh kerajaan negeri bagi memelihara satu bahu didarab dengan jumlah batuan jalan-jalan negeri.
Sumber: Buku Kenegaraan Malaysia, 2005
Kerajaan Negeri tidak boleh membuat apa-apa pinjaman, kecuali daripada Kerajaan Persekutuan atau daripada sesebuah bank yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan. Tempoh pinjaman yang dibenarkan daripada sesebuah bank yang diluluskan bagi Kerajaan Persekutuan adalah tidak melebihi lima tahun.
BIDANG KUASA HAL EHWAL KEWANGAN
Bagi mana-mana negara yang mengamalkan sistem Persekutuan, kerajaan pusat mempunyai beberapa kelebihan ke atas Kerajaan Negeri. Begitu juga yang menjadi amalan bagi Kerajaan Malaysia. Secara umumnya, banyak sumber negara dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Ini sejajar dengan tanggungjawabnya terhadap semua Kerajaan Negeri yang bergabung. Di samping itu Perlembagaan juga secara jelas tidak membenarkan sebarang monopoli dan penyelewengan dari konsep pergabungan ini. Terdapat dua jenis pembayaran wajib yang mesti dilakukan oleh Kerajaan Pusat pada setiap tahun kewangannya, iaitu bahagian satu Jadual Ke-10 menetapkan bayaran (pemberian) mengikut bilangan penduduk yang mesti diberikan kepada setiap Kerajaan Negeri. Manakala, bahagian dua Jadual Ke-10 memperuntukkan bayaran bagi penyelenggaraan jalan-jalan negeri yang dinamakan pemberian jalan negeri (Rohani Abdul Ghani et.al., 2006:89).
Kerajaan Pusat juga bertanggungjawab memberi sebanyak 10 peratus dari hasil kepada negeri-negeri yang banyak mengeluarkan hasil tersebut dan ia dinamakan royalti. Kerajaan Pusat juga sentiasa membantu Kerajaan Negeri melalui projek pembangunan yang disalurkan melalui setiap kementerian yang ditubuhkan. Bagi menampung segala kekurangan perbelanjaan Kerajaan Negeri, ia juga boleh dibuat pinjaman kepada atau melalui Kerajaan Pusat.
Urusan kewangan juga diselaraskan oleh sebuah urus setia sebagaimana Hal Ehwal Tanah. Urus setia ini dinamakan Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri dengan ahlinya terdiri dari Menteri Besar, Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan wakil dari beberapa Kementerian. Melalui majlis ini, kerajaan negeri wajib menubuhkan tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Simpanan Negeri bagi kegunaan pembangunan dan menambah hasil negeri. Jumlah wang yang ditabungkan berbeza-beza mengikut kemampuan dan persetujuan kedua-dua kerajaan setelah diputuskan melalui perundingan dalam majlis. Apa yang menariknya dalam hal ehwal ini, Kerajaan Sabah dan Sarawak, mempunyai sedikit kelebihan atau keistimewaan dari segi kuasa. Perkara 112B dan Perkara 112C Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada kedua-dua negeri tersebut untuk membuat pinjaman dari mana-mana institusi kewangan dalam negeri tanpa persetujuan Kerajaan Pusat (Rohani Abdul Ghani et.al., 2006:91)
Demikian juga dengan pemberian khas dan penyerahan hasil. Kedua-dua negeri ini mendapat keistimewaan dari segi hasil dan kewangan sejajar dengan persetujuan semasa pembentukan Persekutuan Malaysia dahulu. Walau bagaimanapun secara praktisnya kesefahaman antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri dari segi politik akan lebih mendorongkan kerjasama dalam hal ehwal kewangan ini.
RUMUSAN
Kerajaan Persekutuan adalah sebuah kerajaan yang mempunyai kekuatan daripada aspek undang-undang, kewangan dan eksekutif. Walaupun Perlembagaan Persekutuan ada memperuntukkan bidang kuasa kerajaan negeri dari aspek perundangan, kewangan dan eksekutif tetapi bidang kuasa tersebut masih mampu diatasi oleh kerajaan Persekutuan.  Bidang kuasa kerajaan negeri adalah terhad apabila dilihat dari sudut perundangan kerana Kerajaan Persekutuan akan berkuasa untuk membuat perundangan bagi peringkat negeri untuk perkara tertentu yang berkenaan dengan Persekutuan seperti perkara-perkara berkenaan dengan triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain dan memastikan keseragaman undang-undang dan dasar dari aspek perundangan tanah. Selain itu, kekuatan Kerajaan Persekutuan dapat dilihat dari aspek struktur kewangan yang merupakan satu cabang pengurusan yang berhubung dengan aktiviti dan kawalan kewangan negara. Pengurusan kewangan awam memerlukan pentadbiran yang sistematik dan cekap kerana pentadbiran akan menentukan penggunaan sumber yang mencapai matlamat negara.  Ia melibatkan proses pembuatan keputusan oleh pihak kerajaan dan pengurusan berhubung dengan perolehan hasil negara. Seterusnya, kerajaan Persekutuan berkuasa dari sudut eksekutif melalui beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan berkenaan dengan perkara tertentu. Antaranya, memperuntukkan bahawa kerajaan Persekutuan boleh membuat siasatan terhadap kerajaan Negeri, Parlimen boleh membuat undang-undang bagi bidang kuasa eksekutif sesuatu Negeri dan kerajaan Negeri perlu membantu kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkenaan pentadbiran. Oleh itu, bidang kuasa kerajaan Persekutuan adalah lebih tinggi berbanding dengan bidang kuasa kerajaan Negeri dari aspek  perundangan, eksekutif dan kewangan walaupun di dalam Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bidang kuasa kerajaan Negeri melalui tiga aspek tersebut.



RUJUKAN
Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman (2005), Kenegaraan Malaysia,                               Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 

Rohani Hj. Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh (2006), Kenegaraan Malaysia, Sintok: Penerbit                         Universiti Utara Malaysia.

Samihah Khalil et.al (2004), Pengurusan Kewangan, Sintok: UUM Press.
Tunku Sofiah Jewa. Salleh Buang & Yaacob Hussain Marican (2007), An Introduction To The                          Constitution Of Malaysia,  Kuala Lumpur: Pacifica Publications.